Showing posts with label VICTOR Badminton Korea Open 2013. Show all posts
Showing posts with label VICTOR Badminton Korea Open 2013. Show all posts

Sunday, 13 January 2013

Final Result Victor Korea Open 2013



WD
Xiaoli Wang/Yang (F) Yu - Jin Ma/Jinhua Tang
21-17 21-13


MD
Sung Hyun Ko/Yong Dae Lee - Mathias Boe/Carsten Mogensen
19-21 21-13 21-10


WS
Ji Hyun Sung - Shixian Wang
21-12 22-20


XD
Nan Zhang/Yunlei Zhao - Chen Xu/Jin Ma
13-21 21-16 21-13


MS
Chong Wei Lee - Pengyu Du
21-12 21-15

Thursday, 10 January 2013

Datuk LCW Kena Paksa Main 3Set Di 1st Round


Datuk Lee Chong Wei terpaksa mandi peluh sebelum berjaya melangkah ke pusingan pertama Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Korea 2013 semalam.

Tampil selaku pilihan pertama kejohanan, ia xberi kelebihan buat Chong Wei yang kalah di 1st set dgn 17-21 sbl menang set brkutnya dgn 21-14, 21-16 keatas pemain muda China, Wang Zhengming sekaligus layak ke 2nd round.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata, situasi itu bukan sesuatu yang membimbangkan kerana ia adalah perkara biasa buat setiap pemain yang masih mencari rentak dalam setiap perlawanan pertama mereka.

Chong Wei kini dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada Terbuka Korea tahun lalu. Sebelum itu, dia turut menggenggam trofi kejuaraan Terbuka Korea pada 2010.

Sementara itu, Chong Wei Feng(MS)mengiringi Chong Wei ke 2nd round selepas kalhkn Henri Hurskainen dari Sweden 24-22, 21-16.

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga layak ke next round apabila tewaskan Oliver Roth-Johanna Goliszewski dari Jerman straingh set 21-15, 21-12.

Wednesday, 9 January 2013

Suhu Sejuk Di Terbuka Korea


Cabaran bagi Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea bermula hari ini dengan menentang pemain muda China, Wang Zhengming, namun pemain nombor satu dunia itu tetap berhati-hati kerana aksi di kejohanan berstatus Siri Super Premier pertama 2013 itu memerlukan ketahanan fizikal.

Dengan suhu sejuk sebelah malam mencecah 11 darjah Celsius, pemain nombor satu negara itu membayangkan setiap perlawanan akan berlarutan dalam tempoh panjang.

“Bermain di tempat sejuk biasanya membuatkan pergerakan bulu tangkis perlahan, jika melakukan smash sekalipun, tahap kelajuan berkurang sekali gus membolehkan lawan melakukan pukulan balas,” kata Chong Wei.

Pada waktu siang, suhu paling tinggi di Seoul hanya 28 darjah Celsius, membayangkan betapa sejuknya buat pemain dari Malaysia.

“Saya gemar bermain di tempat sejuk kerana tenaga akan kekal lebih lama tapi setiap pemain perlu hati-hati, tidak boleh melakukan kesilapan,” kata Chong Wei yang dijangka berdepan Chen Long dari China pada perlawanan akhir, Ahad ini.

Thursday, 3 January 2013

VICTOR Badminton Korea Open 2013



Dates             
8/1/2013 to 13/1/2013

Week             
2

Category        
Super Series Premier

City                 
Seoul

Country          
KOR

Prize money   
 USD1,000,000

Entry deadline  
12/4/2012

Website           
http://www.bka.kr