Saturday 10 March 2012

kOo - TaN BeLuM CkUp KuaT


MENTAL gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong belum cukup kuat untuk menangani tekanan ketika beraksi di saat genting namun ketua jurulatih beregu Tan Kim Her yakin gandingan itu akan sempurna pada saingan Sukan Olimpik.

Ketika juara Seluruh England 2007 itu kandas, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pula mara bergaya ke suku akhir bagi mencerahkan harapan mara lebih jauh pada edisi kali ini.Dengan rekod pertemuan 1-1, pertemuan Kien Keat-Boon Heong dan gandingan China, Hong Wei-Shen Ye sememangnya dijangka sengit.

Gandingan negara menang 21-12 pada set pertama tapi hanya sekali memimpin gandingan lawan dalam set kedua apabila mendahului 4-0, sebelum tewas 17-21.

Dalam set ketiga, kedua-dua gandingan itu saling mengikat kedudukan namun Kien Keat-Boon Heong lebih dulu menghampiri kemenangan apabila mendahului 19-16.

Ketika itulah kekuatan mental mereka teruji dan kelemahan gandingan negara terserlah dengan kesilapan mudah serta mensia-siakan servis hingga Hong Wei-Shen Ye menyamakan kedudukan 19-19 dan 20- 20 sebelum beregu ketiga China itu yang kini berada di ranking ke-14 dunia menamatkan permainan 22-20.

“Mental saya tidak cukup kuat kerana melakukan beberapa kesilapan ketika saat genting, termasuk servis yang terkandas di jaring,” kata Boon Heong.
Kim Her pula mengaku pemainnya belum cukup ampuh untuk menangani tekanan ketika detik menghampiri kemenangan

No comments:

Post a Comment