Thursday, 10 May 2012

fZ foRzA SloVenIa InTeRnaTioNAl 2012




Dates: 5/10/2012 to 5/13/2012

Week: 19

Category: International Series

City: Medvode

Country: SLO

Prize money: USD 5000

Entry deadline: 4/17/2012

Website: http://www.badminton-zveza.si

Venue name: Sport Hall Medvode

Address: Ostrovrharjeva 4, 1215 Medvode

Courts: 6 Victor courts

Shuttles: FZ Forza Tournament

Qualifying Round: 10 May 2012

Main Event: 11-13 May 2012

Final: 13 May 2012 - 10:00hrs

Referee: Michael Nemec, AUT

Deputy Referee: Jozef Kuprivec - Dodo, SLO


Wednesday, 9 May 2012

LCW DuTa CNI



“SUKAN Olimpik dan Piala Thomas sama penting.”
Demikian tegas jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang bakal menjadi sanda- ran utama Malaysia pada kedua-dua kejohanan tersebut.

Pemain No. 1 dunia itu berkata, tidak kira apa juga situasi sekalipun, dia tetap akan mempamerkan aksi terbaiknya apabila beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London, Jun depan dan Piala Thomas di Wuhan, China bermula 20 Mei ini.

Katanya, Sukan Olimpik dan Piala Thomas sama penting kerana dia beraksi bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Memang Sukan Olimpik temasya sukan besar, namun saya tidak pernah menganggap Piala Thomas tidak penting.

“Bagi saya, kedua-duanya sama penting. Pada Sukan Olimpik saya beraksi secara individu dan Piala Thomas pula acara berpasukan yang mana kedua-duanya saya membawa nama Malaysia.

“Apa jua situasi sekalipun, saya tetap akan mencuba untuk melakukan yang terbaik demi negara,” kata Chong Wei.

Dia berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan syarikat jualan langsung CNI Enterprise(M) Sdn. Bhd. di Shah Alam semalam.

Menerusi MOU tersebut, Chong Wei telah dilantik menjadi duta CNI selama setahun.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif CNI, Kelvin Koh.

Sebelum ini, segelintir pihak mempersoalkan keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang tetap mahu menyenaraikan Chong Wei dalam skuad negara bagi menghadapi Piala Thomas di Wuhan.

Bagi mereka, Chong Wei tidak perlu disenaraikan dalam skuad negara kerana fokus utamanya kini adalah Sukan Olimpik yang mana dia diletakkan sebagai sandaran untuk membawa pulang pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya berprestij itu.

Malah, kecederaan bahu kanan yang dialami Chong Wei ketika aksi final Seluruh England, Mac lalu dikhuatiri berulang jika tetap turun beraksi di negara Tembok Besar itu, sekali gus menjejaskan persiapan untuk memburu pingat emas di London.

Sementara itu, Chong Wei turut menyokong penuh keputusan yang dibuat BAM untuk membawa skuad negara menjalani latihan pusat di Dongguan, China sebagai persiapan menghadapi kempen Piala Thomas.

Jelas pemain berusia 30 tahun itu, ia merupakan peluang terbaik buat barisan pemain negara untuk memu- puk semangat berpasukan sebelum turun beraksi.

“Beraksi dalam Piala Thomas memerlukan semangat berpasukan yang cukup tinggi.

“Di Kuala Lumpur kami jarang dapat peluang untuk duduk makan, minum dan melakukan perkara-perkara lain secara bersama kerana waktu la- tihan yang berbeza antara pemain perseorangan dan beregu.

“Namun, saya percaya di Dongguan nanti ia dapat dilakukan kerana kami mempunyai tempoh lebih kurang seminggu untuk bersama sebelum beraksi pada Piala Thomas.

“Langkah tersebut penting bagi memupuk semangat berpasukan antara pemain-pemain,” jelas Chong Wei.

Selain Chong Wei yang diberi tanggungjawab sebagai pemain perseorangan pertama, cabaran Malaysia turut digalas oleh perseorangan kedua, Liew Daren, Muhammad Hafiz Ha- shim (ketiga) dan Chong Wei Feng (keempat).

Gandingan utama, Koo Kien Keat- Tan Boon Heong akan menggalas cabaran selaku beregu pertama, Goh Shem-Lim Khim Wah kedua dan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong pula ketiga.

Skuad negara akan berlepas ke Dongguan, Ahad ini bagi memulakan latihan pusat sehingga 18 Mei ini sebelum ke Wuhan sehari kemudian.

Kempen Piala Thomas kali ini menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Denmark dan Afrika Selatan.


