Showing posts with label India Open 2012. Show all posts
Showing posts with label India Open 2012. Show all posts

Tuesday, 1 May 2012

cEo KsN x iSaU LCW KalH D IndIa OpEn

KEKALAHAN Datuk Lee Chong Wei di Terbuka India, kelmarin tidak membimbangkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz kerana beranggapan pemain nombor satu dunia itu belum cukup cergas untuk menghadapi perlawanan sengit. Beliau yang menonton perlawanan akhir yang membabitkan Chong Wei dengan pemain Korea, Shon Wan Ho mengesahkan harapan pingat emas Olimpik negara itu kini bebas daripada masalah kecederaan bahu yang dialami di Seluruh England. “Dia (Chong Wei) sudah bebas daripada kecederaan cuma belum cukup bersedia dari segi kecergasan perlawanan (match fitness),” kata Ramlan. Katanya, Chong Wei sudah cukup kuat dari segi fizikal biarpun pemain itu baru kembali menyertai perlawanan kompetitif selepas berehat lebih sebulan. “Ini kejohanan pertamanya selepas mengalami kecederaan, apa yang dicapai setakat ini adalah kemajuan. Kita perlu nilai dia dari segi intensiti sesuatu perlawanan dan berapa perlawanan dihadapinya. “Apa yang saya lihat kemajuan dicapainya lebih baik berbanding di England, Mac lalu kerana kali ini dia lebih berkeyakinan dan berkemampuan untuk melakukan lebih daripada dua smash berturut-turut,” kata Ramlan. Menurutnya, kekalahan itu tidak membimbangkan ISN kerana mereka mensasarkan Chong Wei akan mencapai kemuncak prestasi di Olimpik London, Julai hingga Ogos ini. Dalam pada itu, jurulatih fizikal, Mohd Rosdi Abd Ghani berkata fizikal pemain kelahiran Pulau Pinang itu masih boleh diperkemaskan ketika latihan fizikal Chong Wei memasuki fasa akhir menjelang Olimpik. “Sekarang kita memasuki fasa akhir latihan fizikal, jadi dari segi 'volume', bebanan akan ditingkatkan, begitu juga dengan intensiti latihan di gelanggang,” kata Rosdi. Jurulatih fizikal dari ISN itu turut mengiringi Chong Wei ke India selepas pemain itu meminta pakar kecergasan itu mengikutnya ke setiap kejohanan dan Rosdi mendapati minda Chong Wei kini lebih terbuka. “Dia memberi maklum balas dengan baik, apa yang dirasakan kurang dalam dirinya dari segi fizikal sehingga mempengaruhi permainan, dia akan beritahu dan kami saling berbincang. “Malah saya juga menasihatkannya supaya tidak mengambil pusing dengan kekalahan ini kerana bagi saya, lebih baik dia tewas sekarang untuk menyedarkannya yang dia juga sebenarnya tidak boleh hanya memberi fokus kepada Lin Dan dan memandang mudah lawan lain,” katanya.

Monday, 30 April 2012

ChOnG WeI TuMpAs Di FinAl IndIa OpEn 2012

APA sudah jadi dengan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei?Adakah kecederaan di bahagian bahu kanan yang di alaminya sebelum ini masih menghantui pemain No. 1 dunia itu. Semalam, Chong Wei menerima tamparan hebat apabila gagal dalam misi mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka India 2012. Dia kalah kepada bintang muda Korea Selatan, Shon Wan Ho pada final kejohanan itu yang berlangsung di New Delhi. Tewas pada set pertama 18-21, Chong Wei kembali bangkit apabila mencatatkan kemenangan 21-14 pada set kedua. Bagaimanapun, hasrat untuk menyaksikan Chong Wei, 30, merangkul gelaran juara buat kali kedua selepas melakukannya pada tahun lalu tidak kesampaian apabila dia tewas 19-21 pada set penentuan. Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Chong Wei gagal dalam misi untuk merangkul kejuaraan ketiga tahun ini. Pada Januari lalu, pemain kelahiran Pulau Pinang itu tampil bergaya apabila merekodkan kejuaraan pada Terbuka Malaysia dan Terbuka Korea. Namun, kekalahan itu tidak mendatangkan kesan besar buat Chong Wei apabila dia masih berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemain No. 1 dunia. Ia sekali gus meletakkan pemain itu sebagai pemain pilihan pertama menjelang temasya Sukan Olimpik 2012 di London Julai depan. Terbuka India merupakan kejohanan pertama yang disertai Chong Wei selepas dia kembali pulih daripada masalah kecederaan bahu kanan ketika aksi final kejohanan Seluruh England bulan lalu.