Pages
▼
Friday, 25 May 2012
BAM nk PAngGil SeMulA Datuk Misbun Sidek,Li Mao, Zhang Ning & Zhou Mi
Memanggil semula jurulatih legenda, Datuk Misbun Sidek dan Li Mao atau dua legenda badminton wanita, Zhang Ning dan Zhou Mi antara tindakan drastik yang fikirkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), jika Malaysia mengalami kegagalan pada Sukan Olimpik London.
Ketika ini semua jurulatih, pemain dan pegawai BAM berada pada kedudukan selamat biarpun kita gagal menepati sasaran layak ke separuh akhir Piala Thomas ekoran kekalahan 0-3 kepada China, kelmarin.
Namun kedudukan mereka bakal terancam sekiranya misi mencari pingat emas Olimpik gagal dilaksanakan.
Dalam hal ini BAM sedia bertindak aktif dengan memancing jurulatih berkaliber di pasaran antarabangsa bagi mengisi bahagian yang mengalami kegagalan teruk pada Olimpik.
Setiausaha BAM, Ng Chin Chai berkata, BAM tidak boleh memberi sebarang alasan.
“Kami kena mengakui kita gagal pada Piala Thomas kerana sasaran Malaysia adalah separuh akhir dan kita tumpas di suku akhir. Namun, untuk melakukan sebarang perubahan drastik pada masa sekarang adalah tidak sesuai.
“Tetapi rombakan besar-besaran akan berlaku selepas Sukan Olimpik jika kita terus gagal. Bahagian yang mengalami kegagalan teruk akan menjadi sasaran utama, jadi semua jurulatih harus berwaspada kerana kedudukan mereka mungkin tidak selamat selepas tamat Olimpik London.
“Malah kedudukan saya sendiri tidak terjamin. Mungkin saya masih kekal memegang jawatan mungkin juga tidak. Sukan Olimpik akan menjadi kayu pengukur prestasi BAM, semua pihak bertanggungjawab untuk mencapai matlamat dan harus bekerja keras ke arah itu.
“Apakah kami bersedia memanggil semula bekas jurulatih atau jurulatih terbaik yang ada di pasaran ? Sudah tentu. Semua itu memang bermain difikiran saya ketika ini sebagai penyelesaian jika kita mahukan melakukan perubahan," katanya.
Jurulatih kelahiran China, Li Mao meninggalkan Malaysia pada 2007 dan kini menjadi jurulatih di Indonesia.
Misbun yang meletak jawatan secara mengejut pada 2010 kerana konflik dalaman dengan BAM tidak pernah menunjukkan minat untuk kembali.
BAM mungkin akan menggunakan kelebihan hubungan baik di antara bekas ratu badminton negara, Wong Mew Choo dengan Zhou Mi untuk memujuk pemenang pingat gangsa Olimpik 2004 serta juara All England tiga kali itu menyertai pasukan perseorangan wanita Malaysia yang kini berada dalam keadaan amat lemah.
Zhang Ning, juara Olimpik 2004 dan 2008 juga berada dalam radar BAM. Namun Chin Chai mengakui agar sukar untuk membawa jurulatih berusia 37 tahun itu ke Malaysia kerana dia berada pada kedudukan yang tinggi dalam skuad China ketika ini.
Bekas pakar beregu negara, Choong Tan Fook sebelum ini juga pernah berkata, dia sedia berbincang dengan isterinya, Zhang Jiewen, antara pemain beregu wanita terbaik pernah dilahirkan China sekiranya Malaysia berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Begitupun sudah tentu, harga yang perlu dikeluarkan BAM untuk mendapatkan juara Olimpik 2004 dan juara dunia dua kali itu pasti tidak murah. Kedua-dua mereka kini menjadi jurulatih di Guangzhou.
No comments:
Post a Comment