Tuesday 31 December 2013

Happy New Year 2014


Winners MAYBANK National Circuit Grand Prix Finals 2013 (Putrajaya)



XD
Chan Peng Soon/Lai Pei Jing - Ong Jian Guo/Lim Yin Loo
11-5, Retired

WS
Yang Li Lian - Lim Chiew Sien
21-14, 21-19

MS
Chong Wei Feng - Tan Chun Seang
21-14, 21-9

WD
Chow Mei Kuan/Vivian Hoo Kah Mun - Lee Meng Yean/Lim Yin Loo
21-11, 21-12

MD
Hoon Thien How/Tan Wee Kiong - Goh V Shem/Lim Khim Wah
21-16, 13-21, 21-14


Tuesday 24 December 2013

Raket Klon / AAA Gred

Apa pendapat kalian tentang raket klon/ AAA gred???design je sama tapi spec memg xsama la kan...tp ramai je yg jual atau pakai raket jenis ni kan??ye la nk beli yg ori xmampu..harga ratus-ratus bang..so nk jugak guna raket yang sama designye belila yang klon punye...kebanyakan raket klon/ AAA gred ni boleh dapat dengan harga sekitar 120-180 je,jauh lebih murah dengn yang ori punye...Tapi admin rasa xsalah kita jual/ beli yang klon punye, kerana sestengah orang yang baru nk main badminton ni, mereka nk ada feel...rasa berkobar2 sikit bila guna raket lin dan ke, chong wei ke, taufik ke, peter gade ke...betul x???xkisah pun raket tu yg klon, janji lebih kurg sama dengan geng2 star pakai dah rasa ckup hebat dah kih3...lagipun admin rasa raket klon ni merupakan altenatif kepada pemain2 badminton untuk menggunakan brand raket2 yang gah seperti Yonex, Li-Ning, Victor, Kason dan seumpamanya lah, maklumlah kebanyakan dari kita ni bukannye berpendapatan besar (salah sorangnye admin lah kih3)...tolak belanja tu, tolak belanja ni dah tinggal bape je untuk diri sendiri....anda setuju tak dengan admin??? 

Monday 23 December 2013

Pemenang Emas Beregu Wanita Sukan Sea Myanmar 2013

Vivian-Khe bersama jurulatih mereka Rosman Razak

Pemenag pingt emas Sukan Sea Myammar 2013 beregu wanita Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei dengn mengalahkan beregu Indonesia  Greysia Polli-Mahesari Nitya Krishinda dengan 
21-17, 18-21, 21-17




Wednesday 11 December 2013

Wei Feng Pulang Awal


Gambar: tired after workout

Chong Wei Feng kandas awal namun Iskandar Zulkarnain Zainuddin masih teruskan cabaran negara dalam acara perseorangan badminton lelaki Sukan SEA.

Wei Feng yang bertanding kali pertama dalam acara individu pada temasya ini, kalah pada pusingan pertama lagi kepada pemain Thailand, Suppanyu Avihingsanon 19-21, 12-21 di Stadium Tertutup Wunna Theikdi.

Manakala Iskandar Zulkarnain pula menjinakkan pemain Vietnam, Nguyen Hoang Nam 21-12, 21-10 untuk bertemu pemain Indonesia, Prasetyo Yuli Wisnu pada suku akhir.

“Saya ada peluang untuk cuba meraih pingat dan akan gunakan peluang ini selepas Wei Feng kalah "
“Tapi saya perlu bermain lebih baik pada suku akhir untuk merealisasikan impian itu,” kata Iskandar yang turut pertama kali beraksi dalam sukan SEA.

