Pages

Thursday 31 May 2012

LCW KeMbaLi BerLatIh

ESOK atau Isnin! Itulah tempoh yang dinyatakan Tey Seu Bock untuk anak didiknya, Lee Chong Wei kembali semula menjalani latihan di gelanggang.

“Dia tidak perlu lagi menggunakan kerusi roda, sebaliknya sudah boleh berdiri dan berjalan. Malah, bengkak di buku lali juga sudah surut. Saya jangka jika tidak ada masalah, dia akan mula turun ke gelanggang menjalani latihan esok (Jumaat) atau Isnin ini,” katanya semalam.
Seu Bock bagaimanapun menegaskan anak didiknya itu tidak akan dikerah dalam latihan pertamanya selepas kecederaan yang meragut impian Piala Thomasnya minggu lalu, sebaliknya akan menjalani latihan ringan dengan memfokuskan tumpuan bagi mengasah dan mempertajamkan pukulannya.
“Dia belum pulih 100 peratus, jadi kita tidak boleh memaksa dan mengerah kudratnya. Apa yang penting saya perlu memastikan program latihan yang disusun mampu membantu mempercepatkan proses pemulihan dan mengelakkan kecederaan itu daripada berulang,” katanya.

Seu Bock berkata apa yang menggembirakan ialah pemain berusia 30 tahun itu juga tampak lebih bersemangat apabila sudah mula memukul bulu tangkis ketika menjalani rawatan di hospital.

“Dia tidak lagi sedih dan tertekan seperti sebelum ini, sebaliknya lebih tenang serta gembira. Saya percaya dia akan lebih kuat selepas insiden malang yang menimpanya itu,” kata Seu Bock.

Ditanya sama ada Chong Wei akan mempertahankan kejuaraan Terbuka Indonesia yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$600,000 (RM1.8 juta) dari 12 hingga 17 Jun ini, Seu Bock mengesahkan anak didiknya itu sudah menarik diri. 
“Mengikut perancangan Terbuka Indonesia adalah pertandingan terakhir yang akan disertai sebelum Sukan Olimpik. Namun, kita memutuskan lebih baik dia menarik diri berikutan kecederaan yang dialaminya itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment