Thursday, 1 August 2013

Barisan Lagenda Sedia Bantu BAM



BAM di bawah pentadbiran Tengku Mahaleel Tengku Arif mula memberi petanda akan membawa masuk bekas pemain negara, Tan Aik Mong iaitu bekas anggota Piala Thomas pasukan yang menjulang Piala Thomas 1967.

“Terpulang kepada pengurusan baru BAM. Badminton adalah badminton, hanya corak permainannya saja berubah. Jika ada individu yang sudah 30 atau 40 tahun meninggalkan sukan ini mahu kembali, apa salahnya jika dia tahu mengenai strategi dan taktik untuk mengatasi lawan,” kata Wan Wah

"Bagi saya, jika bekas pemain itu pernah menjadi juara ketika eranya, saya pasti ada sesuatu yang bagus dalam dirinya yang boleh membantu sukan badminton. Bukan soal mengikut peredaran masa yang penting kerana dalam sukan badminton yang berubah hanya teknologi alatan selain penggunaan sains sukan. Maknanya, dalam sukan ini, perkara paling asas adalah tahu bermain badminton.” katanya lagi

Lee Wan Wah mengakui bersedia untuk kembali bersama BAM sebagai kakitangan kejurulatihan sekiranya kepimpinan baru memerlukan khidmat bekas pemain.

“Saya akan fikir dulu tapi jika pengurusan baru menganggap kami bekas pemain boleh menyumbang sesuatu kepada badminton Malaysia, apa salahnya. Saya pasti kami masih boleh membantu,” kata Wan Wah.

Wan Wah bersama Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng terus menjadi duta Fleet biarpun jenama itu melantik dua lagi pemain adik beradik, Arif dan Razif Latif.


No comments:

Post a Comment