Wednesday, 31 July 2013

Khairy Mahu Kegemilangan Badminton Di Kembalikan




“Tahniah kepada kepimpinan baru Persatuan Badminton Malaysia(BAM) yang diterajui Tengku Mahaleel Tengku Arif bersama Datuk Dr Al-Amin Abdul Majid dan Datuk Mohd Norza Zakaria, selaku Timbalan Presiden,” kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika diminta mengulas kepimpinan baru badan induk itu.

“Saya harap kepimpinan baru dapat mengembalikan kegemilangan sukan badminton negara yang kini hambar.

“Kementerian sememangnya menunggu kepimpinan baru dan akan berjumpa dalam masa terdekat, Kita perlu lebih ramai lagi pelapis untuk melahirkan pemain seperti juara dunia Chong Wei.” katanya lagi

Raket Apacs Terbaru , "Sensuous"



Apacs Sports (M) Sdn Bhd (Apacs) memperkenalkan siri model raket terbaru bagi memberi lebih pilihan kepada penggemar sukan berkenaan.

Pengarah Urusan Anthony Lim berkata, Sensuous ialah raket menggunakan teknologi terkini selain ringan dan tahan lama, produk terbaru Apacs itu juga mempunyai beberapa ciri yang memudahkan pemain memukul bulu tangkis dengan tepat dan sempurna.

Kata beliau, untuk siri Sensuous, 6 model diperkenlkan iaitu Sensuous 222, Sensuous 333, Sensuous 555, Sensuous 686, Sensuous 888 dan Sensuous 999 diperkenal.

“Semua rangka siri ini menggunakan teknologi Grommet Sistem dan yang istimewa mengenai raket ini ia menampilkan lubang bercorak zig zag iaitu teknologi baru untuk memastikan tali lebih stabil serta tidak mudah bergerak.

“Raket siri Sensuous ini mempunyai kadar kelenturan lebih lembut iaitu hingga 9.5 dan boleh diregang hingga 35 LBS,” katanya lagi

Tuesday, 30 July 2013

Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff Presiden baru BAM

Tan Sri Tg. Mahaleel (berbaju putih) bersalaman dgn Datuk Nadzmi


Bekas ketua pegawai eksekutif Proton Holding Berhad Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dipilih sebulat suara sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baru.

Menyuarat agung tahunan (AGM) BAM di sini turut menyaksikan semua anggota gabungan badan sukan itu bersetuju mengekalkan Datuk Dr Ir Mohamed Al-Amin Abd Majid sebagai timbalan presiden I dan memilih Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai timbalan presiden II yang baharu, untuk penggal 2013/2017.

Sementara itu, jawatan setiausaha kehormat dan bendahari BAM akan diputuskan kemudian oleh presiden.

Tengku Mahaleel bukan muka baharu dalam dunia sukan kerana pernah menjadi juara badminton dalam acara perseorangan dan beregu serta menjadi kapten pasukan kriket Kolej Sultan Ismail Kelantan dan pasukan bola lisut pada tahun 1960-an dan awal tahun 70-an.

Beliau turut menganggotai pasukan badminton Universiti Malaya bersama Tan Aik Huang yang merupakan juara All-England.

Selain itu, Tengku Mahaleel merupakan seorang pelumba rali antarabangsa dan pernah muncul juara rali Malaysia pada 1989.

Pada AGM tersebut, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohammad Salleh dilantik sebagai Presiden Kehormat iaitu penasihat dalam menyelesaikan isu-isu tertentu sahaja.

Bercakap kepada pemberita selepas pemilihan BAM, Tengku Mahaleel berkata beliau memerlukan tempoh selama sebulan untuk menetapkan hala tuju baru badan induk badminton itu dengan meneliti sistem pengurusan persatuan itu.

“Cabaran dalam badminton ialah bagaimana untuk melahirkan lebih ramai jaguh badminton pada masa akan datang sekiranya masih menggunakan cara lama. Saya dan kepimpinan baharu akan bekerjasama meneliti perkara ini.

