Showing posts with label Datuk Eddy Choong Ewe Beng. Show all posts
Showing posts with label Datuk Eddy Choong Ewe Beng. Show all posts
Tuesday, 29 January 2013
Sedikit Mengenai Mendiang Datuk Eddy Choong Ewe Beng
-Dilahirkan di George Town pada tahun 1930
-Berjaya mengekalkan kejuaraan Seluruh England pada tahun 1953, 1954, 1956 dan 1957.
-Ketika itu, kejuaraan tersebut merupakan kejohanan paling berprestij bagi sukan badminton yang menyamai Kejohanan Piala Dunia ketika ini.
-Berjaya melangkah ke peringkat akhir kejohanan yang sama pada tahun 1952 dan 1957 selain memenangi acara beregu pada kejohanan itu bersama abangnya, David Ewe Choong pada tahun 1951 dan 1953.
-Berjaya menjulang Piala Thomas pada tahun 1955 di Singapura apabila menewaskan Denmark 8-1
-Menerbitkan buku biografinya yang berjudul Ex-Badminton Player: Dato Eddy Choong Talk About History dlm bhasas cina & inggeris
Hilangnya Seorang Lagenda Badminton Era 50-an
Datuk Eddy Choong Ewe Beng, 83, meninggal dunia di Hospital Loy Guan Lye, George Town Pulau Pinang semalam. Beliau mrupkn pemain badminton negara era 50-an & juga juara 4 kali man single Kejohanan Badminton Seluruh England.
Datuk Finn Choong Khuat Seng, 53(Anak sulung mendiang,), berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 petang di sisi anak-anaknya setelah dirawat di hospital tersebut sejak Sabtu lalu.
Menurut beliau, bapanya sepatutnya dijadualkan keluar hospital oleh doktor pagi semalam sebelum tiba-tiba muntah dan dimasukkan semula ke wad untuk rawatan.

Isteri mendiang, Datin Maggie Thean Sun Lim, 79, yang kelihatan sedih pula memberitahu, suaminya adalah seorang pencinta badminton sejati dan cukup mengambil tahu perkembangan sukan tersebut.
“Saya dan adik-beradik yang lain berada di sisi bapa semasa dia sedang tenat sehingga menghembuskan nafas terakhir kerana sepatutnya kami menjemput beliau pulang ke rumah hari ini (semalam).
“Sebelum dimasukkan ke hospital, bapa ada memberitahu hasrat untuk menonton perlawanan Seluruh England di Birmingham pada Mac nanti sebagai sokongan kepada pemain negara, tetapi hasratnya tidak kesampaian,” ujar beliau ketika ditemui pemberita di kediaman mereka di Jalan Bell, Pulau Tikus.
Upacara pengkebumian mendiang akan dilakukan pada Jumaat ini di Batu Gantung.
Subscribe to:
Posts (Atom)

