Pages
▼
Tuesday 8 January 2013
Misi Ke Final Kejohanan Dunia 2013 Bagi Koo-Tan
Koo-Tan bakal berdepan ujian sulung dalam memburu slot final Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China, Ogos depan.
Pasangan No. 2 dunia itu akan turun memulakan aksi kempen dalam saingan tahun ini pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Korea yang membuka tirainya hari ini.
Ketua jurulatih beregu negara, Tan Kim Her berkata, meskipun tidak ada sebarang sasaran diletakkan tetapi beliau menganggap ia sebagai medan awal untuk menilai prestasi sebenar Koo - Tan.
Katanya, Kien Keat-Boon Heong yang dijangka berdepan dengan beregu Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Lee Yong Dae seandainya kedua-dua pasangan tersebut layak ke peringkat separuh akhir bakal menjadi ujian terbaik buat gandingan negara itu.
“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran buat Kien Keat-Boon Heong kerana saya tidak mahu mereka beraksi dalam keadaan tertekan.
“Namun, jika mereka berjaya bergelar juara ia bakal memberi suntikan semangat kepada mereka.
“Saya lebih suka menilai prestasi semasa Kien Keat-Boon Heong kerana fokus utama mereka untuk tahun ini adalah Kejohanan Dunia, Seluruh England (Mac) dan Piala Sudirman (Mei).
“Pada Terbuka Korea kali ini, mereka dijangka berdepan Sung Hyun-Yong Dae.
“Jadi, ia adalah medan terbaik untuk menguji tahap kemampuan sebenar mereka dan saya akan membuat penilaian berdasarkan perlawanan itu nanti,” kata Kim Her.
Pada Terbuka Korea kali ini, Kien Keat-Boon Heong mendapat undian mudah sekurang-kurangnya untuk mara sehingga ke peringkat suku akhir sebelum dijangka membuat perhintungan dengan Sung Hyun-Yong Dae pada aksi separuh akhir.
No comments:
Post a Comment