Showing posts with label rashid sidek. Show all posts
Showing posts with label rashid sidek. Show all posts

Monday, 30 September 2013

Rashid Kembali Ke BAM


Foto

Rashid telah sahkn bahawa  beliau akan kembali menyertai barisan kejurulatihan BAM, namun selepas mengikut prosedur yang diminta Presiden, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

“Esok (hari ini) saya akan ke pejabat BAM, menghantar surat yang diminta presiden, menulis saya mahu kembali melatih pemain kebangsaan, tapi saya tidak akan terus bekerja esok (hari ini),” kata Rashid

“Apapun saya akan memulakan kerja minggu ini, paling awal Selasa (esok).”

“Cukup-cukuplah bangkitkan isu ini, semuanya sudah pulih dan reda. Saya sedar saya perlu segera kembali untuk membantu skuad negara dan menjayakan program yang dirancang kepimpinan baru.

“Selagi Datuk Lee Chong Wei belum berjaya menjuarai Kejohanan Dunia dan Sukan Asia, saya akan turut sama membantunya, begitu juga dengan pemain lain,” kata Rashid lagi

Sememangnya tiada sebab untuk Rashid terus membawa diri kerana alasannya meletak jawatan sebelum ini, disebabkan tidak mampu mengikut program yang tidak dipersetujuinya serta berasa tidak boleh bekerja bersama dengan Tan Aik Mong (bekas Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat-TMG yg kini telah tinggalkn BAM).

Friday, 20 September 2013

Rashid Tinggalkan BAM



Tan Aik Mong (Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG))  menjadi punca Rashid Sidek letak jawatan sebagai jurulatih perseorangan BAM, semalam.

Rashid sudah bagi notis sebulan dan tidak akan hadir melatih pemain bermula hari ini kerana dikira mengambil cuti tahunan.

“Apabila tidak lagi sesuai dengan sistem dan tidak bersetuju dengan apa yang berlaku, apa gunanya saya terus kekal, lebih baik saya berhenti. Saya tidak mampu lagi mengikut rentak mereka,” katanya

Rashid, 45, berkhidmat sebagai jurulatih BAM sejak 2003 & merupakan pemenang pingat gangsa Olimpik 1996 & juga sebahagian daripada pasukan emas Piala Thomas 1992.

**Apa dah jadi BAM neh??sorang2 coach lari, kalau camni camane badminton malaysia nk maju kalau coach2 bagus semua dah angkat kaki...apa sbnrnya dah jadi dlm pentadbiran mereka nie??emmm fikir-fikirkanlah


Thursday, 14 February 2013

Rashid Masih Dirawat Di KPJ Kajang


Rashid Sidek masih dirawat di Hospital KPJ Kajang untuk hari ke-5, selepas doktor belum dapat mengesan masalah sebenar dihadapinya. Beliau dah boleh makan cam biasa, tp masih demam dan bintik-bintik merah di badannya belum hilang.

“Tangan dan kaki saya membengkak, malah seluruh badan kadang kala berasa gatal,” kata Rashid sambil mengesahkan yang doktor belum dapat mengesahkan penyakit sebenar dihadapinya dengan hanya melabelkan beliau dijangkiti virus.

“Saya boleh bercakap seperti biasa sekarang berbanding pada hari kedua (Ahad), tekak saya penuh dengan ulser membuatkan saya tiada mood dan deria rasa saya juga terjejas.”

 “Saya beri dia minum kopi, dia tanya air apa ini, saya bagi makan nasi juga dia tidak berasa seperti nasi. Inilah kali pertama (Ahad) dia hilang deria rasa. Tapi hari ini dia sudah kembali ada selera, cuma masih penat.” Noor Azehan berkata, doktor pada awalnya mengesyaki dia menghidap denggi dan macam-macam lagi, namun darahnya normal.