Wednesday 6 August 2014

Badminton Association of India (BAI) Umumkan Hadiah Wang Tunai Untuk Pemain Badminton India




Presiden Persatuan Badminton India Dr Akhilesh Das Gupta mengumumkan durian runtuh bagi kontinjen India di Sukan Komanwel 2014 dengan Pemenang Pingat Emas Single Lelaki P. Kashyap ditetapkan untuk mendapat tunai sebanyak Rs 25 lakh / 2,500,000 rupee (kira-kira RM 131,367.05).


"Kashyap akan dianugerahkan dengan hadiah wang tunai sebanyak Rs 25 lakh, Jwala dan Ashwini akan menerima Rs 10 lakh setiap seorang,Sindhu dan Gurusaidutt (RM 5 lakh) dan K. Shrikant dan P.C. Tulasi (Rs 1 lakh), "kata Dr Gupta dalam satu kenyataan. 

Dr Gupta juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Jurulatih Kebangsaan India Pullela Gopi Chand, Madhumita Bisht, kakitangan sokongan, Persatuan Olimpik India dan Kementerian Sukan bagi sokongan dan berkata mereka kini memberi tumpuan memenangi pingat di Sukan Asia bulan depan di Incheon, Korea.

"Pasukan India akan diperkukuhkan lagi dengan kembalinya Saina Nehwal dan saya yakin bahawa kami akan membawa balik pingat dari Incheon, "tambah Dr Gupta. 




No comments:

Post a Comment