Showing posts with label misbun ramdan. Show all posts
Showing posts with label misbun ramdan. Show all posts
Monday, 20 May 2013
Ramdan Terus Menang...
Misbun Ramdan Misbun meraih gelaran ke 3 daripada 5 kejohanan yang disertainya dalam siri Jelajah Eropah bersama bapanya, Datuk Misbun Sidek, semalam.
Pemain berusia 22 tahun itu mengatasi Jan Frohlitch dari Republik Czech 21-14, 21-13, 31 untuk menjuarai Terbuka Hellas di Greece.
Kemenangan itu gelaran ketiga Ramdan daripada lima kejohanan di Eropah selepas menjuarai Terbuka Portugal dan Slovenia.
Di Terbuka Belanda, ramdan mara ke separuh akhir manakala di Denmark, dia sekadar melangkah ke suku akhir, kedua-duanya tewas kepada pemain remaja Denmark, Viktor Axelsen.
Selepas ini, Ramdan akan menyertai Terbuka Sepanyol pulak.
Tuesday, 14 May 2013
Ramdan Seorang Pemain Berkualiti - Hendrawan
Kejayaan Misbun Ramdan Misbun yang merangkul kejuaraan kedua di Terbuka Slovenia trut dirasai Hendrawan., namun menafikan yg dia gagal menjadikan Ramdan juara ketika bersama BAM.
“Prestasi Ramdan sememangnya meningkat ketika berada di BAM lagi dan tahun lalu, kami juga mengatur untuk pemain saya beraksi di tiga kejohanan Eropah, tapi hanya sempat beraksi di dua kejohanan kerana terpaksa pulang untuk menyertai Piala Axiata. Malah Ramdan ketika itu mara ke final Terbuka Belanda,” kata hendrawan.
katanya lagi “Lebih penting ketika ini Ramdan terus mengekal dan meningkatkan prestasinya selepas keluar dari BAM kerana dia seorang pemain berkualiti.”
“Sekarang Ramdan menunjukkan prestasi yang amat baik, pemain saya tidak boleh lagi selesa. Bagi saya siapapun pemain terbaik di negara ini layak mendapat peluang mewakili negara, malah saya tidak pernah ada masalah dengannya".
“Malah ketika berada di luar negara, pemain saya juga berlatih bersama-sama dengan Ramdan, begitu juga dengan Zulfadli Zulkifli.” Ketika ditanya apakah Ramdan patut berada dalam senarai skuad Piala Thomas negara, di New Delhi, India tahun depan, beliau berkata: “Terpulang kepada polisi BAM. Secara peribadi saya mahu pemain terbaik mewakili negara dan untuk merebut tempat dalam pasukan itu, saya rasa apa yang ditunjukkan Ramdan ini memberi cabaran yang baik kepada Iskandar Zulkarnain dan Goh Soon Huat.”
Monday, 13 May 2013
Ramdan Terus Lakar Kejuaraan
Pemain berusia 22 tahun itu meneruskan rentak kemenangannya dan terus dahaga memburu gelaran juara selepas menjuarai Kejohanan Antarabangsa Terbuka Portugal, mudah membelasah lawan untuk bergelar juara Terbuka Slovakia, semalam.
Kejuaraan kedua milik juara kebangsaan itu hadir dalam tempoh 25 minit menundukkan lawan dari Perancis Lucas Corvee, 21-11, 21-12.
Ramdan mula menunjukkan tanda-tanda akan menjuarai lebih banyak kejuaraan dan akan terus menyertai kejohanan berstatus Cabaran Antarabangsa bagi membiasakan diri dengan kejuaraan di peringkat rendah.
Wednesday, 16 January 2013
2015 Era Kebangkitan Ramdan
Rahman Sidek mensasaran 2 tahun untuk anak saudaranya, Misbun Ramdan Misbun berada dalam kelompok terbaik dunia.
Rahman yang melatih Ramdan buat sementara sebelum Datuk Misbun Sidek mengambil alih pada masa yang belum ditetapkan berkata, anak didiknya itu membuktikan dirinya cukup berbakat kerana hanya mengambil masa singkat di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk muncul juara kebangsaan.
“Dalam masa 2 tahun bersama BAM, dia sudah mengatasi pemain yang lebih lama bermain sepenuh masa, itu menunjukkan bakat dan kesungguhannya untuk berjaya lebih tinggi,” kata Rahman.
“Kami di Nusa Mahsuri mempunyai pengalaman melahirkan pemain bertaraf dunia seperti Rashid Sidek, Roslin dan Muhd Hafiz Hashim.
“Sekarang semua terpulang kepada Ramdan, apa yang dia mahu dan tahap yang ingin dikecapinya.” Bagaimanapun ketika ditanya mengenai perancangan Nusa Mahsuri untuk menaikkan prestasi Ramdan, Rahman nyata belum ada jawapan dengan hanya mengulangi tempoh dua tahun dilihat paling sesuai untuk melihat anak saudaranya berada di tahap terbaik dunia.
Anak legenda badminton negara itu tewas kpd pemain China Chen Yuekun 15-21, 16-21 di pusingan kelayakam smlam dan jelas gugup beraksi pada penampilan pertama di kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia.
“Saya memang gugup beraksi buat kali pertama di kejohanan sebesar ini apa lagi di depan penonton sendiri hingga membuatkan permainan saya tidak menjadi,” kata Ramdan yang mensasarkan untuk berada di kelompok 50 terbaik dunia pertengahan tahun ini.
Thursday, 10 January 2013
Ramdan Mahu Ikut Bapa
Misbun Ramdan Misbun nekad untuk keluar daripada BAM kerana ingin berlatih dengan bapanya, Datuk Misbun Sidek yg juga idolanya.
Ramdan menangkis tindakannya itu dipengaruhi oleh bapanya, malah katanya yg bapanya langsung tidak tahu dan mereka belum berbincang mengenainya.
“Sebenarnya sejak bapa keluar dari BAM dua tahun lalu, saya mahu mengikutnya tapi beliau mahu saya kekal berlatih dalam badan induk itu,” kata Ramdan.
Misbun mahu anaknya menuntut ilmu dgn Hendrawan di BAM.
“Ketika itu bapa melarang saya dengan berkata ‘dari kecil sampai besar engkau mengikut aku, sekarang perlu berdikari dan belajar daripada Hendrawan, lagipun banyak kemudahan boleh diperoleh di bawah BAM’.
“Sejak itu jiwa saya memberontak tapi saya takut untuk bertindak hinggalah berjaya muncul juara Sirkit Kebangsaan Terbuka Pahang dan GP Final di Alor Setar bulan lalu,” kata Ramdan menceritakan punca sebenar dia mahu keluar daripada BAM.
“Mengenai masalah kewangan dan penajaan, saya pasti bapa boleh dapatkan penaja. Soal sama ada bapa mahu melatih saya atau tidak, saya belum berbincang lagi dengannya kerana dia sering keluar memancing.”-ramdan
Ramdan brkata dia bermain badminton kerana minat yang timbul ketika sering mengikuti bapanya ke gelanggang, justeru dia menganggap selepas tidak lagi berlatih di bawah bapanya, dirinya bagaikan tiada hala tuju.
Sepanjang menjadi jurulatih, Misbun berjaya membawa adiknya Rashid memenangi pingat perak Olimpik Atlanta, menaikkan nama adik beradik Hashim, dengan Roslin muncul juara di kejohanan antarabangsa dan Muhd Hafiz meraih kejayaan terbesar di Seluruh England, membimbing Wong Choong Hann memenangi perak Kejohanan Dunia 2003 serta membawa Datuk Lee Chong Wei berada di ranking nombor satu dunia paling lama dalam sejarah pemain Malaysia selain memenangi perak Olimpik Beijing.
Ketika ini, Ramdan menjalani latihan di bawah kendalian bapa saudaranya Rahman Sidek akan tetap beraksi di Terbuka Malaysia minggu depan.
“Saya sasarkan untuk berada dalam kelompok 50 pemain terbaik dunia tahun ini, barulah senang untuk menyertai kejohanan besar walaupun sebagai pemain kelayakan,” kata pemain ranking ke-87 dunia itu.
Ramdan mengucapkan terima kasih kepada BAM yang selama ini memberi ruang kepadanya berlatih dan mendapat kemudahan terbaik di negara ini, tanpa sebarang masalah.
Wednesday, 9 January 2013
Ramdan Tinggalkan BAM
Juara Grand Prix Final Kebangsaan yg baru, Misbun Ramdan Misbun tinggalkan BAM utk brlatih dgn ayahnya sendiri Datuk Misbun Sidek di kelab Nusa Mahsuri.
Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai mengesahkan hal itu dan berkata, Ramdan tidak menunjukkan tanda tidak puas hati sebelum menghantar surat untuk keluar.
“Kelmarin Ramdan menghantar surat keluar daripada BAM. Waktu itu saya dan Kenny Goh (Pengurus Besar) tiada di pejabat dan pada malamnya dia bertemu dengan jurulatih Hendrawan,” kata Chin Chai.
“Dalam surat itu, dia menyatakan hasratnya untuk meninggalkan BAM atas alasan masalah peribadi.” pihaknya tidak dapat menghalang Ramdan, apatah lagi selepas pemain itu tidak hadir menjalani latihan semalam", kata Chin Chai.
“Saya anggap tindakan Ramdan berkuat kuasa serta-merta tapi kami akan bawa perkara ini ke mesyuarat Exco minggu depan untuk menentukan tindakan susulan.” kata Chin Chai lagi.
Sementara itu, jurulatihnya, Hendrawan mengaku Ramdan bertemunya pada malam selepas menghantar surat kepada BAM.
“Dia datang berjumpa saya memberitahu perkara itu dan menjelaskan mahu mengikuti ayahnya. Lalu saya bertanya adakah saya ataupun sistem latihan menjadi masalah kepadanya tapi dia menjawab tiada masalah cuma mahu mengikut ayah,” kata Hendrawan sambil menyatakan Ramdan berterima kasih kepadanya kerana menaikkan namanya hingga ke tahap sekarang.
Selain muncul juara GP Kebangsaan, Ramdan kini menduduki ranking ke-87 dunia.Minggu lalu, ahli keluarga Sidek, iaitu Rahman menempelak BAM dengan menyatakan program badan induk itu terlalu perlahan untuk menaikkan tahap permainan pemain pelapis.
Friday, 4 January 2013
"Perjalanan Ramdan Masih Jauh"- Rashid
Rashid Sidek berharap para peminat sukan badminton tanah air tidak terlalu letakkan harapan tinggi kepada pemain muda negara, Misbun Ramdan Misbun.
Sblm ni, Ramdan melakar kejutan apabila merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Akhir Sirkit Kebangsaan 2012 di Dewan Badminton KBA, Alor Setar, Kedah, Ahad lalu.
Kejayaan itu hadir selepas dia tewaskan Chong Wei Feng 13-21, 21-18, 21-18 di final.
Peminat-peminat sukan badminton negara menganggap kejuaraan tersebut menjadi petanda awal bahawa Ramdan mampu mengambil alih status Datuk Lee Chong Wei kalau terus diberi pendedahan sewajarnya di pentas antarabangsa.
Namun, Rashid ada pandangan tersendiri mengenai peningkatan prestasi Ramdan itu.
Bukan mahu menidakkan kemampuan Ramdan dalam bergelar jaguh No. 1 negara, sekali gus mengganti- kan tempat Chong Wei tetapi Rashid menganggap perjalanan pemain berusia 22 tahun itu masih jauh.
"Perjalanan Ramdan masih jauh sebagai pemain badminton. Dia perlu menguatkan lagi mentalnya bagi menghadapi pemain-pemain bertaraf dunia dari negara lain terutama China".
"Jika kita lihat sepanjang saingan tahun lalu, Ramdan sering kali tewas di tangan pemain-pemain yang berada di bawahnya. Ini disebabkan tekanan tinggi yang dialaminya kerana diletakkan sebagai pemain pilihan.
"Namun, situasi menjadi berbeza apabila dia turun menentang pemain pilihan. Sebagai contoh, ketika dia menentang Wei Feng yang mana dia beraksi tanpa sebarang tekanan.
"Ini kerana, bukan dia yang diletakkan sebagai pilihan, sebaliknya Wei Feng. Sebab itu dia boleh beraksi dengan tenang dan tanpa dijangka boleh mencatatkan kemenangan," kata Rashid.
Bagaimanapun, Rashid menganggap kemenangan yang dilakar Ramdan itu mampu memberikan tonik serta meningkatkan lagi semangat anak kepada bekas jaguh perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek itu untuk terus konsisten pada masa akan datang.
"Konsistensi sangat penting untuk menjadi pemain bertaraf dunia. Jika Ramdan boleh mengekalkan konsistensinya, saya percaya dia boleh menjadi salah seorang pemain bertaraf dunia.
"Apa yang perlu dilakukannya adalah terus komited ketika menjalani latihan bagi meningkatkan lagi tahap prestasi.
"Yang pasti, kemenangan pada GP Akhir itu memang bagus untuk Ramdan bagi meningkatkan lagi semangatnya. Kini, terpulang kepada dirinya sendiri untuk membuktikan kemampuannya," kata Rashid lagi.
Ramdan berpeluang membuktikan kemampuannya apabila membuat penampilan sulungnya pada kejohanan bertaraf Siri Super di Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil bermula 15 Januari ini.
Begitupun, dia akan memulakan cabaran dengan menghadapi saingan peringkat kelayakan menentang Chen Yuekun dari China.
Sunday, 20 May 2012
3 SerAngKai BaKaL GeGar DuNia
KEJOHANAN Badminton Piala Axiata 2012 dianggap sebagai medan terbaik bagi tiga pemain perseorangan remaja negara - Misbun Ramdan Misbun, Iskandar Zulqarnain Zainuddin dan Zulfadli Zulkifli menimba pengalaman.
Tampil selaku skuad kedua yang diberi nama Malaysia Leopards, barisan pemain remaja negara ternyata dilihat telah memberikan impak positif pada kejohanan yang julung kali diadakan itu.
Biarpun terkandas di peringkat separuh akhir apabila mudah dijinakkan pasukan kedua Indonesia - Indonesia Rajawali, pujian tetap harus diberikan kepada skuad Bawah 21 (B-21) tahun negara itu.
Sebelum itu, Malaysia Leopards yang turut membariskan dua gandingan beregu, Teo Ee Yi-Nelson Heg Wei Keat dan Ow Yao Han-Chooi Kah Meng terpaksa akur dengan lawan lebih berpengalaman - Indonesia Garuda pada aksi terakhir peringkat Kumpulan J.
Paling mencuri tumpuan apabila Ramdan yang juga anak kepada bekas pemain dan jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek tampil memberi tentang sengit kepada jagoan Indonesia, Taufik Hidayat.
Walaupun tumbang dalam pertarungan tiga set, kejayaan Ramdan mengheret Taufik yang juga bekas juara Olimpik dan dunia untuk beraksi hingga set penentuan harus dipuji.
Bagaimanapun, jurulatih perseorangan remaja negara, Hendrawan tidak mahu anak-anak buahnya terlalu cepat berpuas hati dengan prestasi mereka pada kempen Piala Axiata 2012.
Menurutnya, masih terlalu awal untuk membuat pelbagai andaian terhadap kemampuan ‘tiga serangkai’ itu, apatah lagi sudah mula kedengaran ‘cakap-cakap’ yang mengatakan mereka mampu mengisi tempat jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei suatu hari nanti.
“Pemain yang telah saya didik masih muda, mereka masih di bawah usia 21 tahun. Iskandar sudah bersama saya dua tahun, Ramdan pula setahun dan Zulfadli pula dua minggu sebelum bermulanya Piala Axiata.
“Bagi saya, buat masa ini masih sukar untuk saya katakan mereka sudah bersedia untuk mengisi tempat Chong Wei.
“Chong Wei terlalu istimewa. Tidak semua orang boleh menggantikannya,” kata Hendrawan kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Bagaimanapun, Hendrawan yang juga bekas pemain Indonesia tetap yakin barisan anak-anak buahnya mempunyai bakat serta peluang untuk menjadi pemain terbaik dunia.
“Apa yang saya sedar, majoriti pemain Malaysia lambat matang tetapi ia tidak perlu dianggap negatif kerana ia memberi peluang mereka menimba pengalaman sebelum menjadi pemain terbaik dunia.
