Thursday 7 February 2013

Al-Amin Tidak Mahu Kerusi Presiden


TIMBALAN Presiden BAM, Datuk Dr. Mohamed Al-Amin Abd. Majid membayangkn bahawa beliau tidak berhasrat untuk bertanding bagi jawatan presiden pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk itu Mei depan.

"Saya selesa dengan kedudukan saya sekarang. Itu sahaja yang boleh saya katakan "-Al-Amin

"Bagi saya, jawatan tidak penting. Dengan jawatan saya sekarang ini, saya akan cuba melakukan yang terbaik," katanya lg

Kerusi Presiden BAM bakal kosong selepas penyandang ketika ini, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh berhasrat untuk tidak mempertahankan jawatannya itu.

Sebaliknya, Nadzmi mengesahkan bahawa akan bertanding bagi  jawatan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang turut mengadakan AGM pada Mei depan.

Selain Al-Amin, Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Mokhzani Tun Mahathir turut disebut-sebut sebagai calon bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Nadzmi.

No comments:

Post a Comment