Pages

Thursday, 17 January 2013

Malaysia Open Terakhir Buat Taufik


Tahun ini menjadi kali terakhir untuk Taufik beraksi di Malaysia Open. Seperti diungkapkan Taufik, ia merancang untuk menamatkan kerjaya bulu tangkisnya pada bulan Jun akan datang, atau setelah acara Djarum Indonesia Open Super Series Premier 2013.

Walaupun bukan bertanding di negara sendiri, Taufik selalu mendapat banyak sokongan dari penyokong Malaysia. Banyak hal yang beri kesan kpd Taufik ketika bertanding di Malaysia. Diantaranya adalah saat Piala Thomas 2000 yang juga dilansungkan di Stadium Putra Bukit Jalil.

"Kalau bertanding di Malaysia, saya selalu ingat Thomas Cup tahun 2000, kala itu saya berdiri di pintu itu (Taufik menujuk pintu masuk ke arena pertandingan) dan menyaksikan babak semifinal antara Indonesia menentang Denmark. Saat itu kedudukan 2-2 dan Marleve Mainaky sedang melawan Kenneth Jonassen "ujar Taufik. Perlawanan separuh akhir tersebut berakhir dengan kemenangan pasukan Indonesia 3-2.

Tahun ini, Taufik memulakan perlawanan Malaysia Open dengan baik. Ia mampu menumbangkan Nguyen Tien Minh yang merupakan pilihan ketiga. Taufik melangkah ke 2nd round stlah mengalahkan wakil Vietnam tersebut dengan double set 10-21, 21-7, 21-9 dalam masa 42 minit.

"Di awal permainan, saya tidak boleh mengawal angin sehingga 1st game kalah dengan point yang cukup jauh. Kemenangan hari ini adalah permulaan yang baik untuk saya "kata pemain kelahiran Bandung, 10 Ogos 1981 ini.

No comments:

Post a Comment