Pages

Wednesday, 4 July 2012

Pingat Olimpik selamat

Tower of London

Pingat untuk Sukan Olimpik 2012 kini disimpan dan dikunci di peti besi di Tower of London, tempat Crown Jewels disimpan di bawah kawalan pengawal bersenjata.

Sejumlah 4,700 pingat emas, perak dan gangsa tidak akan dipamerkan kepada umum hingga pingat itu dikalung ke leher pemenang temasya sukan terbesar dunia itu yang akan memulakan cabaran di ibu kota Britain pada 27 Julai ini.


Pengerusi Sukan London, Sebastian Coe membawa pingat itu ke peti besi dan akan disimpan hingga dikalungkan kepada pemenang.

“Semua atlet mengimpikan pingat ini sebagai balasan terhadap kerja keras yang mereka lakukan di lapang latihan. Ini adalah kemuncak karier mereka,” kata Coe

No comments:

Post a Comment