Showing posts with label Malaysia Open 2013. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Open 2013. Show all posts
Monday, 21 January 2013
Sony Ditakluki Chong Wei Di Malaysia Open 2013
Sony Dwi Kuncoro dijinakkan Lee Chong Wei yang merupakan pemain terbaik dunia ketika ini. Sony harus puas menjadi runner up Malaysia Open Super Series 2013 apabila dikalahkan Chong Wei dengan skor 7-21, 8-21.
"Chong Wei merupakan pemain dengan skill yang komplit, dia unggul segala-galanya dan hari ini dia bermain sangat bagus. Dari teknik permainan mungkin kami seimbang, tapi dia mempunyai kelajuan dan ketahanan yang lebih baik dari saya "jelas Sony soal pertandingannya smlam.
Ketika ditanya soal perolehan skor nya di pertandingan hari ini, Sony mengaku bahawa faktor stamina juga membawa pengaruh.
"Saya sampai ke babak final dengan perjuangan luar biasa. Sebelumnya bertemu pemain Jepun, China dan sebagainya, pertandingannya juga ketat. Buat saya, hasil di perlawanan ini cukup baik "jelas Sony.
Menembus babak final perlawanan level super series ini memang merupakan hasil terbaik yang pernah diraih Sony dalam 2 taun terakhir ni setelah sempat dirundung kecederaan. Meskipun demikian, Sony tak mau puas hanya sampai di sini. Pemain rangking 5 dunia ini ingin terus meningkatkan kualiti permainannya agar dapat bersaing dengan pemain-pemain kelas dunia yang lain.
"Kalau latihan hanya seperti sekarang ya hasilnya seperti ini, kedepannya saya harus lebih giat latihan lagi dan perbaiki kualiti permainan saya. Hasil di pertandingan kali ini akan menjadi pelajaran untuk mengukur sejauh mana kemampuan saya "tambah Sony.
Sementara itu, melalui kemenangan di perlawanan ketiga belas petang ini, Chong Wei pun menambah keunggulan pada rekod pertemuannya dengan Sony menjadi 8-5.
"Saya memang dari awal fokus dan tak memberikan sedikit kesempatan untuk Sony mengembangkan permainannya. Saya belajar dari kesilapan di separuh akhir ketika saya harus bermain rubber game. Selain itu saya bersemangat sekali ingin membuat rekod dengan menjuarai Malaysia Open sembilan kali "jelas Chong Wei.
Setelah kejohanan ini Sony akan mempersiapkan diri untuk mengikuti kejohanan berprestij All England 2013. Sebelumnya ia akan berangkat ke Kuala Lumpur untuk mengukuhkan kelab nya Jaya Raya Suryanaga di ajang Djarum Superliga Badminton Malaysia 2013
9 Kali Menjuarai Terbuka Malaysia
Datuk Lee Chong Wei muncul sebagai pemain terbanyak menjadi juara pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia.
smlm, Chong Wei membuktikan statusnya sbg pemain terhebat negara apabila menjuarai Terbuka Malaysia 2013 buat kali ke-9.
Kejayaan ke-9 itu hadir lepas dia kalhkn Sony Dwi Kuncoro(IND) dgn 21-7, 21-8 pada final yg diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.
Lebih membanggakan, dia berjaya melepasi rekod legenda badminton negara, yang sebelum ini merekodkan lapan kejuaraan pada Terbuka Malaysia.
“Saya sangat bangga dengan kejayaan ini. Terima kasih kepada para penyokong kerana sanggup hadir ke stadium bagi menyaksikan final serta memberi sokongan kepada saya".
“Sebenarnya saya berasa sedikit tertekan kerana harapan yang diletakkan untuk saya bergelar juara kali ini agak tinggi.
“Mungkin orang tidak nampak kenapa saya menang mudah ke atas Sony tetapi itulah yang saya rasakan.
“Mujur, setiap kali Sony melakukan serangan saya boleh mengatasinya. Saya memang mahu menghabiskan perlawanan dengan cepat,” kata Chong Wei pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan semalam.
Sebagai rekod, Chong Wei mula bergelar juara Terbuka Malaysia pada 2004,2005,2006, 2008,2009,2010,2011,2012 dan yg trbaru 2013.
Menurut Chong Wei, dia akan cuba untuk melakukan yang terbaik untuk bergelar juara Terbuka Malaysia buat kali ke-10 pada edisi tahun depan.