Tuesday, 8 May 2012

PemenAng SmiLlInG FiSh IntErNatIoNal SeriEs 2012



XD
Fai Yin Wong/Shevon Jemie Lai [MAS/2] - [MAS] Wee Gieen Tan/Mei Kuan Chow 21-13 23-21

WS
Florah, Sew Fong Ng[MAS/1] - [THA] Alisa Sapniti 11-21 21-15 21-19

MD
Darren Isaac Devadass/An Khang Tai [MAS] - [THA] Siriwat Matayanumati/Pusanawat Saisirivit 14-21 21-14 24-22

WD
Shimozaki Aya/Emi Moue [JPN/2] - [THA] Wiranpatch Hongchookeat/Puttita Supajirakul 21-11 22-20

MS
Joo Ven Soong[MAS/5] - [THA/3] Khosit Phetpradab 21-14 17-21 21-18

Sunday, 6 May 2012

InDonEsIa UmuM SkuAd BadMinToN Ke PiaLa ThomAs & UbeR 2012


PBSI(Persatuan Bulutangkis Selruh Indonsia) telah senaraikan nama untuk team Piala Thomas dan Uber yang akan berlangsung di Wuhan, China, pada 20-27 Mei 2012 nnti. Penilaian dilakukan berdasarkan penampilan dan prestasi pada beberapa kejuaraan terakhir, serta kesiapan dan kondisi atlet.

Beberapa nama tercatat sudah memperkuat team pada saat kualifikasi Piala Thomas dan Uber di Macau pada Februari lalu. Namun terdapat beberapa nama baru yang dimaksukkan ke dalam team iaitu Rian Agung Saputro di nomor ganda putra, serta pasangan regu wanita Suci Rizki Andini/Della Destiara Haris.

Berikut susunan team Piala Thomas dan Uber Indonesia 2012 :


Team Piala Thomas
Simon Santoso, Taufik Hidayat, Tommy Sugiarto, Dionysius Hayom Rumbaka, Mohammad Ahsan, Bona Septano, Markis Kido, Hendra Setiawan, Alvent Yulianto Chandra dan Rian Agung Saputro.


Team Piala Uber
Maria Febe Kusumastuti, Adriyanti Firdasari, Linda Wenifanetri, Bellaetrix Manuputty, Greysia Polii, Meiliana Jauhari, Anneke Feinya Agustine, Nitya Krishinda Maheswari, Suci Rizki Andini dan Della Destiara Haris.

WiNnEr MalYsIa OpEn 2012


XD
Peng Soon CHAN/Liu Ying GOH [MAS/1] - [INA] Fadhilah IRFAN/Anggraini WENI 21-12 21-14


WS
Busanan ONGBUMRUNGPAN [THA] - [JPN] Sayaka TAKAHASHI 21-17 22-20


MD
Kien Keat KOO/Boon Heong TAN [MAS/1] - [MAS] Kah Ming CHOOI/Yao Han OW 21-15 21-19


WD
Eei Hui CHIN/Pei Tty WONG [MAS/2] - [SIN/1] Shinta Mulia SARI/Lei YAO 21-18 21-18

MS
Chong Wei LEE [MAS/1] - [INA] Sony Dwi KUNCORO 17-21 21-8 21-10

Friday, 4 May 2012

ChOng WeI VS ChOnG WeI d SuKu AkhIr MalYsiA OpeN 2012

JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei tampil bergaya apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia 2012, lapor HELMI TALKAH. Kejayaan itu hadir selepas pemain No. 1 dunia itu mudah menewaskan Sai Praneeth dari India 21-12, 21-13 pada aksi pusingan ketiga kejohanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya Johor Bahru semalam. Terdahulu, Chong Wei yang mendapat bye pada pusingan pertama kelmarin, mengetepikan cabaran Michael Fowke dari Australia dengan 21-7, 21-10 pada pusingan kedua semalam. Pada aksi suku akhir hari ini, Chong Wei akan berdepan rakan senegara, Chong Wei Feng yang turut cemerlang menempatkan diri dalam kelompok lapan pemain terbaik kejohanan. Wei Feng yang menerima perkhabaran gembira apabila disenaraikan dalam skuad negara bagi menghadapi pusingan akhir Piala Thomas 2012 di Wuhan, China bermula 20 Mei ini menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat 22-24, 21-14, 21-11 pada pusingan ketiga semalam. Pemain itu mara ke pusingan ketiga selepas membenam cabaran Kento Momota dari Jepun 21-14, 18-21, 22-20 pada pusingan kedua. Empat lagi pemain perseorangan negara, Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren, Misbun Ramdan Misbun dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin berjaya mara ke pusingan ketiga kejohanan selepas mene- waskan lawan masing-masing pada pusi- ngan kedua semalam. Keempat-empat mereka dijadual turun untuk aksi pusingan ketiga malam tadi bagi memburu slot ke suku akhir. Sementara itu, wakil tunggal negara dalam acara perseorangan wanita, Tee Jing Yi gagal meneruskan kemaraan apabila tewas kepada Nozomi Okuhara dari Jepun 17-21, 10-21 pada pusingan kedua. Tiga beregu lelaki negara, Nelson Wei Keat-Teo Ee Yi, Mohd. Zakri Abdul Latif- Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari dan Gan Teik Chai-Ong Soon Hock turut mengesah- kan slot ke suku akhir. Rentak kecemerlangan tersebut turut diikuti beregu wanita negara yang tidak kurang hebatnya apabila gandingan Goh Liu Ying-Lim Yin Loo juga melangkah ke suku akhir hari ini. Turut mara ke suku akhir ialah pasa- ngan Chan Peng Soon-Liu Ying dan Ong Jian Guo-Yin Loo.

