Pages

Sunday, 27 May 2012

Li YoNgBo BeGaNg..

WUHAN - Ketika Datuk Lee Chong Wei bertarung dengan masa untuk pulih daripada kecederaan buku lali, ketua jurulatih China, Li Yongbo dengan dangkal mempertikaikan mengapa pemain No. 1 dunia itu tidak dikenakan tindakan gara-gara menarik diri daripada Piala Thomas.

Yongbo, yang dikenali sebagai jurulatih angkuh turut mempersoalkan tindakan dua perseorangan wanita Indonesia yang memberi kemenangan mudah kepada pemainnya ketika kedua-dua pasukan bertemu pada peringkat kumpulan dalam Piala Uber.

Kenyataan Yongbo itu seperti mahu melepaskan geram gara-gara pemainnya sering dikritik menggunakan taktik kotor dengan mengatur perlawanan dan sengaja memberi laluan kepada rakan senegara untuk menang kerana mahu mengutip mata ke Sukan Olimpik.


“Mengapa ketika perseorangan wanita Indonesia menarik diri, begitu juga Lee (Chong Wei), tidak ada perhatian mengenai hal tersebut?

“Media hanya membicarakan isu itu jika pemain China melakukannya," ujar Yongbo, semalam.

Yongbo mungkin berang dengan kritikan yang sering dilontarkan media antarabangsa terhadap permainan kotor pemain-pemain mereka. Malangnya untuk mengaitkan Chong Wei dalam isu ini dilihat kenyataan yang dangkal kerana jaguh utama negara itu memang mengalami kecederaan yang tidak memungkinkan dia meneruskan permainan.

Tendon buku lali kanan Chong Wei disahkan koyak dan dia kini terpaksa menjalani rawatan rapi.

Yongbo juga mungkin lupa, kemalangan yang menimpa Chong Wei Selasa lalu itu turut menjejaskan pasukan negara ketika menentang Denmark dalam perlawanan terakhir Kumpulan C dan menyebabkan kita kalah 2-3.

Akibatnya, Malaysia terpaksa berdepan China sendiri di suku akhir, di mana kita tewas 0-3.

Pada hari yang sama Chong Wei cedera, dua perseorangan wanita Indonesia, Maria Febe Kusumastuti dan Lindaweni Fanetri dilihat menamatkan permainan lebih awal ketika menentang China.

Ketika itu China dan Indonesia sudah mengesahkan tiket ke suku akhir.

No comments:

Post a Comment