Pages
▼
Friday, 20 July 2012
MIX DOUBLE ADA HARAPAN BAWA BALIK PINGAT
BEREGU campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying memiliki potensi untuk meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2012 di London penghujung bulan ini, lapor HELMI TALKAH.
Jurulatih beregu campuran, Jeremy Gan berkata, Peng Soon-Liu Ying kini berada pada tahap prestasi terbaik bagi menggalas cabaran negara pada temasya terbesar dunia itu.
"Apa yang saya boleh katakan, persiapan mereka (Peng Soon-Liu Ying) kini berjalan dengan baik.
"Tahap keyakinan mereka juga semakin tinggi sejak mula menjalani latihan di Universiti of Bath, United Kingdom ketika ini.
"Mereka juga semakin teruja untuk memulakan cabaran pada Sukan Olimpik," kata Jeremy
Ketika ini, Peng Soon-Liu Ying bersama empat lagi pemain negara yang lain sedang menjalani latihan fasa terakhir di Univierstiti of Bath sebagai persiapan ke Sukan Olimpik 2012.
Turut layak beraksi di London nanti ialah jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, beregu utama lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan perseorangan wanita, Tee Jing Yi.
Mengulas mengenai sasaran buat Peng Soon-Liu Ying di London nanti, Jeremy menjelaskan bahawa segala-galanya terletak di tangan beregu campuran negara itu sendiri bagi menentukan hala tuju mereka.
Jelasnya, jika kedua-dua pemain itu mahu mengharumkan nama negara di pentas negara, ini merupakan peluang terbaik bagi merealisasikan matlamat tersebut.
"Begitupun, saya lebih suka jika mereka fokus satu demi satu perlawanan berbanding memikirkan mengenai peluang meraih pingat.
"Saya bimbang jika mereka terlalu memikirkan mengenai peluang untuk mendapatkan pingat, ia mampu menjejaskan prestasi mereka dalam perlawanan nanti. Sudah pasti ia suatu perkara yang tidak baik," jelas Jeremy.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik yang dilakar Peng Soon-Liu Ying tahun ini adalah mara ke peringkat separuh akhir Seluruh England, Mac lalu.
Kedua-dua pemain itu juga berjaya bergelar juara Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia dan naib juara GP Australia
No comments:
Post a Comment