Pages
▼
Thursday, 8 November 2012
Zakri Latif Kahwin Sabtu Ni
GANDINGAN bebas Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif gembira dengan kedudukan mereka di ranking ke-23 dunia sebelum berehat sebulan kerana Zakry akan menamatkan zaman bujangnya Sabtu ini.
Beregu lelaki dari KLRC itu merangkul satu kejuaraan, berstatus Grand Prix Emas Terbuka Taiwan, selain mara ke akhir Terbuka Thailand dan separuh akhir Terbuka Malaysia.
“Tahun ini kami sasar satu gelaran tapi tidak sangka meraihnya seawal ini,” kata Fairuzizuan yang gembira dengan pencapaian semasa selepas setahun digandingkan semula.
“Pada awal tahun kami tidak menemui rentak dan pada pertengahan tahun ini, kami amat bergelut, namun kini kami dapat rasakan seperti mendapat rentak sama seperti ketika berada di kemuncak dulu.” Zakry yang akan diijab kabul dengan gadis pilihan hati dari Kuantan, Pahang, akan berehat daripada menyertai baki tiga kejohanan BWF tahun ini.
“Saya akan berehat seketika sebelum kembali tahun depan. Begitupun saya tetap berlatih bagi mengekalkan kecergasan,” kata Zakry.
Sementara itu, Fairuzizuan yang gembira dengan keputusan gandingannya menamatkan zaman bujang tetap meneruskan latihan dan mengambil bahagian di Grand Prix Emas Terbuka Taiwan dari 27 November hingga 2 Disember ini.
“Sepanjang ketiadaan Zakry, saya berganding dengan Vountus Indra Mawan di Taiwan kerana tidak mahu kehilangan momentum kejohanan. Saya dan Zakry merancang memberi impak lebih besar tahun depan dan perlu bersedia sambil mengharapkan Zakry tetap mantap selepas berkahwin,” kata Fairuzizuan.
No comments:
Post a Comment