“Semuanya kerana kesilapan saya. Saya juga agak tertekan dengan harapan yang diletakkan di bahu saya hingga menjejaskan persembahan di gelanggang,” kata Wei Feng

Tuesday 10 December 2013

BWF Superseries Finals 2013



BWF Superseries Finals


Dates
11/12/2013 to 15/12/2013


Week
50


Category
Superseries ranking


City
KL


Country
MAS


Prize money
USD500,000


Monday 9 December 2013

Ramdan Juara Cabaran Antarabangsa Ireland 2013



Misbun Ramdan Misbun berjaya memenuhi hajatnya bergelar juara buat kali keempat pada tahun ini apabila memenangi Kejuaraan Cabaran Antarabangsa Ireland dengan membenam cabaran Dieter Domke dari Jerman 21-13 / 21-18. Disini admin sertakan adress video game antara mreka berdua..Enjoy!!!!!! http://nusamahsuri.blogspot.com/2013/12/keratan-video-perlawanan-akhir.html


Sunday 17 November 2013

Apacs Perkenal Raket Lebih Ringan

Pengurus Apacs Sports (M) Sdn Bhd Jebbery Lim berkata, empat model yang diperkenalkan cukup ringan iaitu antara 77 gram namun rekaan kepalanya sedikit berat dengan lubang tali sebanyak 76.



Jelasnya, seperti siri Sensuous, model raket dalam siri Virtuoso juga dihasilkan dengan teknologi terkini bagi membolehkan tali diregang sehingga 35 LBS.

“Raket dalam siri Virtuoso amat sesuai untuk mereka yang gemarkan permainan pantas kerana potongan rangkanya lebih aerodinamik untuk potongan angin bagi menambah kelajuan bulu tangkis.

“Ia juga sesuai untuk wanita, kanak-kanak, warga emas serta individu yang mengalami kecederaan di bahagian tangan dan tidak mahu membebankan bahagian anggota itu.

“Saya yakin produk ini akan diterima peminat badminton, bukan saja di Malaysia, malah di luar negara kerana ia sememangnya menepati kehendak individu,” katanya


Friday 8 November 2013

Paulus Firman Tinggalkan BAM

Seorang lagi jurulatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletak jawatan, menimbulkan tanda tanya apa sebenarnya berlaku di bawah pentadbiran presiden Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Jika penggal presiden lama, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh dianggap melaksanakan pengurusan yang tidak baik, sehingga jurulatih berkualiti seperti Rexy Mainaky (Indonesia) dan Yoo Yong Sung (Korea Selatan) meletak jawatan, apa pula bezanya dengan pengurusan sekarang yang tidak pernah berhenti dipalit kontroversi.

Paulus memberi alasan “keluarga” sebagai punca beliau terpaksa memberi notis sebulan kepada BAM, namun jurulatih itu bagaikan menyimpan rahsia di sebalik keputusannya.

“Sukar untuk saya mengambil keputusan ini tapi keluarga memerlukan saya di sana,” kata Paulus mengakui yang isteri dan dua anak perempuannya, memerlukannya di Indonesia.

Wednesday 2 October 2013

Botol Air 100plus

TQ 100plus coz pos lajukan botol air Datuk LCW ini, lepas ni dengan bangganya aku akan bawa botol air ni masa pergi menyemash...





50 Tiket All England 2014 Untuk Dimenangi



600x300
For the month of October, we are bringing you the greater promotion for Kitchen appliances, home appliances, and gadgets. Get it all from Senheng and enjoy value added benefits from 1st of October to 31st Ocotber 2013.

Get your cash voucher, multiple discount vouchers, and ‘Power Up’ shop and win contest entry with purchases worth RM999 and above in a single receipt. Take our ‘Power Up’ contest and stand a chance to be one of the lucky 50 to catch LIVE badminton SEMI-FINALS and FINAL matches at 2014 ALL ENGLAND BADMINTON CHAMPIONSHIP! The more you spend the higher chances of winning!


* 3 times winning chances for ‘Power Up’ contest when you purchase any Samsung product or make payment with CIMB credit cards / AEON Easy Payment scheme.



Datuk LCW Ambill Rehat Sebulan



Datuk LCW tak akan beraksi sepanjang bulan 12 & sekali gus tidak ambil bahagian dalam Siri Super Final dan Sukan SEA.

“Selain tidak menyertai Siri Super Final, saya juga tidak akan menyertai Sukan SEA kerana bukan lagi muda 23 atau 24 tahun, saya mahu berehat sebulan daripada kejohanan untuk melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi saingan tahun depan. Januari nanti ada Seri Super Premier Terbuka Malaysia, Korea dan diikuti Seluruh England"

“Jun paling sibuk dengan Terbuka Jepun, Indonesia dan Australia, semuanya bertaraf Siri Super, “Tambahan pula ada tiga kejohanan utama, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Piala Thomas.” kata Chong Wei semalam.







