Pages

Monday, 30 April 2012

ChOnG WeI TuMpAs Di FinAl IndIa OpEn 2012

APA sudah jadi dengan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei?Adakah kecederaan di bahagian bahu kanan yang di alaminya sebelum ini masih menghantui pemain No. 1 dunia itu. Semalam, Chong Wei menerima tamparan hebat apabila gagal dalam misi mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka India 2012. Dia kalah kepada bintang muda Korea Selatan, Shon Wan Ho pada final kejohanan itu yang berlangsung di New Delhi. Tewas pada set pertama 18-21, Chong Wei kembali bangkit apabila mencatatkan kemenangan 21-14 pada set kedua. Bagaimanapun, hasrat untuk menyaksikan Chong Wei, 30, merangkul gelaran juara buat kali kedua selepas melakukannya pada tahun lalu tidak kesampaian apabila dia tewas 19-21 pada set penentuan. Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Chong Wei gagal dalam misi untuk merangkul kejuaraan ketiga tahun ini. Pada Januari lalu, pemain kelahiran Pulau Pinang itu tampil bergaya apabila merekodkan kejuaraan pada Terbuka Malaysia dan Terbuka Korea. Namun, kekalahan itu tidak mendatangkan kesan besar buat Chong Wei apabila dia masih berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemain No. 1 dunia. Ia sekali gus meletakkan pemain itu sebagai pemain pilihan pertama menjelang temasya Sukan Olimpik 2012 di London Julai depan. Terbuka India merupakan kejohanan pertama yang disertai Chong Wei selepas dia kembali pulih daripada masalah kecederaan bahu kanan ketika aksi final kejohanan Seluruh England bulan lalu.

No comments:

Post a Comment