Thursday, 3 May 2012

FrEderiCk TUnGgU ChoNg WeI On..

PAKAR psikologi Frederick Tan dari Sarawak dikatakan hanya menunggu isyarat daripada Datuk Lee Chong Wei, untuk membantu pemain nombor satu dunia itu mempersiapkan diri ke Olimpik London. Hal itu disahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang menjangkakan Frederick akan bersatu semula dengan Chong Wei apabila tiba masa yang sesuai. “Kita tidak pernah berhenti berhubungan dengan Frederick dan beliau tiada masalah untuk bersama Chong Wei semula. Dia sudah menamatkan misi bersama skuad hoki kebangsaan, kini kembali menyambung tugasnya di Sarawak,” kata Zolkples. “Ketika saya hubungi Fredercik baru-baru ini beliau ada berkata yang Chong Wei ada menghubunginya berbincang, tapi mungkin ketika ini Chong Wei belum benar-benar perlukan khidmatnya lagi. “Lagipun saya rasa baru-baru ini Chong Wei berada dalam proses pemulihan daripada kecederaannya yang membuatkan dia belum memerlukan khidmat Frederick.” Justeru, Zolkples berkata Frederick akan dipanggil apabila khidmatnya diperlukan. Mengulas mengenai kegagalan Chong Wei mempertahankan gelaran Terbuka India, Zolkples berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan prestasi pemain kelahiran Pulau Pinang itu. “Saya lihat dia lebih cergas, cuma permainannya sedikit ‘berkarat’ selepas berehat agak lama. “Pergerakan Chong Wei nampak lebih laju berbanding sebelumnya. Saya harap dia tiada masalah muncul juara di GP Emas Terbuka Malaysia yang sedang berlangsung di Johor Bahru ketika ini,” katanya.

"JanGan MiMpi La NK EmAs KalaU MeN CamTu"..

“KALAU itulah aksi yang diketengahkan, usah mimpi untuk merangkul emas pada Sukan Olimpik nanti,” itulah peringatan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah kepada pasangan beregu nombor satu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Beliau merujuk kepada aksi Kien Keat-Boon Heong pada kejohanan Terbuka India yang berakhir baru-baru ini apabila sekadar mampu ke saingan separuh akhir sebelum tewas di tangan beregu Indonesia, Angga Pratama/Ryan Agung Saputra 21-18, 15-21, 21-19. Justeru, Tengku Kamil Ismail mengarahkan Kien Keat-Boon Heong supaya melakukan ‘post mortem’ bagi memastikan pingat emas menjadi milik negara pada temasya Olimpik yang dijadualkan berlangsung Julai nanti. Menurutnya, perkara itu bukanlah mustahil jika Kien Keat-Boon Heong berusaha kembali ke landasan terbaik seperti yang pernah dilihat sebelum ini. “Sebagai pasangan yang pernah mencipta banyak kejayaan di pentas antarabangsa, mereka harus segera membentuk persefahaman mantap dan mempamerkan prestasi lebih bertenaga jika mahu meraih emas di London. “Namun, jika prestasi semasa yang mereka pamerkan nanti, impian mencipta gelaran di pentas Olimpik pasti kabur. Emas jauh sekali begitu juga perak atau gangsa. “Saya harap kegagalan di Terbuka India akan memberi pengajaran kepada dua pemain itu untuk kembali berusaha menjadi yang terbaik terutama ketika Olimpik hanya berbaki kurang tiga bulan lagi,” katanya semalam. Pada masa sama, Tengku Kamil Ismail berkata, temasya Sukan Olimpik London itu juga mungkin menjadi medan terakhir buat beregu berkenaan memandangkan usia mereka yang semakin meningkat. Menurutnya, sudah tiba masanya Kien Keat-Boon Heong mencari kaedah terbaik untuk muncul atlet disegani pada temasya sukan terbesar itu. “Oleh itu, saya harap mereka bijak memanfaatkan segala peluang yang ada dan mencatat keputusan membanggakan buat kontinjen negara,” katanya.