Monday 30 September 2013

Rashid Kembali Ke BAM


Foto

Rashid telah sahkn bahawa  beliau akan kembali menyertai barisan kejurulatihan BAM, namun selepas mengikut prosedur yang diminta Presiden, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

“Esok (hari ini) saya akan ke pejabat BAM, menghantar surat yang diminta presiden, menulis saya mahu kembali melatih pemain kebangsaan, tapi saya tidak akan terus bekerja esok (hari ini),” kata Rashid

“Apapun saya akan memulakan kerja minggu ini, paling awal Selasa (esok).”

“Cukup-cukuplah bangkitkan isu ini, semuanya sudah pulih dan reda. Saya sedar saya perlu segera kembali untuk membantu skuad negara dan menjayakan program yang dirancang kepimpinan baru.

“Selagi Datuk Lee Chong Wei belum berjaya menjuarai Kejohanan Dunia dan Sukan Asia, saya akan turut sama membantunya, begitu juga dengan pemain lain,” kata Rashid lagi

Sememangnya tiada sebab untuk Rashid terus membawa diri kerana alasannya meletak jawatan sebelum ini, disebabkan tidak mampu mengikut program yang tidak dipersetujuinya serta berasa tidak boleh bekerja bersama dengan Tan Aik Mong (bekas Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat-TMG yg kini telah tinggalkn BAM).

Thursday 26 September 2013

Badminton Jump Smash Game

Cover art

Badminton: Jump Smash - screenshot thumbnailBadminton: Jump Smash - screenshot thumbnail
Badminton: Jump Smash - screenshot thumbnailBadminton: Jump Smash - screenshot



Description
Looking for the best badminton game ever which have MORE THAN ONE MILLION supporters are awaiting?
The ultimate mobile badminton experience is finally coming to your Android devices!
A smashing great game for all types of gamers; whether you’re a gamer, badminton fan, or casual player. Just swipe the screen to challenge the world class players!
Jump Smash is a fully 3D badminton simulation game that features realistic graphics and real world player models, bringing the experience of playing at world series events to your Android powered device!

GAME FEATURES*

MODES OF PLAY
• Exhibition Mode: Players can play a quick 1-on-1 game against an artificial intelligence opponent. This mode enables players to quickly jump into a game and train up their skills!
• Tournament Mode: Players face another level of difficulty; being in a tournament and fighting for the championships! Unlock new players, stadiums & sport kits as a champion!
• Training Mode: Players play through the training courses to learn how-to-play.

STADIUMS
3 stadiums are available and you get to choose them! Wuhan (China), Putra stadium (Malaysia), Wembley (England). Experience the excitement with the true stadium atmospheres featured!

REALISTIC PLAYERS
8 different characters for your selection; Real world models that are inspired by the greatest badminton players our generation has seen.

* LITE Version has limited content only.
For latest information & help us to make this game better:
https://www.facebook.com/jumpsmash.Mediasoft/
Join Mediasoft Fan Page:
https://www.facebook.com/mymediasoft/


Monday 23 September 2013

Raket Fleet Utk Dijual

Raket Fleet Volitan Z-Force & Fleet Ace Saber FT utk dijual,...Stok TERHAD katanya..TQ



















Ace Saber FT
















Volitan Z-Force

Free Item














Spec:
Max String 30lbs
Medium Flex
Head Heavy
Weight 85-89g
76 Holes
675mm length

Condition: New
Harga RM140
Free String+Grip+bag

COD:
LRT Sg. Besi
LRT Bukit Jalil
TBS

Online Payment:
Maybank
CIMB

Pos Rate:
Sem Rm10
Srw RM15
Sbh/Labuan Rm18

Kepada yg berminat boleh sms/ call 0179163145


Friday 20 September 2013

Rashid Tinggalkan BAM



Tan Aik Mong (Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG))  menjadi punca Rashid Sidek letak jawatan sebagai jurulatih perseorangan BAM, semalam.

Rashid sudah bagi notis sebulan dan tidak akan hadir melatih pemain bermula hari ini kerana dikira mengambil cuti tahunan.

“Apabila tidak lagi sesuai dengan sistem dan tidak bersetuju dengan apa yang berlaku, apa gunanya saya terus kekal, lebih baik saya berhenti. Saya tidak mampu lagi mengikut rentak mereka,” katanya

Rashid, 45, berkhidmat sebagai jurulatih BAM sejak 2003 & merupakan pemenang pingat gangsa Olimpik 1996 & juga sebahagian daripada pasukan emas Piala Thomas 1992.

**Apa dah jadi BAM neh??sorang2 coach lari, kalau camni camane badminton malaysia nk maju kalau coach2 bagus semua dah angkat kaki...apa sbnrnya dah jadi dlm pentadbiran mereka nie??emmm fikir-fikirkanlah


Wednesday 18 September 2013

Yonex Open Japan 2013


YONEX Open Japan 2013

Dates
17/9/2013 to 22/9/2013


Week
38


Category
Superseries


City
Tokyo


Country
JPN


Prize money
USD 200,000


Tuesday 17 September 2013

Servis Sidek (S Servis)


Pada penghujung dekad 1970-an 'lahir'nya beberapa bintang sukan muda yang dikenali sebagai anak-anak Sidek atau adik beradik Sidek. Misbun, Razif, Jalani, Rahman & Rashid Sidek mencipta nama dalam arena sukan badminton Malaysia dalam masa yang begitu cepat. Banyak kejuaraan yang mereka menang di dalam negara ketika itu hingga layak dipilih mewakili negara ke pertandingan badminton peringkat antarabangsa dalam usia yang masih remaja.

Adik beradik Sidek menjadi terkenal serta merta dalam arena badminton antarabangsa setelah mereka memperkenalkan teknik servis (pukulan bulu tangkis) yang luar biasa, yang tidak pernah terfikir boleh dilakukan oleh mana-mana pemain badminton di dunia. Teknik servis tersebut kini dikenali sebagai      Servis Sidek.

Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan). Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu.

Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan. Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan.

Penggunaan Servis Sidek mendapat banyak bantahan dalam arena badminton antarabangsa ketika itu, tetapi bukanlah kerana ia memberi kelebihan kepada adik beradik Sidek semata-mata. Servis Sidek sebenarnya boleh digunakan oleh semua pemain badminton di seluruh dunia untuk kelebihan mereka sendiri, malah adik beradik Sidek sendiri juga tidak terlepas daripada menjadi 'mangsa' teknik servis ciptaan mereka itu.

Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980. Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di mana beberapa buah negara selain Malaysia telah menyokong penggunaan Servis Sidek, maka pengharaman itu dibatalkan setahun kemudian.

Pada 29 Mac 1982, pasangan beregu Razif (19 tahun) dan Jalani (18 tahun) mencipta sejarah dengan memenangi pertandingan badminton berprestij All England yang sudah lama tidak dimenangi oleh Malaysia. Sejurus selepas itu IBF mengambil keputusan untuk mengharamkan terus Servis Sidek daripada digunakan dalam semua pertandingan badminton di seluruh dunia dengan alasan bahawa bulu tangkis dicipta untuk dipukul pada bahagian kepalanya dan bukan bulunya. Walaupun begitu, kejayaan adik beradik Sidek menjuarai satu demi satu pertandingan badminton antarabangsa selepas itu membuktikan kehandalan semulajadi mereka dalam sukan ini. Sekiranya Servis Sidek tidak diharamkan dulu, mungkinkah telah tercipta pula teknik pukulan balas yang tidak kurang hebatnya?




Badminton String Machine

Tahukan anda bahawa String Machine ada 2 jenis iaitu yang manual dan yang automatik. Kalau anda pergi pasang tali anda, pekedai akan bertanya anda mahu tarik berapa???tahukan anda bahawa pasang tali menggunakan mesin automatik dan manual berbeza??

Jika anda mengunakan mesin automatik dan tarik 25lbs ia menyamai 27lbs dengan menggunakan mesin manual...perbezaan 2lbs, admin pun kompius kalu ada member2 admin tanya tarik berapa...admin xtau nk ckap 25lbs/ 27lbs...nk explain panjang la pulak ceritanya,

kalau korang la korang jawab mcamana??


