Pages
▼
Friday, 4 May 2012
ChOng WeI VS ChOnG WeI d SuKu AkhIr MalYsiA OpeN 2012
JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei tampil bergaya apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia 2012, lapor HELMI TALKAH. Kejayaan itu hadir selepas pemain No. 1 dunia itu mudah menewaskan Sai Praneeth dari India 21-12, 21-13 pada aksi pusingan ketiga kejohanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya Johor Bahru semalam. Terdahulu, Chong Wei yang mendapat bye pada pusingan pertama kelmarin, mengetepikan cabaran Michael Fowke dari Australia dengan 21-7, 21-10 pada pusingan kedua semalam. Pada aksi suku akhir hari ini, Chong Wei akan berdepan rakan senegara, Chong Wei Feng yang turut cemerlang menempatkan diri dalam kelompok lapan pemain terbaik kejohanan. Wei Feng yang menerima perkhabaran gembira apabila disenaraikan dalam skuad negara bagi menghadapi pusingan akhir Piala Thomas 2012 di Wuhan, China bermula 20 Mei ini menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat 22-24, 21-14, 21-11 pada pusingan ketiga semalam. Pemain itu mara ke pusingan ketiga selepas membenam cabaran Kento Momota dari Jepun 21-14, 18-21, 22-20 pada pusingan kedua. Empat lagi pemain perseorangan negara, Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren, Misbun Ramdan Misbun dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin berjaya mara ke pusingan ketiga kejohanan selepas mene- waskan lawan masing-masing pada pusi- ngan kedua semalam. Keempat-empat mereka dijadual turun untuk aksi pusingan ketiga malam tadi bagi memburu slot ke suku akhir. Sementara itu, wakil tunggal negara dalam acara perseorangan wanita, Tee Jing Yi gagal meneruskan kemaraan apabila tewas kepada Nozomi Okuhara dari Jepun 17-21, 10-21 pada pusingan kedua. Tiga beregu lelaki negara, Nelson Wei Keat-Teo Ee Yi, Mohd. Zakri Abdul Latif- Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari dan Gan Teik Chai-Ong Soon Hock turut mengesah- kan slot ke suku akhir. Rentak kecemerlangan tersebut turut diikuti beregu wanita negara yang tidak kurang hebatnya apabila gandingan Goh Liu Ying-Lim Yin Loo juga melangkah ke suku akhir hari ini. Turut mara ke suku akhir ialah pasa- ngan Chan Peng Soon-Liu Ying dan Ong Jian Guo-Yin Loo.
No comments:
Post a Comment