Monday 30 September 2013

Rashid Kembali Ke BAM


Foto

Rashid telah sahkn bahawa  beliau akan kembali menyertai barisan kejurulatihan BAM, namun selepas mengikut prosedur yang diminta Presiden, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

“Esok (hari ini) saya akan ke pejabat BAM, menghantar surat yang diminta presiden, menulis saya mahu kembali melatih pemain kebangsaan, tapi saya tidak akan terus bekerja esok (hari ini),” kata Rashid

“Apapun saya akan memulakan kerja minggu ini, paling awal Selasa (esok).”

“Cukup-cukuplah bangkitkan isu ini, semuanya sudah pulih dan reda. Saya sedar saya perlu segera kembali untuk membantu skuad negara dan menjayakan program yang dirancang kepimpinan baru.

“Selagi Datuk Lee Chong Wei belum berjaya menjuarai Kejohanan Dunia dan Sukan Asia, saya akan turut sama membantunya, begitu juga dengan pemain lain,” kata Rashid lagi

Sememangnya tiada sebab untuk Rashid terus membawa diri kerana alasannya meletak jawatan sebelum ini, disebabkan tidak mampu mengikut program yang tidak dipersetujuinya serta berasa tidak boleh bekerja bersama dengan Tan Aik Mong (bekas Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat-TMG yg kini telah tinggalkn BAM).

Thursday 26 September 2013

Badminton Jump Smash Game

Cover art

Badminton: Jump Smash - screenshot thumbnailBadminton: Jump Smash - screenshot thumbnail
Badminton: Jump Smash - screenshot thumbnailBadminton: Jump Smash - screenshot



Description
Looking for the best badminton game ever which have MORE THAN ONE MILLION supporters are awaiting?
The ultimate mobile badminton experience is finally coming to your Android devices!
A smashing great game for all types of gamers; whether you’re a gamer, badminton fan, or casual player. Just swipe the screen to challenge the world class players!
Jump Smash is a fully 3D badminton simulation game that features realistic graphics and real world player models, bringing the experience of playing at world series events to your Android powered device!

GAME FEATURES*

MODES OF PLAY
• Exhibition Mode: Players can play a quick 1-on-1 game against an artificial intelligence opponent. This mode enables players to quickly jump into a game and train up their skills!
• Tournament Mode: Players face another level of difficulty; being in a tournament and fighting for the championships! Unlock new players, stadiums & sport kits as a champion!
• Training Mode: Players play through the training courses to learn how-to-play.

STADIUMS
3 stadiums are available and you get to choose them! Wuhan (China), Putra stadium (Malaysia), Wembley (England). Experience the excitement with the true stadium atmospheres featured!

REALISTIC PLAYERS
8 different characters for your selection; Real world models that are inspired by the greatest badminton players our generation has seen.

* LITE Version has limited content only.
For latest information & help us to make this game better:
https://www.facebook.com/jumpsmash.Mediasoft/
Join Mediasoft Fan Page:
https://www.facebook.com/mymediasoft/


Monday 23 September 2013

Raket Fleet Utk Dijual

Raket Fleet Volitan Z-Force & Fleet Ace Saber FT utk dijual,...Stok TERHAD katanya..TQ



















Ace Saber FT
















Volitan Z-Force

Free Item














Spec:
Max String 30lbs
Medium Flex
Head Heavy
Weight 85-89g
76 Holes
675mm length

Condition: New
Harga RM140
Free String+Grip+bag

COD:
LRT Sg. Besi
LRT Bukit Jalil
TBS

Online Payment:
Maybank
CIMB

Pos Rate:
Sem Rm10
Srw RM15
Sbh/Labuan Rm18

Kepada yg berminat boleh sms/ call 0179163145


Friday 20 September 2013

Rashid Tinggalkan BAM



Tan Aik Mong (Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG))  menjadi punca Rashid Sidek letak jawatan sebagai jurulatih perseorangan BAM, semalam.

Rashid sudah bagi notis sebulan dan tidak akan hadir melatih pemain bermula hari ini kerana dikira mengambil cuti tahunan.

“Apabila tidak lagi sesuai dengan sistem dan tidak bersetuju dengan apa yang berlaku, apa gunanya saya terus kekal, lebih baik saya berhenti. Saya tidak mampu lagi mengikut rentak mereka,” katanya

Rashid, 45, berkhidmat sebagai jurulatih BAM sejak 2003 & merupakan pemenang pingat gangsa Olimpik 1996 & juga sebahagian daripada pasukan emas Piala Thomas 1992.

**Apa dah jadi BAM neh??sorang2 coach lari, kalau camni camane badminton malaysia nk maju kalau coach2 bagus semua dah angkat kaki...apa sbnrnya dah jadi dlm pentadbiran mereka nie??emmm fikir-fikirkanlah


Wednesday 18 September 2013

Yonex Open Japan 2013


YONEX Open Japan 2013

Dates
17/9/2013 to 22/9/2013


Week
38


Category
Superseries


City
Tokyo


Country
JPN


Prize money
USD 200,000


Tuesday 17 September 2013

Servis Sidek (S Servis)


Pada penghujung dekad 1970-an 'lahir'nya beberapa bintang sukan muda yang dikenali sebagai anak-anak Sidek atau adik beradik Sidek. Misbun, Razif, Jalani, Rahman & Rashid Sidek mencipta nama dalam arena sukan badminton Malaysia dalam masa yang begitu cepat. Banyak kejuaraan yang mereka menang di dalam negara ketika itu hingga layak dipilih mewakili negara ke pertandingan badminton peringkat antarabangsa dalam usia yang masih remaja.

