Showing posts with label roslin hashim. Show all posts
Showing posts with label roslin hashim. Show all posts

Friday, 19 October 2012

Kes Roslin Disambung Isnin


Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menetapkan Isnin ini untuk sambung bicara kes bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim yang mengemukakan tuntutan ganti rugi perkahwinan RM53,460 terhadap bekas isteri pertamanya, Faizah Mohammad.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan di dalam kamarnya selepas Roslin selesai disoal balas semalam. Mahkamah dijangka memanggil seorang lagi saksi serta mengarahkan Roslin, 37, atau nama sebenarnya Muhammad Roslin Hashim mengemukakan dokumen berkaitan kes berkenaan.

Perkara itu dinyatakan peguam syarie, Suria Wahida Umar mewakili Roslin manakala Faizah, 34, diwakili peguam syarie, Mohammad Amir Nazli Hussin. Roslin menceraikan Faizah selepas 12 hari mereka melangsungkan perkahwinan. Pasangan itu bernikah di rumah Faizah di Puchong pada 30 Januari 2009 dan disahkan bercerai pada 12 Mei tahun sama oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Tuesday, 4 September 2012

ROSLIN DISOAL BALAS PEGUAM



Bekas pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim selesai disoal balas oleh peguam yang mewakili bekas isteri pertamanya, Faizah Mohamad pada perbicaraan secara tertutup kes tuntutan ganti rugi perkahwinan RM53,460 di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Ketika ditemui di luar mahkamah, peguam syarie yang mewakili Faizah, Mohammad Amir Nazli Hussin memberitahu, pihaknya sudah selesai menyoal balas Roslin di hadapan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan.