Pages

Tuesday, 23 September 2014

Datuk LCW Kecundang Acara Berpasukan




Sekali lagi Datuk LCW kalah kepada Chen Long sekali gus Malaysia tersingkir di tangan China, 0-3 pada separuh akhir berpasukan lelaki.

Kekalahan 17-21, 21-19, 11-21 dalam masa 80 minit di Gimnasium Gyeyang menyebabkan Chong Wei kecundang buat kali kedua dalam tempoh 23 hari selepas tumbang di final Kejohanan Dunia di Copenhagen.


"Saya sudah cuba berikan aksi terbaik, tapi Chen Long lebih kemas dan mantap. Dia lebih bersemangat dan yakin selepas menang di Copenhagen, tapi saya tidak bimbang kerana normal bagi seseorang pemain sebegitu apabila menjuarai sesuatu kejohanan".

“Saya harap dapat lebih bersedia apabila beraksi dalam acara individu Rabu ini,” kata Chong Wei.

Apa pun, kemaraan ke separuh akhir sekali gus membawa pulang pingat gangsa sekurang-kurangnya menebus kekalahan mengaibkan di Guangzhou 2010 apabila tewas kepada Thailand 3-2 pada suku akhir.

Sementara itu, Chong Wei dijangka bertemu musuh ketat Lin Dan pada separuh akhir perseorangan lelaki individu.

Dalam undian LCW mendapat bye pada pusingan pertama memulakan kempen menentang Umer Zeeshan dari Pakistan di pusingan kedua sebelum Kashyap Parupalli dari India menunggunya di pusingan ketiga manakala pilihan kelapan Boonsak Ponsana dari Thailand dijangka menunggu di suku akhir.




No comments:

Post a Comment