Tuesday, 29 January 2013
Sedikit Mengenai Mendiang Datuk Eddy Choong Ewe Beng
-Dilahirkan di George Town pada tahun 1930
-Berjaya mengekalkan kejuaraan Seluruh England pada tahun 1953, 1954, 1956 dan 1957.
-Ketika itu, kejuaraan tersebut merupakan kejohanan paling berprestij bagi sukan badminton yang menyamai Kejohanan Piala Dunia ketika ini.
-Berjaya melangkah ke peringkat akhir kejohanan yang sama pada tahun 1952 dan 1957 selain memenangi acara beregu pada kejohanan itu bersama abangnya, David Ewe Choong pada tahun 1951 dan 1953.
-Berjaya menjulang Piala Thomas pada tahun 1955 di Singapura apabila menewaskan Denmark 8-1
-Menerbitkan buku biografinya yang berjudul Ex-Badminton Player: Dato Eddy Choong Talk About History dlm bhasas cina & inggeris
Hilangnya Seorang Lagenda Badminton Era 50-an
Datuk Eddy Choong Ewe Beng, 83, meninggal dunia di Hospital Loy Guan Lye, George Town Pulau Pinang semalam. Beliau mrupkn pemain badminton negara era 50-an & juga juara 4 kali man single Kejohanan Badminton Seluruh England.
Datuk Finn Choong Khuat Seng, 53(Anak sulung mendiang,), berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 petang di sisi anak-anaknya setelah dirawat di hospital tersebut sejak Sabtu lalu.
Menurut beliau, bapanya sepatutnya dijadualkan keluar hospital oleh doktor pagi semalam sebelum tiba-tiba muntah dan dimasukkan semula ke wad untuk rawatan.
Isteri mendiang, Datin Maggie Thean Sun Lim, 79, yang kelihatan sedih pula memberitahu, suaminya adalah seorang pencinta badminton sejati dan cukup mengambil tahu perkembangan sukan tersebut.
“Saya dan adik-beradik yang lain berada di sisi bapa semasa dia sedang tenat sehingga menghembuskan nafas terakhir kerana sepatutnya kami menjemput beliau pulang ke rumah hari ini (semalam).
“Sebelum dimasukkan ke hospital, bapa ada memberitahu hasrat untuk menonton perlawanan Seluruh England di Birmingham pada Mac nanti sebagai sokongan kepada pemain negara, tetapi hasratnya tidak kesampaian,” ujar beliau ketika ditemui pemberita di kediaman mereka di Jalan Bell, Pulau Tikus.
Upacara pengkebumian mendiang akan dilakukan pada Jumaat ini di Batu Gantung.
Monday, 21 January 2013
Beri Tumpuan Adakan Lebih Banyak Pertandingan-Tan Sri Elyas
Perkembangan badminton menerusi penubuhan kelab sewajarnya dilihat dari segi positif dan jika kena caranya, ia mampu membekalkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa akan datang.
Bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Elyas Omar tidak melihat penubuhan pelbagai kelab badminton di seluruh negara sebagai satu isu besar malah mahu badan induk badminton negara itu turut menyokong perjuangan mereka.
“Sudah tiba masanya BAM memberi tumpuan terhadap usaha menguruskan lebih banyak pertandingan, melahirkan lebih ramai jurulatih serta membantu kelab seperti ini,” katanya.
Apa yang dimaksudkan beliau adalah menjadikan kelab badminton sebagai medan melahirkan ramai atlet berpotensi untuk masa depan, tanpa terlalu bergantung kepada pemain sedia ada dinaung BAM.
Malah menurut beliau, tidak salah jika pemain mahu meneruskan karier di kelab, mengambil contoh Misbun Ramdan Misbun yang mahu dilatih bapanya, Datuk Misbun Sidek, jika itu langkah terbaik untuk memajukan karier mereka.
“Mereka perlu beri galakan kepada kelab di peringkat negeri dan andai BAM perlukan atlet untuk wakili negara, pemilihan boleh dilakukan dan kemudian melaksanakan latihan pusat,” katanya.