Hasratnya itu adalah untuk menyamai rekod kejuaraan yang dimilikinya selaku juara kebangsaan.
“Saya akan cuba tetapi semua kena sedar bahawa Sirkit Kebangsaan dan Terbuka Malaysia adalah dua kejohanan yang berbeza,” kata Chong Wei yang akan beraksi pada game sterusnya di Seluruh England Mac depan.
Dengan kemenangan semalam, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$30,000 (RM90,389).
Tekanan Punca Kegagalan Mix Double Malaysia Di Malaysia Open 2013
Wlaupn tampil sbg beregu pilihan pertama, mreka gagal bermain pd prstasi sbnar mreka & kalah kpd pasangan Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christinna Pedersen 21-13, 21-18 di final semalm.
“Ini merupakan kali pertama kami beraksi pada final Terbuka Malaysia dan ia memberikan kami sedikit tekanan. Ditambah pula dengan kehadiran penonton yang ramai".
“Jika kami boleh beraksi seperti biasa dan tanpa tekanan, kami mungkin boleh bergelar juara.
“Kami memang berharap sangat dapat jadi juara pada Terbuka Malaysia kali ini selepas tewas pada peringkat separuh akhir tahun lalu,” kata Peng Soon“Bagi saya semua okey tetapi belum memuaskan lagi. Selepas ini kami akan berehat untuk beberapa hari sebelum kembali menjalani latihan bagi persiapan menghadapi Seluruh England.
“Kami harap dapat menghasilkan keputusan yang baik pada Seluruh England nanti (Mac depan),” tambah Peng Soon.
Sementara itu, JoachimChristinna ternyata gembira dengan kejayaan menumbangkan beregu campuran negara itu selepas menyedari pada awalnya peluang untuk mereka melakukannya tampak sukar.
“Kami gembira dengan kemenangan ini kerana sedar bahawa beregu Campuran Malaysia sangat kuat,” kata Christina.
Sunday, 20 January 2013
Final Result Maybank Malaysia Open 2013

WS
Tzu Ying TAI - Xue YAO
21-17 21-14
XD
Joachim FISCHER NIELSEN/Christinna PEDERSEN - Peng Soon CHAN/Liu Ying GOH
21-13 21-18
WD
Yixin BAO/Qing TIAN - Misaki MATSUTOMO/Ayaka TAKAHASHI
21-16 21-14
MD
Mohammad AHSAN/Hendra SETIAWAN - Sung Hyun KO/Yong Dae LEE
21-15 21-13
MS
Chong Wei LEE - Sony Dwi KUNCORO
21-7 21-8
Friday, 18 January 2013
Top Player Demam Di Malaysia Open 2013
Aksi Siri Super Terbuka Malaysia 2013 terencat kemeriahannya selepas ramai pemain menarik diri akibat demam.
Wednesday, 16 January 2013
Maybank Malaysia Open 2013 Welcome Dinner & Auction

Maybank Malaysia Open 2013 Welcome Dinner & Auction wheeled in a whopping RM207,000 last night. Items include...
Lee Chong Wei's (MAS) Olympic T-shirt - RM65,000 & Racquet - RM8,000
Lee Yong Dae's (KOR) T-shirt - RM7,000
Darren Liew's (MAS) T-shirt - RM6,000
and the highest bid this evening, a rare replica of the Thomas Cup for RM121,000. Raising funds for Maybank Foundation & Liver Transplant Centre at Selayang Hospital, the community of Badminton has done us proud.
Pemain Buangan Tunjuk Kemampuan
2 pemain buangan BAM, Mohd Razif Abdul Latif-Vountus Indra Mawan yang didakwa bekas jurulatih Tan Kim Her dan BAM gagal menghasilkan keputusan memberangsangkan serta xpunyai kemahiran tinggi, membuktikan mereka lebih baik daripada gandingan badan induk badminton negara itu.
Gandingan itu melangkah ke undian utama apabila membenam cabaran gandingan Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid-Teo Kok Siang 21-18, 21-15 dalam masa 27 minit, pada perlawanan kelayakan ke-2 semalam.
