Pages
▼
Wednesday, 14 November 2012
Malaysia International Challenge : Pilihan Utama Tak Letakkan Target...
Bekas juara All-England Mohd Hafiz Hashim adalah pilihan utama dalam Malaysia International Challenge yg bermula ari ni di Unimas Indoor Stadium, Kuching tetapi dia boleh berubah menjadi mangsa mudah jika dia x performce.
Malaysia International Challenge adalah kejohanan pertama beliau sejak dia alami kecederaan pada tendon Achilles selepas joint China Masters september lalu.
"Ini adalah kejohanan terakhir saya untuk tahun ni dan penampilan pertama saya dalam tempoh dua bulan. Saya hanya mahu berseronok dan ingin melihat sejauh mana saya boleh pergi. Saya tidak menetapkan sebarang sasaran walaupun saya pilihan utama, "kata Hafiz.
"Saya telah mengambil steroid jabs untuk elakkan kesakitan. Ini adalah kecederaan lama yang trjadi sekali sekala. " kata hafiz lagi
Hafiz, yang tidak memenangi banyak kejohanan kecuali separuh akhir di Terbuka Malaysia Grand Prix Emas pada bulan Jun, Beliau berkata akan memberikan dirinya satu tahun lg untuk melihat jika dia boleh berjaya dalam sukan ini.
"Ia semua bergantung kepada kaki saya. Jika saya mampu untuk menanggung kesakitan, saya akan bermain lagi pada 2013, "katanya.
Jika Hafiz gantung raket beliau, beliau aka menjadi jurulatih.
Beliau telah menghabiskan tiga minggu di Pune, India, sebagai jurulatih dengan sebuah kelab pada bulan Ogos dan menjalankan latihan swasta di masa lapangnya.
"Berkhidmat sbg jurulatih India adalah satu pengalaman yang baik. Saya juga melakukan beberapa kejurulatihan swasta. Ia agak menyeronokkan "
No comments:
Post a Comment