Thursday, 11 July 2013
Pemain Negara Berlatih Guna Bulu Tangkis Li-Ning
Tey Seu Bock yakin Datuk Lee Chong Wei akan berada di prestasi maksimanya pada Kejohanan Dunia di Guangzhou, China pada 5-11 Ogos nanti. LCW kini sedang membuat persiapan menyeluruh bersama Chong Wei Feng & Liew Daren.
“Kondisi Chong Wei ketika ini di tahap terbaik, begitu juga dengan fizikal dan motivasinya. Saya lihat kesungguhannya kali ini jauh lebih bernafsu dalam usaha memburu gelaran pertama untuk negara,” kata Seu Bock.
“Tempoh dua minggu ini paling getir buat pemain kerana mereka diberi jumlah latihan fizikal yang tinggi. Meskipun ketika menjalani latihan dalam gelanggang, kapasiti latihan ditingkatkan bagi memaksimumkan kecergasan dan ketangkasan pemain sebagai persediaan menghadapi lawan getir nanti.”
Seu Bock juga akui pemain negara mula berlatih menggunakan bulu tangkis berjenama “Li Ning” mengikut kelajuan yang berbeza sepertimana yang akan digunakan ketika kejohanan utama itu nanti.
“Kami gunakan mutu bulu tangkis berlainan yang menghasilkan kelajuan berbeza untuk memastikan pemain biasa dengan tahap kelajuan tidak menentu dalam kejohanan itu nanti.
“Dalam dewan pertandingan, bukan bulu tangkis saja menjadi faktor mempengaruhi permainan tapi juga keadaan angin, Di sini (Bukit Kiara), kita tidak berlatih dalam keadan penghawa dingin dibuka, jadi kita boleh menggunakan bulu tangkis dengan kelajuan berbeza,” kata Seu Bock lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment