Pages

Saturday, 2 June 2012

NSTP PeRai, Min SpOrtS bErEntAp BadMinTon PerSahabAtaN


KELAB Sukan The New Straits Times Press (NSTP) Loji Perai, Pulau Pinang mengadakan perlawanan badminton persahabatan bersama Kelab Min Sports Sungai Dua di Dewan Taman Pekasa Bagan Ajam Butterworth, baru-baru ini.

Walaupun cuba memberi tentangan tetapi pasukan NSTP Perai terpaksa akur dengan kehebatan lawan apabila pasukan Min Sports menang dengan keputusan 4-1.

Ketua pasukan NSTP Perai Mohd Danir Haron berkata, pasukannya akur dengan kecemerlangan dipamerkan pasukan lawan.
 

Menurutnya, walaupun kalah, pasukannya tetap memberikan saingan kepada lawan dan berjaya mengutip satu mata.

“Perlawanan seperti ini patut diteruskan untuk mengeratkan hubungan antara pasukan petugas NSTP Perai dengan pasukan lain sekali gus dapat membantu memantapkan lagi kemahiran pemain kami,” katanya.

Pengurus Kelab Min Sports Sungai Dua Mohd Jasmin Satarudin pula berkata, perlawanan berkenaan berjaya mengetengahkan keupayaan kedua-dua pasukan yang memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing.
 


“Menang atau kalah adat pertandingan, lebih penting adalah semangat kesukanan tinggi dipamerkan,” katanya

No comments:

Post a Comment