Showing posts with label Goh Liu Ying. Show all posts
Showing posts with label Goh Liu Ying. Show all posts

Monday, 21 January 2013

Tekanan Punca Kegagalan Mix Double Malaysia Di Malaysia Open 2013


Mix dabel negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengaku mreka trtekan & skaligus gagal menjuarai Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2013.

Wlaupn tampil sbg beregu pilihan pertama, mreka gagal bermain pd prstasi sbnar mreka & kalah kpd pasangan Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christinna Pedersen 21-13, 21-18 di final semalm.

“Ini merupakan kali pertama kami beraksi pada final Terbuka Malaysia dan ia memberikan kami sedikit tekanan. Ditambah pula dengan kehadiran penonton yang ramai".

“Jika kami boleh beraksi seperti biasa dan tanpa tekanan, kami mungkin boleh bergelar juara.

“Kami memang berharap sangat dapat jadi juara pada Terbuka Malaysia kali ini selepas tewas pada peringkat separuh akhir tahun lalu,” kata Peng Soon

“Bagi saya semua okey tetapi belum memuaskan lagi. Selepas ini kami akan berehat untuk beberapa hari sebelum kembali menjalani latihan bagi persiapan menghadapi Seluruh England.

“Kami harap dapat menghasilkan keputusan yang baik pada Seluruh England nanti (Mac depan),” tambah Peng Soon.

Sementara itu, JoachimChristinna ternyata gembira dengan kejayaan menumbangkan beregu campuran negara itu selepas menyedari pada awalnya peluang untuk mereka melakukannya tampak sukar.

“Kami gembira dengan kemenangan ini kerana sedar bahawa beregu Campuran Malaysia sangat kuat,” kata Christina.

Thursday, 23 August 2012

PERLU BUAT HOMEWORK


BANYAK lagi kerja perlu dilakukan jurulatih beregu campuran Jeremy Gan untuk menjadikan gandingan Chan Peng Soo-Goh Liu Ying sebagai pasangan digeruni di peringkat dunia.

Jurulatih itu berkata, saingan Olimpik London baru-baru ini menjadi medan terbaik untuk menilai tahap kematangan gandingan itu biarpun kini berada di ranking kelapan dunia.

“Mereka masih ketinggalan berbanding gandingan ternama dunia yang lain. Dalam setiap perlawanan, saya lihat mereka seperti tidak ada jawapan untuk memerangkap pemain lawan,” kata Jeremy.

Justeru, beliau kini merancang program lebih teliti terutamanya untuk membina corak permainan lebih mantap.

“Apa yang saya lihat, prestasi kedua-dua pemain masih boleh dipertingkatkan ke satu tahap lebih baik.

“Permainan mereka tidak konsisten. Dari segi kombinasi, mereka ada kerjasama yang baik namun dalam dunia badminton moden, kita tidak boleh lagi bergantung kepada seorang pemain yang kuat dalam gelanggang.

“Saya perlu pastikan mereka berada di tahap yang seimbang. Tidak boleh lagi pemain lelaki saja bagus mengawal gelanggang. Kekuatan yang ada pada kedua-dua pemain ini mesti dipertingkatkan.” Ketika ditanya ke mana hala tuju gandingan ini, beliau enggan menetapkan sasaran besar hingga ke Kejohanan Dunia tahun depan kerana baginya, lebih penting mempersiapkan gandingan ini menjadi pasangan lebih mantap.

“Saya rasa kita memang boleh tetapkan sasaran di Kejohanan Dunia kalau melatih mereka ke satu tahap lebih baik. Dengan beraksi di Olimpik sajapun, mereka sudah meraih pengalaman berharga, memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui apa yang perlu ada jika beraksi di peringkat lebih tinggi,” kata Jeremy lagi.

Peng Soon-Liu Ying yang akan beraksi di China Masters dan Terbuka Jepun, September ini memerlukan lebih banyak pengalaman untuk menjadi gandingan yang mampu mencabar kejuaraan Sukan Asia dan Komanwel dua tahun lagi.

Sementara itu, Jeremy tidak terlalu cemas untuk melahirkan seorang juara kerana menurut beliau, Malaysia tidak sampai tiga tahun serius dalam kategori beregu campuran jika hendak dibandingkan dengan China, Indonesia, Korea dan Eropah.

“Selepas ini saya tidak hanya tumpukan kepada gandingan ini sebaliknya dua lagi gandingan berpotensi. Jika ada gandingan yang sama kuat, barulah Peng Soon-Liu Ying tidak terlalu selesa dengan kedudukan sekarang.” Dua gandingan yang dimaksudkan adalah Ong Jian Guo-Lim Yin Loo dan Tan Aik Quan-Lai Pei Jing.

Jeremy pernah melahirkan juara remaja Asia Tan Wee Kiong-Woon Khe Wei dan Lim Khim Wah-Ng Hui Lin.

Friday, 20 July 2012

MIX DOUBLE ADA HARAPAN BAWA BALIK PINGAT


BEREGU campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying memiliki potensi untuk meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2012 di London penghujung bulan ini, lapor HELMI TALKAH.

Jurulatih beregu campuran, Jeremy Gan berkata, Peng Soon-Liu Ying kini berada pada tahap prestasi terbaik bagi menggalas cabaran negara pada temasya terbesar dunia itu.

"Apa yang saya boleh katakan, persiapan mereka (Peng Soon-Liu Ying) kini berjalan dengan baik.

"Tahap keyakinan mereka juga semakin tinggi sejak mula menjalani latihan di Universiti of Bath, United Kingdom ketika ini.

"Mereka juga semakin teruja untuk memulakan cabaran pada Sukan Olimpik," kata Jeremy

Ketika ini, Peng Soon-Liu Ying bersama empat lagi pemain negara yang lain sedang menjalani latihan fasa terakhir di Univierstiti of Bath sebagai persiapan ke Sukan Olimpik 2012.

Turut layak beraksi di London nanti ialah jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, beregu utama lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan perseorangan wanita, Tee Jing Yi.

Mengulas mengenai sasaran buat Peng Soon-Liu Ying di London nanti, Jeremy menjelaskan bahawa segala-galanya terletak di tangan beregu campuran negara itu sendiri bagi menentukan hala tuju mereka.

Jelasnya, jika kedua-dua pemain itu mahu mengharumkan nama negara di pentas negara, ini merupakan peluang terbaik bagi merealisasikan matlamat tersebut.

"Begitupun, saya lebih suka jika mereka fokus satu demi satu perlawanan berbanding memikirkan mengenai peluang meraih pingat.

"Saya bimbang jika mereka terlalu memikirkan mengenai peluang untuk mendapatkan pingat, ia mampu menjejaskan prestasi mereka dalam perlawanan nanti. Sudah pasti ia suatu perkara yang tidak baik," jelas Jeremy.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik yang dilakar Peng Soon-Liu Ying tahun ini adalah mara ke peringkat separuh akhir Seluruh England, Mac lalu.

Kedua-dua pemain itu juga berjaya bergelar juara Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia dan naib juara GP Australia