Wednesday 28 August 2013

Koo-Tan Ugut BAM??



Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dikatakan mengugut untuk tinggalkan BAM sekiranya tidak disenaraikan ke Siri Super Terbuka Jepun, pada 17-22 September nanti.

Kalau lah benar, ini bukan pertama kali mereka dikatakan mengugut atau menggertak persatuan tetapi tidak pernah diambil tindakan tatatertib di bawah pentadbiran BAM sebelum ini.

Pengurus Besar BAM Kenny Goh berkata, beliau tidak mendapat sebarang maklumat sebegitu, ketua jurulatih beregu Tan Kim Her tak dapat dihubungi manakala Koo-Tan sedang beraksi di Liga Badminton India (IBL).

Sebelum ini, ada laporan mendakwa Koo-Tan mengugut akan meninggalkan BAM dan BAM pula dikatakan bimbang kerana akan turut kehilangan penaja Yonex sekiranya Kien Keat-Boon Heong keluar.

Selain Yonex, jenama lain seperti Li Ning dan Victor juga difahamkan pernah merisik untuk menaja pasukan kebangsaan.

BAM perlu menilai sedalam-dalamnya mengapa ugutan itu dibuat semata-mata kerana mereka mahu beraksi di Jepun. Mungkin sudah tiba masanya Tengku Mahaleel membersihkan BAM daripada elemen negatif sebegitu.

Entah la sampai bila beregu ini nak bertahan, baik bagi laluan kepada beregu lain yang lebih junior. Paling tidak pun boleh memberi pengalaman kepada geng-geng junior dalam membentuk pemain yang berjaya di masa depan.

No comments:

Post a Comment