Pages

Thursday, 14 February 2013

Rashid Masih Dirawat Di KPJ Kajang


Rashid Sidek masih dirawat di Hospital KPJ Kajang untuk hari ke-5, selepas doktor belum dapat mengesan masalah sebenar dihadapinya. Beliau dah boleh makan cam biasa, tp masih demam dan bintik-bintik merah di badannya belum hilang.

“Tangan dan kaki saya membengkak, malah seluruh badan kadang kala berasa gatal,” kata Rashid sambil mengesahkan yang doktor belum dapat mengesahkan penyakit sebenar dihadapinya dengan hanya melabelkan beliau dijangkiti virus.

“Saya boleh bercakap seperti biasa sekarang berbanding pada hari kedua (Ahad), tekak saya penuh dengan ulser membuatkan saya tiada mood dan deria rasa saya juga terjejas.”

 “Saya beri dia minum kopi, dia tanya air apa ini, saya bagi makan nasi juga dia tidak berasa seperti nasi. Inilah kali pertama (Ahad) dia hilang deria rasa. Tapi hari ini dia sudah kembali ada selera, cuma masih penat.” Noor Azehan berkata, doktor pada awalnya mengesyaki dia menghidap denggi dan macam-macam lagi, namun darahnya normal.

No comments:

Post a Comment