Adik beradik Sidek menjadi terkenal serta merta dalam arena badminton antarabangsa setelah mereka memperkenalkan teknik servis (pukulan bulu tangkis) yang luar biasa, yang tidak pernah terfikir boleh dilakukan oleh mana-mana pemain badminton di dunia. Teknik servis tersebut kini dikenali sebagai      Servis Sidek.

Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan). Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu.

Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan. Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan.

Penggunaan Servis Sidek mendapat banyak bantahan dalam arena badminton antarabangsa ketika itu, tetapi bukanlah kerana ia memberi kelebihan kepada adik beradik Sidek semata-mata. Servis Sidek sebenarnya boleh digunakan oleh semua pemain badminton di seluruh dunia untuk kelebihan mereka sendiri, malah adik beradik Sidek sendiri juga tidak terlepas daripada menjadi 'mangsa' teknik servis ciptaan mereka itu.

Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980. Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di mana beberapa buah negara selain Malaysia telah menyokong penggunaan Servis Sidek, maka pengharaman itu dibatalkan setahun kemudian.

Pada 29 Mac 1982, pasangan beregu Razif (19 tahun) dan Jalani (18 tahun) mencipta sejarah dengan memenangi pertandingan badminton berprestij All England yang sudah lama tidak dimenangi oleh Malaysia. Sejurus selepas itu IBF mengambil keputusan untuk mengharamkan terus Servis Sidek daripada digunakan dalam semua pertandingan badminton di seluruh dunia dengan alasan bahawa bulu tangkis dicipta untuk dipukul pada bahagian kepalanya dan bukan bulunya. Walaupun begitu, kejayaan adik beradik Sidek menjuarai satu demi satu pertandingan badminton antarabangsa selepas itu membuktikan kehandalan semulajadi mereka dalam sukan ini. Sekiranya Servis Sidek tidak diharamkan dulu, mungkinkah telah tercipta pula teknik pukulan balas yang tidak kurang hebatnya?




Badminton String Machine

Tahukan anda bahawa String Machine ada 2 jenis iaitu yang manual dan yang automatik. Kalau anda pergi pasang tali anda, pekedai akan bertanya anda mahu tarik berapa???tahukan anda bahawa pasang tali menggunakan mesin automatik dan manual berbeza??

Jika anda mengunakan mesin automatik dan tarik 25lbs ia menyamai 27lbs dengan menggunakan mesin manual...perbezaan 2lbs, admin pun kompius kalu ada member2 admin tanya tarik berapa...admin xtau nk ckap 25lbs/ 27lbs...nk explain panjang la pulak ceritanya,

kalau korang la korang jawab mcamana??


Manual String Machine

Automatic String Machine

Tuesday 3 September 2013

Pemain Badminton Meninggal Dalam Kemalangan




Pemain badminton Filipina-Amerika , Karyn Velez, meninggal dunia dalam kemalangan kereta di Manila, Filipina.

Pemain berusia 23 tahun itu yang berlatih di Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) di Malaysia sedang memandu pulang apabila kereta beliau telah terlibat dalam kemalangan di tengah malam. Beliau meninggal dunia di hospital kira-kira dua jam kemudian akibat kecederaan teruk. Mayatnya telah dibakar di Chapel Arlington di Filipina.

Dikenali oleh rakan-rakan beliau sebagai "Chibby", Velez dilahirkan di Amerika Syarikat tetapi berpindah ke Filipina pada usia muda di mana dia belajar untuk bermain badminton. Antara pertandingan di mana beliau mewakili AS pada tahun ini adalah Li-Ning BWF Sudirman Cup di Malaysia dan Pan Am Kejohanan Badminton tahun lepas di Peru. Acara akhir beliau adalah Yonex Terbuka Kanada 2013.

Velez yang bertanding dalam Singles Wanita, Beregu Wanita dan Beregu Campuran, menduduki tempat ke-193 dalam Singles Wanita, sebelum mencapai kedudukan terbaiknya di No 67 dunia.

"Karyn adalah seorang yg riang & happy go lucky. Saya masih ingat bagaimana kami menghadapi masa yang sukar mengajar badminton sejak beliau masih muda tetapi kini belaiu mlakukan dengan baik. Beliau memulakan badminton dengan kami sebelum berpindah ke Amerika Syarikat, "kata Kennevic Asuncion, bekas jurulatih beliau.

Persekutuan Badminton Dunia memanjangkan simpati kepada keluarga dan rakan-rakan Velez, termasuk masyarakat badminton di Filipina dan AS.

Koo-Tan Dah Tinggalkan BAM???Betul ke??



Desas-desus mengatkan regu lelaki negara Koo-Tan telah meninggalkan BAM. Sejauh mana berita itu masih menjadi tanda tanya, dan ada juga mengatakan bahawa pasangan beregu itu telah beberapa kali menghantar surat kpd BAM meminta agar dilepaskan dan sekaligus menjadi pemain profesional. Barisan2 tertinggi dan jrulatih juga mengambil langkah mengunci mulut atas isu ini. So, sama2 lah kita menantikan pengumuman yang akan dibuat oleh barisan tertinggi BAM mengenai isu hangat ini.