“Kita akan bekerjasama dengan ahli gabungan untuk mencari jalan bagaimana negara lain meningkat dalam badminton, kita akan teliti penggunaan teknologi atau pendekatan sains sukan yang digunapakai oleh mereka,” katanya.

Tengku Mahaleel berkata beliau mahu menjadikan badminton satu industri serta meletakkan Malaysia antara pencabar terbesar dalam sukan itu.

“Untuk menjadikan badminton satu industri kita kena cari ramai pemain yang berkaliber, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan anak mereka dalam bersukan, kita perlu lihat industri sukan kini menawarkan pendapatan lumayan. Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei merupakan seorang jutawan,” katanya.


Thursday, 25 July 2013

Peng Soon Kecil Hati Dengan Kim Her


Foto


Chan Peng Soon mendakwa ketua jurulatih beregu Tan Kim Her tidak berlaku adil kepada pemain beregu campuran apabila tidak menyediakan rakan sparring yang mereka perlukan.

“Minggu lalu jurulatih kami, Jeremy Gan sudah merancang dan mencari rakan sparring tapi tiba-tiba ketua jurulatih datang dan tarik pemain itu sambil berkata, pemain itu tidak boleh jadi rakan sparring kerana dia sakit kaki. “Jika sakit sekalipun saya pasti dia masih mampu bermain dengan kami, lagipun dia bukannya beraksi di Kejohanan Dunia "

“Peluang memang ada, tapi masalahnya kami tidak ada sparring. Begitu ramai pemain dalam kem negara, kami hanya dapat seorang pemain untuk sparring.” Mengaku kecewa dan berasa kecil hati dengan tindakan Kim Her yang seolah-olah meminggirkan beregu campuran, Peng Soon berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Kita ada ramai pemain pelapis tapi semuanya untuk bantu beregu lelaki. Kami juga ada peluang untuk menang dan apa yang berlaku amat tidak adil.

Tuesday, 23 July 2013

Pergaduhan Cemarkan Final Canada Open 2013




YONEX Canada Open



Canada Open 2013 dicemari dengan aksi pergaduhan antara 2 pemain Thailand iaitu Bodin Issara & Maneepong Jongjit.

Mereka pernah beraksi di Sukan Olimpik 2012 tetapi dipisahkan pada awal tahun ini, bertemu sesama sendiri di final. Jongjit bergandingan dengan Nipitphon Puangpuapech manakala Issara bersama Vilailak Pakkawat.

Jongjit-Puangpuapech menang set pertama dengan 21-12 tapi set kedua tidak sempat dihabiskan kerana pergaduhan itu.

Dikhabarkan bahawa mereka berdua telah berperang mulut sejak dari awal game lagi & pengadil perlawanan telah memberi amaran kepada mereka berdua.
Gambar: badminton fight :(Situasi makin panas ketika rehat sebelum set kedua bersambung yang menyaksikan Issara dan Jongjit kembali berbalas kata-kata kesat.

Issara yang tak tahan dengan ‘bahasa kasar’ Jongjit bertindak mengejar pemain itu hingga ke gelanggang bersebelahan. Jongjit yang rebah kemudian di "ong bak" bertubi-tubi sebelum jurulatih dan pegawai perlawanan meleraikan mereka.

Ketika dileraikan, Jongjit sudah tidak berbaju kerana dikoyakkan Issara. Biarpun menyerang, Issara dilapor terpaksa menerima dua jahitan di telinga.

Ekoran insiden itu, Penyertaan mereka telah dibatalkan dan BWF akan menyiasat kes itu. Kat bawah ni ak kepilkan video kejadian sebenar mereka...wat malu Thailand je mereka ni..





Final Result YONEX Canada Open 2013


YONEX Canada Open

WD
Yu Xiaohan China/Huang Yaqiong (Chn) - (Ned) Eefje Muskens/Selena Piek
13-21 21-11 21-13 


MS
Chun Seang Tan (Mas) - (Ned) Eric Pang
15-21 21-11 21-16 


MD
Maneepong Jongjit/Nipitphon Puangpuapech (Tha) -(Tha) Issara Bodin/Vilailak Pakkawat
21-12 Disqualified 


WS
Nichaon Jindapon (Tha) - (HK) Pui Yin Yip 
21-18 21-16 


XD
Chun Hei Lee/Hoi Wah Chau (HK) - (Ned) Jorrit De Ruiter/Samantha Barning
21-13 21-10


Friday, 19 July 2013

YONEX Canada Open 2013


YONEX Canada Open


Dates
16/7/2013 to 21/7/2013


Week
29


Category
Grand Prix


City
Richmond


Country
CAN


Prize money
USD 50,000


Monday, 15 July 2013

Kejohanan Badminton Asia Bawah 19 100Plus



Soo Teck Zhi sahkan statusnya sebagai jagoan muda rantau ini apabila muncul juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia Bawah 19 100Plus semalam.

Berbekalkan sokongan padu penyokong sendiri, Teck Zhi berjaya tewaskan bintang Korea Selatan, Jeon Hyuk Jin di final yang dilangsungkan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Diletakkan selaku pilihan ke5 kejohanan, pemain berusia 18 tahun kelahiran Selangor itu menang 21-17, 13-21, 21-15 ke atas Hyuk Jin dalam masa 55 minit.

“Sebenarnya saya patut beraksi pada kejohanan ini (Kejohanan Remaja Asia) sejak tahun lalu lagi, namun terpaksa dilupakan ekoran komitmen pada Kejohanan Sekolah-Sekolah Asia.

“Justeru, saya menggunakan segala peluang yang ada tahun ini dan hari ini (semalam), saya berjaya melakukannya apabila muncul juara perseorangan lelaki,” katanya

“Seharusnya saya berterima kasih dengan sokongan peminat di stadium ini yang banyak membantu kejayaan hari ini (semalam).

“Kini, dengan persiapan rapi yang dilakukan di bawah kendalian jurulatih, saya yakin dapat mengulangi pencapaian ini untuk bergelar juara remaja dunia,” ujarnya.

Sebagai rekod, antara jaguh badminton dunia yang pernah bergelar juara remaja Asia seperti pemain China  Lin Dan, Chen Jin dan Chen Long selain pemain Jepun, Kenichi Tago dan Park Sung-Hwan dari Korea Selatan.

Kejohanan Remaja Dunia Bawah 19 dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand bermula 23 Oktober hingga 3 November depan.



Friday, 12 July 2013

Finals Gold Medal Match XXVII World Summer Universiade 2013





XD
CHN - KOR 

20-22, 14-21



WS
KOR -  TPE 

21-16, 29-27



MS
CHN - THA 

12-21, 17-21



WD
CHN -  KOR 

25-27, 21-15, 21-23



MD
KOR - RUS 

13-21, 21-13, 21-13




Sukan Universiti Dunia ke-27 (Universiade 2013)



Skuad badminton sumbang 3 pingat gangsa kepada malaysia sekaligus merupakan pingat pertama Malaysia di Sukan Universiti Dunia ke-27 (Universiade 2013) pada hari ke-5 semalam.

Tiga pingat itu disumbang oleh perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain, beregu lelaki Loh Wei Sheng/Jagdish Singh dan beregu wanita, Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean.

Mereka gagal ke pusingan Akhir apabila tewas kepada lawan masing-masing. Iskandar kalah kepada pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 9-21, 11-21 manakala Loh/Jagdish tunduk kepada beregu nombor satu dunia Lee Yongdae/Ko Sungyun dari Korea Selatan 14-21, 8-21. Mei Kuan/Meng Yean pula diketepikan satu lagi pasangan Korea Selatan, Chang Ye Na/Kim So Young 17-21, 9-21.

Pada kejohanan itu mereka yang tewas di separuh akhir berkongsi gangsa.


