Pages

Tuesday, 8 January 2013

Daren Kena Hukum


KEGAGALAN Daren ke final Grand Prix Akhir Kebangsaan di Alor Setar minggu lalu menyebabkan dia dihukum, dicantas daripada menyertai kejohanan pembukaan musim 2013, Siri Super Premier Terbuka Korea, pada 8-13 Januari ini.

Rashid Sidek berkata, tindakan itu perlu selepas pemain itu mempamerkan aksi hambar pada beberapa kejohanan antarabangsa penghujung tahun lalu dan kejohanan kebangsaan.

“Daren tidak akan mengikut pemain lain ke Korea kerana prestasinya merosot. Memang ini satu hukuman tapi dia perlu mengambil pengajaran selepas tidak menunjukkan prestasi terbaik di Alor Setar,” kata Rashid semalam.

Di Alor Setar yg lalu, Daren yang berada di ranking ke-16 dunia tersingkir di peringkat kumpulan sekali gus gagal ke separuh akhir.

Dia yang menang dua perlawanan peringkat kumpulan A, tersingkir selepas tewas kepada pemain pelapis, Misbun Ramdan Misbun pada perlawanan terakhir kumpulan.

Prestasinya juga dipersoal selepas dipaksa seorang lagi pemain pelapis, Nur Mohd Azriyn Ayup bermain tiga set sebelum menewaskan lawannya itu.

Penggugurannya itu bukan bermakna dia boleh berehat ketika rakan sepasukan berjuang di Korea.

“Daren perlu berada di Kuala Lumpur, membuat persiapan terbaik untuk Terbuka Malaysia yang berlangsung seminggu selepas Korea,” kata Rashid

Pada Terbuka Malaysia, Daren mendapat undian agak sukar, diundi menentang pemain India, Ajay Jayaram di pusingan pertama dan mungkin bertemu sama ada Nguyen Tien Minh (Vietnam) atau Taufik Hidayat (Indonesia) di pusingan kedua. Rashid mahukan anak didiknya itu melangkah sekurang-kurangnya ke suku akhir

No comments:

Post a Comment