Pages

Monday, 21 January 2013

9 Kali Menjuarai Terbuka Malaysia



Datuk Lee Chong Wei muncul sebagai pemain terbanyak menjadi juara pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia.

smlm, Chong Wei membuktikan statusnya sbg pemain terhebat negara apabila menjuarai Terbuka Malaysia 2013 buat kali ke-9.

Kejayaan ke-9 itu hadir lepas dia kalhkn Sony Dwi Kuncoro(IND) dgn 21-7, 21-8 pada final yg diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Lebih membanggakan, dia berjaya melepasi rekod legenda badminton negara, yang sebelum ini merekodkan lapan kejuaraan pada Terbuka Malaysia.

“Saya sangat bangga dengan kejayaan ini. Terima kasih kepada para penyokong kerana sanggup hadir ke stadium bagi menyaksikan final serta memberi sokongan kepada saya".

“Sebenarnya saya berasa sedikit tertekan kerana harapan yang diletakkan untuk saya bergelar juara kali ini agak tinggi.

“Mungkin orang tidak nampak kenapa saya menang mudah ke atas Sony tetapi itulah yang saya rasakan.

“Mujur, setiap kali Sony melakukan serangan saya boleh mengatasinya. Saya memang mahu menghabiskan perlawanan dengan cepat,” kata Chong Wei pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan semalam.

Sebagai rekod, Chong Wei mula bergelar juara Terbuka Malaysia pada 2004,2005,2006, 2008,2009,2010,2011,2012 dan yg trbaru 2013.

Menurut Chong Wei, dia akan cuba untuk melakukan yang terbaik untuk bergelar juara Terbuka Malaysia buat kali ke-10 pada edisi tahun depan.

Hasratnya itu adalah untuk menyamai rekod kejuaraan yang dimilikinya selaku juara kebangsaan.

“Saya akan cuba tetapi semua kena sedar bahawa Sirkit Kebangsaan dan Terbuka Malaysia adalah dua kejohanan yang berbeza,” kata Chong Wei yang akan beraksi pada game sterusnya di Seluruh England Mac depan.

Dengan kemenangan semalam, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$30,000 (RM90,389).

No comments:

Post a Comment