Thursday 21 February 2013

Xsempat Update


Perghhhh....dah lama sgt dah ak xupdate blog ak ni. Kerja bnyk sgt sampai dah xlalu ak nk ngadap kmputer/ laptop..naik senak biji mate ak nih..n dah bnyk game2 yg ak miss, ni pun ak selitkan gak mase utk mengarang seragkap dua  kih3....

Thursday 14 February 2013

Musica Champions Pemenang Djarum Indonesia Superliga Badminton Indonesia 2013


Musica Champions akhirnya berjaya meraih gelar juara di Djarum Superliga Badminton Indonesia 2013 dengan twskn Malaysia Tigers 3-2. Chou Tien Chen yang turun slaku pmain  ke-5 menjadi hero Musica Champions apbla  menundukkan Mohamad Arif Abdul Latif, 21-18, 21-19.

"Kami surprise sekali jadi juara, padahal target awalnya separuh akhir. Awalnya lolos ke semifinal saja susah "kata Hariyanto Arbi.

Pertandingan berlangsung sengit di mana pasukan Musica meraih dua mata pertama melalui Tommy Sugiarto dan pasangan regu lelaki Rendra Wijaya / Rian Sukmawan.

Di tengah keriuhan 4000 penyokong di DBL Arena yang tentu saja memberi sokongan penuh kepada pasukan Musica Champions, pmain2 Malaysia Tigers justeru mampu menyamakan kedudukan menjadi 2-2 melalui Chong Wei Feng dan Goh V Shem / Lim Khim Wah.

Game kelima menjadi game yang sangat tegang. Tien Chen yang tampil dengan semangat luar biasa, akhirnya  membawa pasukan Musica Champions brgelar juara superliga untuk yang pertama kalinya.

"Pertandingan hari ini sangat luar biasa, kami mengucapkan terima kasih untuk penonton Surabaya" ujar Effendy Widjadja, pasukan ofisial Musica Champions.


Berikut adalah final Result Djarum Superliga Badminton  Indonesia 2013 antara Musica Champions vs Malaysia Tigers:


Tommy Sugiarto vs Daren Liew: 11-21, 21-14, 21-16.
Rian Sukmawan / Rendra Wijaya vs Hoon Tien How / Tan Wee Kiong 16-21, 21-19, 21-11
Lee Hyun Il vs Chong Wei Feng 15-21, 19-21
Fran Kurniawan / Hadi Saputra vs Lim Khim Wah / Goh V Shem 20-22, 19-21
Chou Tien Chen vs Mohamad Arif Abdul Latief 21-18, 21-19


Rashid Masih Dirawat Di KPJ Kajang


Rashid Sidek masih dirawat di Hospital KPJ Kajang untuk hari ke-5, selepas doktor belum dapat mengesan masalah sebenar dihadapinya. Beliau dah boleh makan cam biasa, tp masih demam dan bintik-bintik merah di badannya belum hilang.

“Tangan dan kaki saya membengkak, malah seluruh badan kadang kala berasa gatal,” kata Rashid sambil mengesahkan yang doktor belum dapat mengesahkan penyakit sebenar dihadapinya dengan hanya melabelkan beliau dijangkiti virus.

“Saya boleh bercakap seperti biasa sekarang berbanding pada hari kedua (Ahad), tekak saya penuh dengan ulser membuatkan saya tiada mood dan deria rasa saya juga terjejas.”

 “Saya beri dia minum kopi, dia tanya air apa ini, saya bagi makan nasi juga dia tidak berasa seperti nasi. Inilah kali pertama (Ahad) dia hilang deria rasa. Tapi hari ini dia sudah kembali ada selera, cuma masih penat.” Noor Azehan berkata, doktor pada awalnya mengesyaki dia menghidap denggi dan macam-macam lagi, namun darahnya normal.

Thursday 7 February 2013

Paulus Serapkan Skill Indonesia Kpd Pemain Negara


Tan Kim Her mempunyai alasan tersendiri apabila bagi tgjwb Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kepada Paulus Firman.

Kim Her berkata, beliau mahu bekas jurulatih skuad Indonesia itu menerapkan corak taktikal negara tersebut kepada Kien Keat-Boon Heong termasuk barisan pemain beregu negara yang lain.

“Kita tahu, China, Korea Selatan dan Indonesia memiliki pasangan beregu yang kuat. Ketiga- tiga negara tersebut juga memiliki corak permainan yang berbeza.

“Seperti China dan Korea, mereka memang menerapkan corak permainan yang agresif dalam setiap perlawanan. Namun, Indonesia mereka lebih kepada taktikal dan corak permainan yang lembut.

“Malaysia pula berada di tengah-tengah. Ada kekuatan tersendiri dan ada kelembutannya.

“Sebab itu, saya mahu Paulus menerapkan corak permainan Indonesia kepada pemain-pemain beregu negara,” kata Kim Her ketika ditemui pemberita selepas tamat sesi latihan skuad negara di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Selain Kien Keat-Boon Heong, Paulus turut diberi tanggungjawab untuk melatih dua lagi gandingan beregu lelaki iaitu Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dan Mohd. Lutfi Zaim Abdul Khalid- Tan Wee Gieen.

Paulus berdepan tugas mencabar dengan tanggungjawabnya melatih Kien Keat-Boon Heong selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran kepada beregu utama negara itu untuk mara ke final Kejohanan Dunia di Guangzhou, China, Ogos depan.

“Saya sudah lama kenal Paulus. Apa yang saya lihat, dia mempunyai pendirian yang tetap selain seorang jurulatih yang boleh memahami situasi dialami pemain-pemain di bawah kendalian- nya.

“Ketika beliau menjadi jurulatih di Indonesia, para pemain sangat menghormati Paulus.

“Kita kena sedar bahawa tugas jurulatih bukan sekadar melatih pemain sahaja. Sebaliknya, jurulatih itu perlu tahu keadaan serta perasaan pemain dan makan minum mereka.

“Dengan sikap Paulus ini, para pemain tidak akan berasa keseorangan kerana mereka tahu ada tempat untuk meluahkan apa yang mereka inginkan. Saya percaya, Kien Keat-Boon Heong dapat menyesuaikan diri dengan Paulus,” kata Kim Her.

Ditanya mengenai penerimaan Kien Keat-Boon Heong terhadap kehadiran Paulus yang bakal melatih beregu No. 2 dunia itu, Kim Her berkata: “Saya sudah bercakap mengenai hal ini dengan mereka.

“Kien Keat-Boon Heong sangat positif dan sedia untuk bekerjasama dengan Paulus.”

Al-Amin Tidak Mahu Kerusi Presiden


TIMBALAN Presiden BAM, Datuk Dr. Mohamed Al-Amin Abd. Majid membayangkn bahawa beliau tidak berhasrat untuk bertanding bagi jawatan presiden pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk itu Mei depan.

"Saya selesa dengan kedudukan saya sekarang. Itu sahaja yang boleh saya katakan "-Al-Amin

"Bagi saya, jawatan tidak penting. Dengan jawatan saya sekarang ini, saya akan cuba melakukan yang terbaik," katanya lg

Kerusi Presiden BAM bakal kosong selepas penyandang ketika ini, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh berhasrat untuk tidak mempertahankan jawatannya itu.

Sebaliknya, Nadzmi mengesahkan bahawa akan bertanding bagi  jawatan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang turut mengadakan AGM pada Mei depan.

Selain Al-Amin, Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Mokhzani Tun Mahathir turut disebut-sebut sebagai calon bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Nadzmi.