Apa yang membuat beliau kagum adalah kesungguhan pemilik kelab, ada di antaranya bekas atlet untuk membimbing bakat baru yang mungkin selama ini tidak mendapat perhatian badan induk itu.
“Ada kelab memiliki hingga 20 gelanggang, sedangkan BAM masih tidak mempunyai pusat latihan sendiri. Mungkin sudah tiba masanya memberi kepercayaan kepada kelab untuk melahirkan pemain masa depan tapi perlu mengikut standard ditetapkan BAM.” Pada masa sama, beliau juga mengharapkan lebih ramai jurulatih tempatan dilahirkan.
“Sepatutnya, sebaik kita menang Piala Thomas, program melahirkan lebih ramai jurulatih patut ditumpukan. Kita memang mempunyai jurulatih tempatan tapi jika dapat melahirkan 10 jurulatih setahun, bayangkan jumlahnya dalam tempoh 20 tahun.
“Saya pernah merancang untuk menubuhkan akademi yang bertujuan melahirkan jurulatih tapi ia dimansuhkan pentadbiran terdahulu.
“Semua ini bagi saya memerlukan perancangan dan tanpa perancangan, masalah tidak dapat diselesaikan,” katanya.:-sumber Harian Metro
Sony Ditakluki Chong Wei Di Malaysia Open 2013
Sony Dwi Kuncoro dijinakkan Lee Chong Wei yang merupakan pemain terbaik dunia ketika ini. Sony harus puas menjadi runner up Malaysia Open Super Series 2013 apabila dikalahkan Chong Wei dengan skor 7-21, 8-21.
"Chong Wei merupakan pemain dengan skill yang komplit, dia unggul segala-galanya dan hari ini dia bermain sangat bagus. Dari teknik permainan mungkin kami seimbang, tapi dia mempunyai kelajuan dan ketahanan yang lebih baik dari saya "jelas Sony soal pertandingannya smlam.
Ketika ditanya soal perolehan skor nya di pertandingan hari ini, Sony mengaku bahawa faktor stamina juga membawa pengaruh.
"Saya sampai ke babak final dengan perjuangan luar biasa. Sebelumnya bertemu pemain Jepun, China dan sebagainya, pertandingannya juga ketat. Buat saya, hasil di perlawanan ini cukup baik "jelas Sony.
Menembus babak final perlawanan level super series ini memang merupakan hasil terbaik yang pernah diraih Sony dalam 2 taun terakhir ni setelah sempat dirundung kecederaan. Meskipun demikian, Sony tak mau puas hanya sampai di sini. Pemain rangking 5 dunia ini ingin terus meningkatkan kualiti permainannya agar dapat bersaing dengan pemain-pemain kelas dunia yang lain.
"Kalau latihan hanya seperti sekarang ya hasilnya seperti ini, kedepannya saya harus lebih giat latihan lagi dan perbaiki kualiti permainan saya. Hasil di pertandingan kali ini akan menjadi pelajaran untuk mengukur sejauh mana kemampuan saya "tambah Sony.
Sementara itu, melalui kemenangan di perlawanan ketiga belas petang ini, Chong Wei pun menambah keunggulan pada rekod pertemuannya dengan Sony menjadi 8-5.
"Saya memang dari awal fokus dan tak memberikan sedikit kesempatan untuk Sony mengembangkan permainannya. Saya belajar dari kesilapan di separuh akhir ketika saya harus bermain rubber game. Selain itu saya bersemangat sekali ingin membuat rekod dengan menjuarai Malaysia Open sembilan kali "jelas Chong Wei.
Setelah kejohanan ini Sony akan mempersiapkan diri untuk mengikuti kejohanan berprestij All England 2013. Sebelumnya ia akan berangkat ke Kuala Lumpur untuk mengukuhkan kelab nya Jaya Raya Suryanaga di ajang Djarum Superliga Badminton Malaysia 2013
9 Kali Menjuarai Terbuka Malaysia
Datuk Lee Chong Wei muncul sebagai pemain terbanyak menjadi juara pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia.
smlm, Chong Wei membuktikan statusnya sbg pemain terhebat negara apabila menjuarai Terbuka Malaysia 2013 buat kali ke-9.
