Pages

Friday, 23 November 2012

LCW, Arif Ke Suku Akhir, Daren Kandas Di Terbuka Hong Kong 2012




PEMAIN perseorangan muda negara, Mohd. Arif Abdul Latif mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Hong Kong 2012 semalam.

Kejayaan itu hadir selepas Arif mencatatkan kemenangan ke atas wakil tuan rumah, Hu Yun 21-17, 21-17 pada aksi pusingan kedua.

Bagaimanapun, dia dijangka berdepan tugas sukar pada aksi peringkat suku akhir hari ini apabila turun menentang pemain pilihan keenam, Kenichi Tago dari Jepun.
Tago mara selepas menewaskan rakan senegaranya, Takuma Ueda 21-17, 21-12 dalam satu lagi aksi pusingan kedua.

Sementara itu, jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei tidak menampakkan tanda-tanda kemerosotan prestasi biarpun selepas berehat hampir tiga minggu apabila turut menempatkan diri dalam kelompok lapan pemain terbaik.

Tampil selaku pemain pilihan pertama, Chong Wei yang merupakan pemain No. 1 dunia mencatatkan kemenangan ke atas Ajay Jayaram dari India 21-18, 21-19.

Pada aksi peringkat suku akhir, dia akan berdepan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh yang mara selepas membenam cabaran perseorangan Taiwan, Hsu Jen Hao 22-24, 21-18, 21-14.

Walaubgmnpun, Liew Daren kandas di pusingan kedua d tangan pemain china Chen Long dalm masa 48 minit, Daren ditundukkan straight set 21-8, 21-13.

Dalam acara beregu lelaki, pasangan utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut tidak menghampakan apabila mara hasil kemenangan ke atas beregu England, Chris Adcock-Andrew Ellis 25-23, 21-17.

Laluan getir dijangka menanti Kien Keat-Boon Heong dalam misi meloloskan diri ke peringkat separuh akhir apabila mereka perlu menjinakkan pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun- Lee Yong Dae pada aksi suku akhir hari ini.

Selain Kien Keat-Boon Heong, satu lagi pasangan beregu lelaki negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong juga tidak menghampakan apabila melakar kemenangan ke atas Yonathan Suryatama Dasuki-Hendra Aprida Gunawam 21-19, 21-19.

Terdahulu, beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke peringkat suku akhir selepas mencatatkan ke atas pasangan Rusia, Lunev Sergey-Dimova Evgenia 21-18, 21-18.

No comments:

Post a Comment