Pages

Friday, 22 June 2012

Daren tumpaskan Lee Hyun Ill di Singapore Open


LIEW Daren mengejutkan pilihan kedua Siri Super Terbuka Singapura, Lee Hyun Il untuk melangkah ke suku akhir hari ini.

Langkah bergaya Daren itu melegakan kem badminton negara selepas menang 21-18, 12-21, 21-13.


Hasil kemenangan itu, Daren kini menjadikan rekod pertemuan seimbang 2-2, namun untuk ke separuh akhir esok, satu lagi lawan sukar perlu diatasinya iaitu jaguh Vietnam, Nguyen Tien Minh.

Mengiringi Daren seorang lagi pemain perseorangan negara, Chong Wei Feng yang mengatasi pemain Hong Kong, Hu Yun 21-17, 21-14.


Wei Feng bakal berdepan pemain China, Wang Zhengming hari ini, selepas pemain itu menundukkan pemain Jepun, Kenichi Tago.


Goh V Shem-Lim Khim Wah juga meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas mengatasi gandingan Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 21-15, 17-21. 21-16.

Dua lagi beregu lelaki negara Mak Hee Chun-Teo Kok Siang dan Chooi Kah Ming-Ow Yao Han terkandas di pusingan kedua.


Hee Chun-Kok Siang kalah kepada gandingan China, Hong Wei-Shen Ye 18-21, 15-21 manakala Kah Ming-Yao Han tewas di tangan Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun 16-21, 10-21.

Dalam beregu campuran pula, hanya Chan Peng Soon-Goh Liu Ying ke suku akhir selepas Tan Aik Quan-Lai Pei Jing tewas.

No comments:

Post a Comment