Kejayaan ke-9 itu hadir lepas dia kalhkn Sony Dwi Kuncoro(IND) dgn 21-7, 21-8 pada final yg diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.
Lebih membanggakan, dia berjaya melepasi rekod legenda badminton negara, yang sebelum ini merekodkan lapan kejuaraan pada Terbuka Malaysia.
“Saya sangat bangga dengan kejayaan ini. Terima kasih kepada para penyokong kerana sanggup hadir ke stadium bagi menyaksikan final serta memberi sokongan kepada saya".
“Sebenarnya saya berasa sedikit tertekan kerana harapan yang diletakkan untuk saya bergelar juara kali ini agak tinggi.
“Mungkin orang tidak nampak kenapa saya menang mudah ke atas Sony tetapi itulah yang saya rasakan.
“Mujur, setiap kali Sony melakukan serangan saya boleh mengatasinya. Saya memang mahu menghabiskan perlawanan dengan cepat,” kata Chong Wei pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan semalam.
Sebagai rekod, Chong Wei mula bergelar juara Terbuka Malaysia pada 2004,2005,2006, 2008,2009,2010,2011,2012 dan yg trbaru 2013.
Menurut Chong Wei, dia akan cuba untuk melakukan yang terbaik untuk bergelar juara Terbuka Malaysia buat kali ke-10 pada edisi tahun depan.
Hasratnya itu adalah untuk menyamai rekod kejuaraan yang dimilikinya selaku juara kebangsaan.
“Saya akan cuba tetapi semua kena sedar bahawa Sirkit Kebangsaan dan Terbuka Malaysia adalah dua kejohanan yang berbeza,” kata Chong Wei yang akan beraksi pada game sterusnya di Seluruh England Mac depan.
Dengan kemenangan semalam, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$30,000 (RM90,389).
Tekanan Punca Kegagalan Mix Double Malaysia Di Malaysia Open 2013
Wlaupn tampil sbg beregu pilihan pertama, mreka gagal bermain pd prstasi sbnar mreka & kalah kpd pasangan Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christinna Pedersen 21-13, 21-18 di final semalm.
“Ini merupakan kali pertama kami beraksi pada final Terbuka Malaysia dan ia memberikan kami sedikit tekanan. Ditambah pula dengan kehadiran penonton yang ramai".
“Jika kami boleh beraksi seperti biasa dan tanpa tekanan, kami mungkin boleh bergelar juara.
“Kami memang berharap sangat dapat jadi juara pada Terbuka Malaysia kali ini selepas tewas pada peringkat separuh akhir tahun lalu,” kata Peng Soon
“Bagi saya semua okey tetapi belum memuaskan lagi. Selepas ini kami akan berehat untuk beberapa hari sebelum kembali menjalani latihan bagi persiapan menghadapi Seluruh England.
“Kami harap dapat menghasilkan keputusan yang baik pada Seluruh England nanti (Mac depan),” tambah Peng Soon.
Sementara itu, JoachimChristinna ternyata gembira dengan kejayaan menumbangkan beregu campuran negara itu selepas menyedari pada awalnya peluang untuk mereka melakukannya tampak sukar.
“Kami gembira dengan kemenangan ini kerana sedar bahawa beregu Campuran Malaysia sangat kuat,” kata Christina.