Manual String Machine

Automatic String Machine

Tuesday 3 September 2013

Pemain Badminton Meninggal Dalam Kemalangan




Pemain badminton Filipina-Amerika , Karyn Velez, meninggal dunia dalam kemalangan kereta di Manila, Filipina.

Pemain berusia 23 tahun itu yang berlatih di Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) di Malaysia sedang memandu pulang apabila kereta beliau telah terlibat dalam kemalangan di tengah malam. Beliau meninggal dunia di hospital kira-kira dua jam kemudian akibat kecederaan teruk. Mayatnya telah dibakar di Chapel Arlington di Filipina.

Dikenali oleh rakan-rakan beliau sebagai "Chibby", Velez dilahirkan di Amerika Syarikat tetapi berpindah ke Filipina pada usia muda di mana dia belajar untuk bermain badminton. Antara pertandingan di mana beliau mewakili AS pada tahun ini adalah Li-Ning BWF Sudirman Cup di Malaysia dan Pan Am Kejohanan Badminton tahun lepas di Peru. Acara akhir beliau adalah Yonex Terbuka Kanada 2013.

Velez yang bertanding dalam Singles Wanita, Beregu Wanita dan Beregu Campuran, menduduki tempat ke-193 dalam Singles Wanita, sebelum mencapai kedudukan terbaiknya di No 67 dunia.

"Karyn adalah seorang yg riang & happy go lucky. Saya masih ingat bagaimana kami menghadapi masa yang sukar mengajar badminton sejak beliau masih muda tetapi kini belaiu mlakukan dengan baik. Beliau memulakan badminton dengan kami sebelum berpindah ke Amerika Syarikat, "kata Kennevic Asuncion, bekas jurulatih beliau.

Persekutuan Badminton Dunia memanjangkan simpati kepada keluarga dan rakan-rakan Velez, termasuk masyarakat badminton di Filipina dan AS.

Koo-Tan Dah Tinggalkan BAM???Betul ke??



Desas-desus mengatkan regu lelaki negara Koo-Tan telah meninggalkan BAM. Sejauh mana berita itu masih menjadi tanda tanya, dan ada juga mengatakan bahawa pasangan beregu itu telah beberapa kali menghantar surat kpd BAM meminta agar dilepaskan dan sekaligus menjadi pemain profesional. Barisan2 tertinggi dan jrulatih juga mengambil langkah mengunci mulut atas isu ini. So, sama2 lah kita menantikan pengumuman yang akan dibuat oleh barisan tertinggi BAM mengenai isu hangat ini.

Wednesday 28 August 2013

Koo-Tan Ugut BAM??



Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dikatakan mengugut untuk tinggalkan BAM sekiranya tidak disenaraikan ke Siri Super Terbuka Jepun, pada 17-22 September nanti.

Kalau lah benar, ini bukan pertama kali mereka dikatakan mengugut atau menggertak persatuan tetapi tidak pernah diambil tindakan tatatertib di bawah pentadbiran BAM sebelum ini.

Pengurus Besar BAM Kenny Goh berkata, beliau tidak mendapat sebarang maklumat sebegitu, ketua jurulatih beregu Tan Kim Her tak dapat dihubungi manakala Koo-Tan sedang beraksi di Liga Badminton India (IBL).

Sebelum ini, ada laporan mendakwa Koo-Tan mengugut akan meninggalkan BAM dan BAM pula dikatakan bimbang kerana akan turut kehilangan penaja Yonex sekiranya Kien Keat-Boon Heong keluar.

Selain Yonex, jenama lain seperti Li Ning dan Victor juga difahamkan pernah merisik untuk menaja pasukan kebangsaan.

BAM perlu menilai sedalam-dalamnya mengapa ugutan itu dibuat semata-mata kerana mereka mahu beraksi di Jepun. Mungkin sudah tiba masanya Tengku Mahaleel membersihkan BAM daripada elemen negatif sebegitu.

Entah la sampai bila beregu ini nak bertahan, baik bagi laluan kepada beregu lain yang lebih junior. Paling tidak pun boleh memberi pengalaman kepada geng-geng junior dalam membentuk pemain yang berjaya di masa depan.