Wednesday, 2 May 2012

RoSmAn SedIa PiKul TuGas baRu

Rosman Razak bersedia untuk menghadapi cabaran yang menanti beliau sebagai ketua jurulatih negara baru badminton wanita dan beregu campuran . Minggu lepas, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menamakan Rosman sebagai pengganti Rexy Mainaky, yang berhenti untuk ke Filipina. Matlamat perlntikn Rosman adalah untuk melengkapkan dua jurulatih yg lain, Jeremy Gan dan Chong Kien Ling, untuk menyediakan beregu campuran negaraiaitu pasangan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan melahirkan pemain dunia baru dalam beregu wanita. "Saya terkejut tetapi juga agak gembira dengan perlantikan ini. Ia adalah satu cabaran baru yang memerlukan kerja yang lebih keras, "kata Rosman yang berusia 36 tahun. "Saya mula menjadi jurulatih pada tahun 2002 tetapi menghabiskan masa membantu ketua jurulatih & melatih pemain. Saya telah bekerja di bawah Rashid Sidek, Park Joo-bong dan kebanyakannya, Rexy. "Saya banyak belajar daripada mereka semua dan tiba giliran saya sekarang untuk melatih bersama-sama dan datang dengan rancangan untuk meningkatkan lagi mutu pemain." Rosman ditinggalkan dengan tiga regu utama - Woon Khe Wei-Vivian Hoo, Goh Liu Ying-Lim Yin Loo dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean. "Senarai kelayakan Olimpik rasmi akan keluar pada hari Khamis (esok) tetapi sehingga itu, saya akan melakukan yang terbaik saya untuk membantu Eei Hui-Pei Tty mendapat keputusan yang baik di Malaysia Open Grand Prix Gold," katanya. "Berita baik adalah bahawa kita mempunyai beberapa anak muda yang menjanjikan mutu dan ia adalah tugas saya untuk menjadikan mereka berdaya saing.

Tuesday, 1 May 2012

cEo KsN x iSaU LCW KalH D IndIa OpEn

KEKALAHAN Datuk Lee Chong Wei di Terbuka India, kelmarin tidak membimbangkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz kerana beranggapan pemain nombor satu dunia itu belum cukup cergas untuk menghadapi perlawanan sengit. Beliau yang menonton perlawanan akhir yang membabitkan Chong Wei dengan pemain Korea, Shon Wan Ho mengesahkan harapan pingat emas Olimpik negara itu kini bebas daripada masalah kecederaan bahu yang dialami di Seluruh England. “Dia (Chong Wei) sudah bebas daripada kecederaan cuma belum cukup bersedia dari segi kecergasan perlawanan (match fitness),” kata Ramlan. Katanya, Chong Wei sudah cukup kuat dari segi fizikal biarpun pemain itu baru kembali menyertai perlawanan kompetitif selepas berehat lebih sebulan. “Ini kejohanan pertamanya selepas mengalami kecederaan, apa yang dicapai setakat ini adalah kemajuan. Kita perlu nilai dia dari segi intensiti sesuatu perlawanan dan berapa perlawanan dihadapinya. “Apa yang saya lihat kemajuan dicapainya lebih baik berbanding di England, Mac lalu kerana kali ini dia lebih berkeyakinan dan berkemampuan untuk melakukan lebih daripada dua smash berturut-turut,” kata Ramlan. Menurutnya, kekalahan itu tidak membimbangkan ISN kerana mereka mensasarkan Chong Wei akan mencapai kemuncak prestasi di Olimpik London, Julai hingga Ogos ini. Dalam pada itu, jurulatih fizikal, Mohd Rosdi Abd Ghani berkata fizikal pemain kelahiran Pulau Pinang itu masih boleh diperkemaskan ketika latihan fizikal Chong Wei memasuki fasa akhir menjelang Olimpik. “Sekarang kita memasuki fasa akhir latihan fizikal, jadi dari segi 'volume', bebanan akan ditingkatkan, begitu juga dengan intensiti latihan di gelanggang,” kata Rosdi. Jurulatih fizikal dari ISN itu turut mengiringi Chong Wei ke India selepas pemain itu meminta pakar kecergasan itu mengikutnya ke setiap kejohanan dan Rosdi mendapati minda Chong Wei kini lebih terbuka. “Dia memberi maklum balas dengan baik, apa yang dirasakan kurang dalam dirinya dari segi fizikal sehingga mempengaruhi permainan, dia akan beritahu dan kami saling berbincang. “Malah saya juga menasihatkannya supaya tidak mengambil pusing dengan kekalahan ini kerana bagi saya, lebih baik dia tewas sekarang untuk menyedarkannya yang dia juga sebenarnya tidak boleh hanya memberi fokus kepada Lin Dan dan memandang mudah lawan lain,” katanya.