Sunday 20 May 2012

StRateGi KiM HeR

BEREGU pecahan mungkin kunci kemenangan skuad Piala Thomas negara ketika berdepan Denmark pada perlawanan kedua Kumpulan C, Selasa ini dalam usaha memburu status pilihan di suku akhir.

Ketua jurulatih beregu, Tan kim Her berkata, jika percaturan beregu asal menjadi perhitungan, peluang mendapat satu mata menerusi beregu agak sukar apa lagi dua mata yang diharapkan.


“Kalau guna pasangan ‘original’ dan kalah gandingan pertama, saya pasti gandingan kedua juga tewas.


“Sebaliknya akan berlaku jika guna gandingan pecahan. Saya pasti beregu kedua pecahan akan menghadiahkan satu mata manakala beregu pertama juga berpeluang melakukannya,” kata Kim Her.


Skuad negara mahu mengelak status naib juara kumpulan C bagi mengelakkan undian malang bertemu pasukan kuat terutamanya China di suku akhir.


“Atas kertas, beregu Denmark lebih kuat. Jika guna gandingan asal, peluang mendapat mata tetap ada tapi peluang hilang kedua-dua mata daripada beregu juga ada berbanding gunakan gandingan pecahan,” katanya lagi

No comments:

Post a Comment