Thursday, 11 July 2013

Pemain Negara Berlatih Guna Bulu Tangkis Li-Ning


Tey Seu Bock yakin Datuk Lee Chong Wei akan berada di prestasi maksimanya pada Kejohanan Dunia di Guangzhou, China pada 5-11 Ogos nanti. LCW kini sedang membuat persiapan menyeluruh bersama Chong Wei Feng & Liew Daren.

“Kondisi Chong Wei ketika ini di tahap terbaik, begitu juga dengan fizikal dan motivasinya. Saya lihat kesungguhannya kali ini jauh lebih bernafsu dalam usaha memburu gelaran pertama untuk negara,” kata Seu Bock.

“Tempoh dua minggu ini paling getir buat pemain kerana mereka diberi jumlah latihan fizikal yang tinggi. Meskipun ketika menjalani latihan dalam gelanggang, kapasiti latihan ditingkatkan bagi memaksimumkan kecergasan dan ketangkasan pemain sebagai persediaan menghadapi lawan getir nanti.”

Seu Bock juga akui pemain negara mula berlatih menggunakan bulu tangkis berjenama “Li Ning” mengikut kelajuan yang berbeza sepertimana yang akan digunakan ketika kejohanan utama itu nanti.

“Kami gunakan mutu bulu tangkis berlainan yang menghasilkan kelajuan berbeza untuk memastikan pemain biasa dengan tahap kelajuan tidak menentu dalam kejohanan itu nanti.

“Dalam dewan pertandingan, bukan bulu tangkis saja menjadi faktor mempengaruhi permainan tapi juga keadaan angin, Di sini (Bukit Kiara), kita tidak berlatih dalam keadan penghawa dingin dibuka, jadi kita boleh menggunakan bulu tangkis dengan kelajuan berbeza,” kata Seu Bock lagi.

Thursday, 4 July 2013

Adakah Super Dan Masih Menjadi Pilihan??



Juara dunia 4 kali Lin Dan dari China telah jatuh merudum ke No 102 dunia tetapi masih menjadi pilihan untuk memenangi gelaran bagi mencipta rekod lima kali menjuarai Kejohanan Dunia yg akan diadakan di Guangzhou dari 5-11 Ogos nanti.

Dalam senarai kedudukan dunia yang dikeluarkan baru-baru ini, Lin Dan secara rasmi terkeluar daripada top 100 selepas hanya bermain 1 kejohanan sahaja sejak memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik London Ogos lalu iaitu di Kejohanan Badminton Asia (ABC) di Taiwan, itu pun dia sampai ke suku akhir sahaja setelah memberi laluan kepada rakan sengaranya (Wang Zhengming) mara ke separuh akhir.

Ada yang berpendapat dia tidak dapat bermain dengan baik lagi selepas hilang aksi kelas dunianya sekian lama namun ada juga yang mengganggap Lin Dan akan menjadi pemain bukan pilihan yang paling berbahaya di dalam perlawanan itu nanti.

Manakala Lee Chong Wei yang telah memenangi gelaran Super Siri ke 4 di Indonesia dua minggu lalu, terus mengekalkan kedudukan No 1 nya.Beliau menjadi pemain pilihan pertama Guangzhou dan akan berjuang bermati-matian untuk merangkul gelaran dunia pertamanya.

Bagi aku Super Dan still Super, dia tak mengejar ranking tapi lebih kepada semangat kenegaraan. Semangat nak naikkan barisan2 pelapis China, tu pasal dia tak banyak main tapi sekali dia main mmg superb ah..Lin Dan ni jugak hanya memilih game yang besar2 saja...pada pirasat ak la, Lin Dan ni akan manjadi SUPER di Guangzhou nanti, tambah2 tu kan tempat dia...


Apa kata korang???

Upcoming Game : Badminton Asia Youth U19 Championships


Asia_Youth_Badminton


Dates
7/7/2013 to 14/7/2013


Week
28


Category
Asian Junior Championships


City
Likas, Sabah


Country
MAS