Pages

Sunday, 20 May 2012

tEaM ChiNA GoYanGgGg...

JIKA kita berasa tiada peluang untuk muncul juara Piala Thomas, tuan rumah China tetap menganggap Malaysia sebagai ancaman utama apabila hanya latihan skuad negara diganggu penganjur.

Kapten, Datuk Lee Chong Wei berkata, gangguan itu adalah lumrah biasa dan dia tidak mahu rakan sepasukan ambil pusing dengan helah juara bertahan itu.

“Ini tempat mereka, kita perlu terima apa yang mereka lakukan,” katanya selepas kali pertama berlatih di gelanggang pertandingan.

Jika jadual latihan skuad negara diatur hampir sama dengan waktu ketibaan skuad di Wuhan, hari ini pemain negara hanya mendapat masa satu jam dan satu gelanggang untuk digunakan 10 pemain.

“Kalau nak diikutkan satu jam satu gelanggang memang tidak cukup. Tapi kita bernasib baik Indonesia memberikan gelanggang mereka kerana Indonesia berlatih di tempat rahsia mereka.” Setiap pemain hanya menjalani latihan selama lapan minit atas gelanggang namun Chong Wei berkata, mereka mendapat latihan mencukupi di Guangzhou.

“Saya tidak fikirkan perang psikologi tuan rumah, tidak mahu biarkan perkara remeh mengganggu tumpuan. Sasaran utama tahun ini Olimpik tapi Piala Thomas kejohanan berpasukan paling penting.

“Saya perlu pamer permainan dan sikap terbaik untuk dicontohi ‘junior’,” kata Chong Wei ketika menjawab pertanyaan serangan psikologi tuan rumah yang tidak memasukkan gambarnya dalam promosi kejohanan, sebaliknya Taufik Hidayat (Indonesia) dan Peter Gade (Denmark) berada dalam poster besar di venue pertandingan.

Ketika ditanya kemungkinan bertemu China lebih awal, Chong Wei mengaku Malaysia mahu mengelak perkara itu.

“Mereka juga takut jumpa kita, sama-sama tak mahu jumpa awal.” “Saya pesan kepada rakan jangan terlalu fikirkan keputusan. Saya tidak mahu mereka salahkan diri mereka. Kalau menang 3-1 atau 3-2 sekalipun, maknanya sama saja.”

No comments:

Post a Comment