Cara Terbaik Memilih Raket Badminton
Memilih raket badminton yang terbaik adalah penting kerana ia boleh membantu memaksimumkan prestasi semasa bermain. Untuk memilih raket badminton yang terbaik, anda harus tengok berat raket, bajet dan jenis pembalut pemegang raket.
- Berat raket - Adalah disyorkan untuk memilih raket badminton yang ringan kerana ia dapat mengawal pergelangan dan bahu anda serta mengurangkan kemungkinan kecederaan. Selain itu, ia membolehkan kelajuan membalas pukulan menjadi lebih cepat dan laju.
- Bajet- Mempunyai bajet sebelum membeli adalah penting kerana anda boleh memastikan diri anda berbelanja mengikut kemampuan. Oleh itu, memilih raket badminton terbaik mengikut kemampuan anda adalah sangat penting. Ada bajet sikit beli raket murah dulu, nanti dah ada bajet lebih bolehla beli raket yang mahal sikit 😁
- Pemegang Cengkaman Raket- Terdapat dua jenis pembalut pemegang raket iaitu jenis tuala dan sintetik. Cengkaman tuala adalah lebih lembut dan bagus dalam menyerap peluh. Walau bagaimanapun, ia cenderung terdedah kepada kuman. Cengkaman sintetik pula licin dan kurang kotor. Walau bagaimanapun, ini menjadikan anda kurang selesa kerana keupayaan penyerapan peluh yang kurang. Jadi, anda perlu memilih berdasarkan keperluan dan pilihan anda.