Pages

Wednesday 21 March 2012

ChoNg wEi XmAin Daaa PiaLA AxiAta 2012



KECEDERAAN bahu yang dialami Datuk Lee Chong Wei menyebabkan pemain itu memutuskan untuk tidak beraksi di saingan peringkat kumpulan Piala Axiata hujung minggu ini.

Chong Wei yang ditemui selepas melakukan ujian imbasan MRI di Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Pakar Damansara, semalam berkata, dia perlu mengelak bermain hingga Institut Sukan Negara (ISN) mengesahkan dia bebas daripada kecederaan.


“Ujian imbasan hari ini (semalam) akan dihantar ke ISN dan saya rasa tidak sempat untuk beraksi pada Piala Axiata hujung minggu ini dan saya tidak akan turut serta,” katanya


Ketika ditanya sejauh mana kecederaan bahu kanannya itu, Chong Wei berkata: “Mana saya tahu saya cedera macam mana, saya bukan doktor. Tanyalah doktor sendiri, lagipun saya hanya menjalani ujian imbasan hari ini.” Chong Wei melakukan ujian imbasan itu sambil diiringi jurulatihnya, Tey Seu Bock serta dua fisioterapi FAdzil Salleh dan Li Da Zhi..ujian imbasan Chong Wei itu dipantau pakar radiologi, Dr Thajunnisa Hassan.


Bagaimanapun ketika diminta mengulas kemungkinan dia beraksi di pusingan akhir Piala Thomas, Chong Wei enggan mengulas perkara itu.Sementara itu, Seu Bock berkata, kecederaan yang dialami pemainnya itu memberi pengajaran berguna ketika berdepan Lin Dan pada final Seluruh England.


“Bagi saya Chong Wei kini tahu dia tidak semestinya menyerang untuk memungut mata ketika berdepan Lin Dan. Lihat saja pada set pertama, dia mampu memberi saingan sengit dan membuatkan Lin Dan bingung kerana Chong Wei langsung tidak melakukan smash,” kata Seu Bock.

Biarpun Chong Wei belum menjalani latihan sejak pulang ke tanah air dari , Switzerland Sabtu lalu, Seu Bock berkata, pemain itu tetap perlu menjalani latihan ringan meskipun tanpa mengangkat raket spr joging.

Ketiadaan Chong Wei memberi peluang kepada Muhd Hafiz Hashim untuk mengepalai saingan peringkat kumpulan K, Piala Axiata yang bermula Jumaat ini di Stadium Badminton Cheras.

No comments:

Post a Comment