“Saya amat gembira hari ini (semalam) kerana selepas disingkir BAM, kami buktikan masih boleh hidup di luar,” kata Razif yang pertama kali bergandingan dengan Vountus
“Kami tidak bagus dan tidak ada kemahiran tapi boleh menewaskan pemain BAM.” Razif meninggalkan BAM pada Oktober 2010 manakala Vountus disingkir September tahun lalu meskipun gandingannya Lutfi dikekalkan dengan alasan memiliki kemahiran lebih baik.
“Apa yang berlaku hari ini (semalam) menunjukkan betapa pentingnya jurulatih yang baik. Kami berjaya kerana dibimbing seorang legenda (Razif Sidek) yang tahu kekuatan kami dan bijak mengatur strategi,” kata Vountus
“Saya tidak pasti adakah kami akan terus bersama, semuanya bergantung kepada perancangan jurulatih Razif. Malah kami memerlukan penaja untuk menaja kami di setiap kejohanan disertai.
“Saya kasihan melihat Lutfi dan Kok Siang kerana mereka memiliki pelbagai kelebihan di BAM tapi tidak mampu untuk menang.” Kemenangan itu membolehkan Razif-Vountus berdepan dgn Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia di pusingan sterusnya.
Tuesday, 15 January 2013
Tago Ada Misi Besar Di Terbuka Malaysia 2013
Tago diletakkn sbg pilihn ke-2 kejohanan yang mula mengalami kemerosotan prestasi sejak kekalahan kepada Wei Feng pada pusingan pertama Terbuka Jepun tahun lalu, membawa azam membara sejak tiba di Kuala Lumpur dua hari lalu.
“Saya masih ingat detik diaib Wei Feng di depan penyokong sendiri tahun lalu dan kali ini kami sekali lagi diundi bertemu pada pusingan pertama, saya mahu menang di depan penyokong anda,” kata Kenichi selepas menjalani latihan di Stadium Putra, semalam.
Itu adalah kekalahan sulung Kenichi kepada Wei Feng dan dia masih memegang kelebihan rekod pertemuan 3-1 ke atas Wei Feng.
Namun dia tersingkir awal di pusingan pertama Terbuka Korea minggu lalu selepas diklahkan pemain Denmark, Jan O Jorgensen.
“Berat badan saya naik dari 71kg ke 74kg biarpun saya menjalani latihan seperti biasa, mungkin saya banyak makan kerana cuaca di Jepun terlalu sejuk,” kata Kenichi.KENICHI idam atasi Chong Wei andai berjaya ke final.
Kenichi yang menaruh impian melangkah ke final sekali lagi berjanji tidak mempamerkan aksi buruk seperti final menentang Chong Wei tahun lalu. Dlm masa yg sama juga Tago impikan kalahkan Chong Wei kalau lepas ke final.
“Saya impikan satu lagi final menentang Chong Wei tahun ini tapi saya janji tidak akan menjadi budak belasahan lagi,” katanya merujuk kekalahanya 6-21, 13-21 tahun lalu.
Kenichi menentang Wei Feng di pusingan pertama esok dan rakan senegaranya, Sho Sasaki, Wang Zhengming (China) serta Sony Dwi Kuncoro (Indonesia) berada dalam laluannya ke final.
Perlawanan kelayakan bermula jam sembilan pagi dijangka berakhir lewat petang berikutan penambahan gelanggang kepada lima bagi mengelakkan perlawanan berlarutan hingga ke lewat malam.
Monday, 26 November 2012
MAYBANK Malaysia Badminton Open 2013
| Dates: | 1/15/2013 to 1/20/2013 |
| Week: | 3 |
| Category: | Superseries |
| City: | Kuala Lumpur |
| Country: | MAS |
| Prize money: | USD 400,000 |
| Entry deadline: | 12/11/2012 |
| Website: | http://www.bam.org.my |
| Tournament link: | MAYBANK Malaysian Open 2013 |
| Updated date: | 10/22/2012 |
Ticket Price & Shedule for Maybank Malaysia Open 2013
Ticket Price & Schedule:
Venue Layout:
Terms & Conditions :
- Ticket prices include RM3 Ticketing Fee
- Once tickets are sold, no exchanges or cancellations will be entertained.
- 1 ticket admits 1 person only
- Student ticket holder must dress in uniform upon entry
- Strictly NOPhotography, Video recording and Audio recording is allowed
- Please read and understand the Conditions of Sale before purchasing ticket
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)









