Pages

Wednesday, 9 January 2013

Suhu Sejuk Di Terbuka Korea


Cabaran bagi Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea bermula hari ini dengan menentang pemain muda China, Wang Zhengming, namun pemain nombor satu dunia itu tetap berhati-hati kerana aksi di kejohanan berstatus Siri Super Premier pertama 2013 itu memerlukan ketahanan fizikal.

Dengan suhu sejuk sebelah malam mencecah 11 darjah Celsius, pemain nombor satu negara itu membayangkan setiap perlawanan akan berlarutan dalam tempoh panjang.

“Bermain di tempat sejuk biasanya membuatkan pergerakan bulu tangkis perlahan, jika melakukan smash sekalipun, tahap kelajuan berkurang sekali gus membolehkan lawan melakukan pukulan balas,” kata Chong Wei.

Pada waktu siang, suhu paling tinggi di Seoul hanya 28 darjah Celsius, membayangkan betapa sejuknya buat pemain dari Malaysia.

“Saya gemar bermain di tempat sejuk kerana tenaga akan kekal lebih lama tapi setiap pemain perlu hati-hati, tidak boleh melakukan kesilapan,” kata Chong Wei yang dijangka berdepan Chen Long dari China pada perlawanan akhir, Ahad ini.

No comments:

Post a Comment