Tuesday 27 August 2013

2 Pasangan Piala Dunia Indonesia Diarak Di Pemalang dan Purwokerto





Beregu lelaki & beregu campuran Indonesia diarak di Pemalang dan Purwokerto yang merupakan kampung halaman Hendra dan Tontowi. Perarakan akan berlangsung selama dua hari pada isnin dan Selasa (26-27/8). Slain tu, Hendra & Mohammad Ahsan juga mendapat habuah berjumlah 400 juta Rupiah (RM 121888.76) setiap orang. Disini aku kepilkan beberapa gambar perarakan dan piala mereka.









Monday 26 August 2013

Hadiah Birthday


Dapat hadiah hari jadi daripada Lovely wife =p

Rekod Smash Paling Laju Di Pecahkan, Yonex Nanoray Z-Speed


Raket terbaru YONEX yang telah memecahkan raket dunia 1x lagi dengan kelajuan smash mencecah 493km/j sekaligus memecahkan rekod terdahulu pada tahun 2010 dengan kelajuan 421km/j dan yang memecahkannya adalah orang yang sama yang mencipta rekod pada 2010 iaitu Tan Boon Heong dari malaysia.

Raket ni telah digunakan oleh pasangan beregu negara,Koo Ken Kiat/Tan Boo Heong pada kejohanan dunia yang lalu.

Memperkenalkan,raket Yonex Nanoray Z-Speed. Kat bawah ni aku tempekkan sedikit detail pasal raket terbaru Yonex ni, Enjoyy..

KONSERT


TEKNOLOGI






SPESIFIKASI


GALERI


REKOD BARU




Thursday 15 August 2013

Dato Lee Chong Wei , See u in 2016 Olyimpic




Ni translatenye guys yang di translate oleh Soniq Lee di FB, so aku copy n paste jela kat sini untuk mudahkan korang semua paham apa yang LCW bicarakan ini...layann


"After the Olympics, Lin Dan and I meet again. Doesn't matter if its China or badminton fans, they would love to see us play a match. But I strongly believe that we both can bring the world’s badminton fans together and enjoy this match to increase the sport’s popularity.

I do not wish to continue to be under pressure, I have been sucking in the pressure for so long, everyone criticizes that I always get second place in the big tournaments? I believe that I also do not want to get second place, obviously I want to get first place! I always try my best, I really want to get first place! However, I have already tried my best, prepared myself very well, but still I am unable to achieve first place. I feel very bad not winning first place.

Critics always ask me do you think Malaysia still left you. It has always been very difficult for me to play in international competitions. I still wish that my teammates will obtain better results than me or accompany to the finals. Every time we compete, once I reach to the 4th or 8th round, I feel very lonely, all my teammates have returned to Malaysia, leaving the coach and I. I only wish that our youth badminton team will rise quickly, and I will slowly retire and let the youngsters take my place.

Everyone wants to know does the World Championship Tournament matter a lot to me? Yes it matters a lot to me, not only to me but to my home country since no one from Malaysia has ever won a medal in this tournament before. I really wish to when I arrive in Guangzhou, I want to play each match to the best of my abilities for the fans around the world to witness. I know obtaining champion is one thing, but slowly retiring is another matter; I just really want to enjoy my badminton.

I think when Peter Gade and Taufik retired; they also want to enjoy badminton while they can. I also wish that when I play against opponents like Lin Dan, Chen Long, Du Peng Yu, I also want to enjoy my badminton game.
Everyone has their own dream, mine is to break Malaysia’s records, and however I think after having a new born baby into my life, I do not have much time at home to accompany my son, my wife. But after working hard for so many years, I think I can only continue to 2016. 3 more years, after the time has come, I would really want to enjoy my badminton and enjoy the time with my family members."


Wednesday 14 August 2013

Final Result BWF World Championships 2013



WD
Xiaoli Wang/Yang (F) Yu (CHN) - Hye Won Eom/Ye Na Jang (KOR)
21-14 18-21 21-8


WS
Ratchanok Intanon (THA) - Xuerui Li (CHN)
22-20 18-21 21-14


XD
Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir (IND) - Chen Xu/ Jin Ma (CHN)
21-13 16-21 22-20



MD
Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan (IND) - Mathias Boe/ Carsten Mogensen (DEN)
21-13 23-21 


 MS
Dan Lin (CHN) - Chong Wei Lee (MAS)
16-21 21-13 20-17 Retired