“Kita boleh lihat Chong Wei sendiri mula menunjukkan peningkatan apabila berusia 24 tahun. Begitu juga Liew Daren. Akhir-akhir ini, baru dia mula mempamerkan prestasi yang konsisten.
“Tetapi saya yakin sekiranya Ramdan, Iskandar dan Zulfadli sudah matang, mereka mampu menjadi pemain terbaik dunia seperti Lin Dan, Taufik, seterusnya menggantikan Chong Wei,” kata Hendrawan yang pernah membantu Indonesia menjuarai Piala Thomas pada edisi 1998, 2000 dan 2002.
Hendrawan berkata, semua peminat sukan badminton tanah air perlu sedar bahawa tugas yang diberikan kepada jurulatih adalah untuk menjadikan setiap anak-anak buahnya menjadi pemain terbaik.
“Jurulatih boleh melatih mereka untuk bermain dengan baik tetapi untuk menjadi seperti jaguh-jaguh badminton dunia seperti Taufek, Lin Dan serta Chong Wei, mereka perlu berusaha sendiri.
“Kita harus tahu, hendak menjadi pemain yang bagus perlu ada disiplin tetapi pada masa yang sama, tidak boleh dilupakan kekuatan mental, cara berfikir dan semangat juga penting kerana ia merupakan perkara paling asas,” ujar Hendrawan.
Mengulas mengenai prestasi ketiga-tiga pemain negara pada Piala Axiata 2012 yang dilangsungkan di Kuala Lumpur dan Jakarta, Indonesia, Hendrawan mengakui, beliau berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan mereka,
“Pada saingan di Jakarta, mereka mampu beraksi dengan baik meskipun tewas (0-3 kepada Indonesia Garuda) tetapi paling penting, mereka menunjukkan peningkatan dalam permainan.
“Mereka masih mentah, ada masa tahap permainan akan naik dan ada masanya turun.
“Begitu juga dengan cara mereka menyerap tekanan, sama ada boleh kawal atau tidak. Selaku jurulatih, kami akan memberikan idea apabila mereka sukar menghadapi pemain lawan,” jelasnya.
Tambah Hendrawan, jika pemain-pemain muda negara sudah mencapai satu tahap yang tinggi, mereka sendiri mampu mengawal rentak permainan walaupun tanpa jurulatih terbaik.
“Pemain terbaik mampu 'bergerak sendiri' dalam gelanggang, malah jika mereka terpaksa bertukar-tukar jurulatih, ia tidak akan mendatangkan masalah,” ujar Hendrawan.
Dalam pada itu, Ramdan memberitahu, Malaysia masih memerlukan tempoh beberapa tahun lagi jika mahu mencari pemain yang boleh menggantikan tempat Chong Wei.
“Kerja keras amat diperlukan, mungkin tiga atau empat tahun lagi kerana Chong Wei berada pada tahap yang berbeza.
“Kehebatannya terlalu tinggi, jika dibandingkan dengan kami, buat masa ini sangat jauh. Namun saya tetap akan mencuba untuk menjadi pemain terbaik,” kata Ramdan.
Sementara itu, Iskandar turut mengakui pendapat yang dilontarkan Ramdan.
“Hendak jadi pemain terbaik dunia, mungkin kami memerlukan satu hingga dua tahun lagi tetapi untuk menggantikan Chong Wei, mungkin memakan masa yang lebih lama.
“Pengalaman amat penting kerana ia bukan saja dapat memantapkan tahap kemahiran, malah mempercepatkan proses kematangan terutamanya mengatasi tekanan.
“Saya yakin setiap pemain mahu menjadi yang terbaik dunia,” jelas Iskandar.
Bagi Zulfadli, dia menganggap kurang pengalaman beraksi di pentas antarabangsa akan melambatkan lagi proses kematangan seseorang pemain.
“Setiap pemain simpanan (remaja) negara, perlu didedahkan dalam banyak kejohanan kerana daripada situ, mereka akan menimba pengalaman.
“Kalah atau menang tidak perlu menjadi masalah. Kalau tidak beraksi, maka lagi susah untuk mencari pemain yang hebat,” ujarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)