Showing posts with label Tan Kim Her. Show all posts
Showing posts with label Tan Kim Her. Show all posts

Thursday, 25 July 2013

Peng Soon Kecil Hati Dengan Kim Her


Foto


Chan Peng Soon mendakwa ketua jurulatih beregu Tan Kim Her tidak berlaku adil kepada pemain beregu campuran apabila tidak menyediakan rakan sparring yang mereka perlukan.

“Minggu lalu jurulatih kami, Jeremy Gan sudah merancang dan mencari rakan sparring tapi tiba-tiba ketua jurulatih datang dan tarik pemain itu sambil berkata, pemain itu tidak boleh jadi rakan sparring kerana dia sakit kaki. “Jika sakit sekalipun saya pasti dia masih mampu bermain dengan kami, lagipun dia bukannya beraksi di Kejohanan Dunia "

“Peluang memang ada, tapi masalahnya kami tidak ada sparring. Begitu ramai pemain dalam kem negara, kami hanya dapat seorang pemain untuk sparring.” Mengaku kecewa dan berasa kecil hati dengan tindakan Kim Her yang seolah-olah meminggirkan beregu campuran, Peng Soon berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Kita ada ramai pemain pelapis tapi semuanya untuk bantu beregu lelaki. Kami juga ada peluang untuk menang dan apa yang berlaku amat tidak adil.

Monday, 17 June 2013

Razif Pertikaikan Tindakan Kim Her



“Sebelum Paulus tiba lagi sudah terserlah kegagalan, terima sajalah kenyataan yang berlaku. Isu di sini bukan saja membabitkan Kien Keat-Boon Heong tapi juga Hoon Thien How-Tan Wee Kiong. Mereka di tempat ke tujuh dunia tapi tiada kejuaraan,” kata Razif.

Razif juga mempersoalkan tugas Kim Her yang gagal menyerlahkan juara remaja dunia yang berada dalam kem kebangsaan.

“Kita memiliki juara remaja dunia tapi sehingga hari ini mereka belum menyerlah, apakah program yang dibuatnya, adakah beliau suka menyimpan kualiti yang kita ada sehingga berkarat?” soal Razif.

“Keputusan beliau menyerahkan Kien Keat-Boon Heong kepada Paulus sudah salah. Apa standard Paulus untuk melatih dan menjaga pasangan kelas dunia seperti Kien Keat-Boon Heong? Beliau (Kim Her) kembali dengan latar belakang pernah melatih Korea dan England, jadi tunjukkan kualiti yang ada tapi kalau benar beliau bagus, tentu Korea mahupun England tidak akan lepaskannya,” kata Razif.

Sebelum ini BAM menjelaskan pendirian tidak akan menyambung kontrak jurulatih itu sekiranya masih gagal menunjukkan prestasi namun Kim Her membawa isu beliau tidak bertanggungjawab ke atas kegagalan Kien Keat-Boon Heong kerana tidak melatih pemain itu secara langsung.

Wednesday, 23 May 2012

PlaN Kim HeR xJaDi

CANGGUNG, itulah gambaran sebenar rentak permainan skuad negara ketika beraksi dalam perlawanan terakhir Kumpulan C menentang Denmark semalam.

Kecederaan Datuk Lee Chong Wei bukan permulaannya tapi percaturan jurulatih beregu Tan Kim Her menurunkan gandingan pecahan, dengan merombak gandingan asal Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, nyata satu kesilapan.

Kim Her sebelum ini berkata, beliau perlu merombak gandingan itu bagi memastikan sekurang-kurangnya satu mata dihadiahkan beregu, namun kesilapannya, tidak mengkaji betul-betul sama ada gandingan Boon Heong-Hoon Thien How berada di posisi beregu pertama atau kedua.

“Ya memang, tapi kalau kita turunkan gandingan sebenarpun belum tentu menang. Tiada siapa tahu apa akan berlaku,” kata Kim Her yang enggan mengaku tersilap percaturan.



Pada aksi semalam, Boon Heong-Thien How tewas kepada gandingan utama Denmark, Carsten Mogensen-Mathian Boe, 17-21, 23-21, 11-21.

Beregu kedua Kien Keat-Goh V Shem pula tewas dua set kepada Jonas Rasmussen-Joachim Fischer Nielsen, 18-21, 15-21 dalam aksi penuh dengan kesilapan yang dilakukan pemain senior, Kien Keat.

Penarikan diri Chong Wei akibat kecederaan buku lali menyaksikan hanya perseorangan kedua dan ketiga, Liew Daren dan Muhd Hafiz Hashim memungut mata buat skuad negara.

Daren menewaskan Jan Jorgensen, 21-15, 21-13 manakala Hafiz mengatasi Hans-Kristian Vittinghus, 21-17, 17-21, 21-19, menjadikan kedudukan 2-3 yang memihak kepada Denmark.

Kekalahan ini bermakna skuad negara akan mara ke suku akhir tanpa Chong Wei sebagai pasukan bukan pilihan, berdepan risiko bertemu pilihan utama, China.