Sunday, 17 November 2013

Apacs Perkenal Raket Lebih Ringan

Pengurus Apacs Sports (M) Sdn Bhd Jebbery Lim berkata, empat model yang diperkenalkan cukup ringan iaitu antara 77 gram namun rekaan kepalanya sedikit berat dengan lubang tali sebanyak 76.



Jelasnya, seperti siri Sensuous, model raket dalam siri Virtuoso juga dihasilkan dengan teknologi terkini bagi membolehkan tali diregang sehingga 35 LBS.

“Raket dalam siri Virtuoso amat sesuai untuk mereka yang gemarkan permainan pantas kerana potongan rangkanya lebih aerodinamik untuk potongan angin bagi menambah kelajuan bulu tangkis.

“Ia juga sesuai untuk wanita, kanak-kanak, warga emas serta individu yang mengalami kecederaan di bahagian tangan dan tidak mahu membebankan bahagian anggota itu.

“Saya yakin produk ini akan diterima peminat badminton, bukan saja di Malaysia, malah di luar negara kerana ia sememangnya menepati kehendak individu,” katanya


Friday, 8 November 2013

Paulus Firman Tinggalkan BAM

Seorang lagi jurulatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletak jawatan, menimbulkan tanda tanya apa sebenarnya berlaku di bawah pentadbiran presiden Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Jika penggal presiden lama, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh dianggap melaksanakan pengurusan yang tidak baik, sehingga jurulatih berkualiti seperti Rexy Mainaky (Indonesia) dan Yoo Yong Sung (Korea Selatan) meletak jawatan, apa pula bezanya dengan pengurusan sekarang yang tidak pernah berhenti dipalit kontroversi.

Paulus memberi alasan “keluarga” sebagai punca beliau terpaksa memberi notis sebulan kepada BAM, namun jurulatih itu bagaikan menyimpan rahsia di sebalik keputusannya.

“Sukar untuk saya mengambil keputusan ini tapi keluarga memerlukan saya di sana,” kata Paulus mengakui yang isteri dan dua anak perempuannya, memerlukannya di Indonesia.