Monday 30 September 2013

Rashid Kembali Ke BAM


Foto

Rashid telah sahkn bahawa  beliau akan kembali menyertai barisan kejurulatihan BAM, namun selepas mengikut prosedur yang diminta Presiden, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

“Esok (hari ini) saya akan ke pejabat BAM, menghantar surat yang diminta presiden, menulis saya mahu kembali melatih pemain kebangsaan, tapi saya tidak akan terus bekerja esok (hari ini),” kata Rashid

“Apapun saya akan memulakan kerja minggu ini, paling awal Selasa (esok).”

“Cukup-cukuplah bangkitkan isu ini, semuanya sudah pulih dan reda. Saya sedar saya perlu segera kembali untuk membantu skuad negara dan menjayakan program yang dirancang kepimpinan baru.

“Selagi Datuk Lee Chong Wei belum berjaya menjuarai Kejohanan Dunia dan Sukan Asia, saya akan turut sama membantunya, begitu juga dengan pemain lain,” kata Rashid lagi

Sememangnya tiada sebab untuk Rashid terus membawa diri kerana alasannya meletak jawatan sebelum ini, disebabkan tidak mampu mengikut program yang tidak dipersetujuinya serta berasa tidak boleh bekerja bersama dengan Tan Aik Mong (bekas Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat-TMG yg kini telah tinggalkn BAM).

No comments:

Post a Comment