Pages

Monday, 20 January 2014

LCW Mungkin Bersara Hujung Tahun Ni...


Pemain nombor satu dunia memberi perkhabaran yang menyedihkan untuk seluruh rakyat Malaysia apabila mengumumkan tahun ini mungkin adalah tahun terakhirnya beraksi sebelum menamatkan kariernya selepas memenangi Siri Super Premier Terbuka Malaysia semalam.                                                                                                                                        Chong Wei tenang menewaskan Tommy Sugiarto dari Indonesia 21-19,21-9 sebelum terus duduk menahan sebak di penjuru gelanggang dengan kejayaannya semalam sekaligus meraih wang tunai AS$37,500 (RM123637).


“Saya tidak pernah rasa tekanan yang begitu hebat untuk memenangi satu-satu kejohanan seperti hari ini.

“Mungkin ini adalah penampilan terakhir saya pada Terbuka Malaysia. Selepas Sukan Asia saya tidak pasti sama ada akan terus bermain.

“Segala-galanya bergantung kepada keadaan kecergasan saya. Jika bebas daripada sebarang kecederaan, mungkin saya akan terus beraksi.

“Jika tidak, saya akan menamatkan karier pada hujung tahun ini,” kata Chong Wei.

Dia juga mendedahkan keputusannya untuk memikirkan tentang persaraan kerana masalah peribadi, namun tidak pula menghuraikannya lebih lanjut.

“Sekarang saya pun sudah ada keluarga. Isteri saya mungkin memahami kerana dia juga bekas atlet. Tapi satu masa nanti saya kena bersara juga,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment