Monday 9 April 2012

LeE ChOnG WeI FoBia LagI



KECEDERAAN bahu kanan Datuk LCW jelas memberi kesan besar kepada pemain No. 1 dunia itu.

malah, dia perlu lebih berhati-hati apabila beraksi dalam mana-mana kejohanan selepas ini kerana bimbang kecederaan yang sama akan kembali menghantuinya.

“Sekarang, saya sudah tidak berasa sakit-sakit lagi dan telah kembali menjalani latihan seperti biasa." katanya

“Namun, kecederaan ini mendatangkan fobia kepada saya. Saya bimbang jika kecederaan ini akan kembali berulang dan sebab itu saya perlu lebih berhati-hati selepas ini,” kata Chong Wei lagi.

Menurut Chong Wei, 30, meskipun telah mula menjalani latihan seperti biasa tetapi pergerakannya masih terhad.

“Saya masih belum boleh untuk melakukan hayunan sepenuhnya dan ia akan mengambil sedikit masa untuk saya benar-benar berada pada tahap prestasi sebenar,” jelas Chong Wei.

Dalam perkembangan lain, Chong Wei masih belum memberi kata putus sama ada beraksi atau tidak pada Terbuka India yang akan bermula pada 24 hingga 29 April ini.

Jelasnya, jika sudah kembali pulih sepenuhnya, besar kemungkinan dia akan menyertai kejohanan tersebut.

“Saya perlu lihat dahulu tahap kecederaan saya. Jika sudah pulih sepenuhnya, tidak ada masalah untuk saya beraksi di India nanti.

“Lagipun, nama saya sudah dihantar untuk Terbuka India,” jelas Chong Wei.

No comments:

Post a Comment