Wednesday, 10 October 2012

Kejohanan Badminton Terbuka Rawang 2012 Kembali



KEJOHANAN badminton bertaraf amatur yang banyak dianjurkan di negara ini sentiasa dianggap sebagai penyumbang kepada kesinambungan bakat sedia ada.

Justeru Kejohanan Badminton Terbuka Rawang dianjurkan buat kali keempat bakal menyaksikan saingan lebih getir terutama dalam kategori Beregu Terbuka Lelaki yang turut dibuka kepada pemain profesional negara.

Kategori terbabit yang akan dipertandingkan pada 17 dan 18 November, menawarkan hadiah RM2,000 untuk juara, naib juara (RM1,000) dan mereka yang tewas di separuh akhir (RM500).

Kejohanan yang dianjurkan bersama Pusat Sukan Jaguh Gemilang dan Pusat Khidmat DUN Rawang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang itu turut menganjurkan pertandingan bagi kategori Beregu Lelaki Novis, Beregu Lelaki Bawah 16 dan Perseorangan Lelaki Bawah 12 yang akan diadakan di Dewan Badminton ASB, Pekan Rawang, Selangor, pada 24 dan 25 November.

Bagi kategori Novis, juara akan membawa pulang RM1,200, naib juara (RM600) dan mereka yang tewas di separuh akhir (RM300).

Juara kategori Bawah 16 pula akan menerima RM800 manakala bagi perseorangan lelaki Bawah 12, RM300.
Borang penyertaan boleh didapati di laman web www.jgsportcentre.com.

No comments:

Post a Comment