Sunday, 20 January 2013
Final Result Maybank Malaysia Open 2013
WS
Tzu Ying TAI - Xue YAO
21-17 21-14
XD
Joachim FISCHER NIELSEN/Christinna PEDERSEN - Peng Soon CHAN/Liu Ying GOH
21-13 21-18
WD
Yixin BAO/Qing TIAN - Misaki MATSUTOMO/Ayaka TAKAHASHI
21-16 21-14
MD
Mohammad AHSAN/Hendra SETIAWAN - Sung Hyun KO/Yong Dae LEE
21-15 21-13
MS
Chong Wei LEE - Sony Dwi KUNCORO
21-7 21-8
LCW/ MWC Junior Coming Soon
Friday, 18 January 2013
Top Player Demam Di Malaysia Open 2013
Aksi Siri Super Terbuka Malaysia 2013 terencat kemeriahannya selepas ramai pemain menarik diri akibat demam.
Thursday, 17 January 2013
Malaysia Open Terakhir Buat Taufik
Tahun ini menjadi kali terakhir untuk Taufik beraksi di Malaysia Open. Seperti diungkapkan Taufik, ia merancang untuk menamatkan kerjaya bulu tangkisnya pada bulan Jun akan datang, atau setelah acara Djarum Indonesia Open Super Series Premier 2013.
Walaupun bukan bertanding di negara sendiri, Taufik selalu mendapat banyak sokongan dari penyokong Malaysia. Banyak hal yang beri kesan kpd Taufik ketika bertanding di Malaysia. Diantaranya adalah saat Piala Thomas 2000 yang juga dilansungkan di Stadium Putra Bukit Jalil.
"Kalau bertanding di Malaysia, saya selalu ingat Thomas Cup tahun 2000, kala itu saya berdiri di pintu itu (Taufik menujuk pintu masuk ke arena pertandingan) dan menyaksikan babak semifinal antara Indonesia menentang Denmark. Saat itu kedudukan 2-2 dan Marleve Mainaky sedang melawan Kenneth Jonassen "ujar Taufik. Perlawanan separuh akhir tersebut berakhir dengan kemenangan pasukan Indonesia 3-2.
Tahun ini, Taufik memulakan perlawanan Malaysia Open dengan baik. Ia mampu menumbangkan Nguyen Tien Minh yang merupakan pilihan ketiga. Taufik melangkah ke 2nd round stlah mengalahkan wakil Vietnam tersebut dengan double set 10-21, 21-7, 21-9 dalam masa 42 minit.
"Di awal permainan, saya tidak boleh mengawal angin sehingga 1st game kalah dengan point yang cukup jauh. Kemenangan hari ini adalah permulaan yang baik untuk saya "kata pemain kelahiran Bandung, 10 Ogos 1981 ini.
Jurulatih BAM Dapat Bonus Prestasi
Seramai 21 jurulatih BAM akan trima bonus & ade yg terima cecah 10k sorang.
Ahli Majlis BAM yang bermesyuarat semalam memutuskan untuk mengiktiraf prestasi jurulatih yang berjaya meningkatkan kualiti pemain.
“Berdasarkan kedudukan kewangan persatuan yang baik, kami setuju memberi bonus prestasi kepada semua jurulatih BAM tapi jumlahnya bergantung kepada prestasi mereka,” kata Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh.
Dlm masa yg sama, BAM melantik jurulatih beregu baru dari Indonesia iaitu Paulus Firman dengan kontrak 2 tahun.
Nadzmi berkata, jurulatih kontroversi mengatur perlawanan beregu campuran di temasya Olimpik London itu akan ditentukan tugasannya oleh ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her.
Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) sebelum ini menggantung Paulus selama 3 bulan dan tidak menyambung kontraknya, bagaimanapun Malaysia berminat mendapatkan khidmat beliau.
Sementara itu, Misbun Ramdan Misbun yang keluar BAM 7 Januari lalu x dikenakan sebarang tindakan, termasuk denda.
“Kami putuskan Ramdan tidak dikenakan penalti kerana dia keluar untuk berlatih bersama bapanya. Bapanya pula bekas jurulatih kami di BAM dan dia bukan pergi untuk menyertai sebuah kelab atau organisasi lain,” kata Nadzmi.
“Dalam kes Ramdan, dia keluar atas sebab peribadi dan selagi masih meneruskan karier, kita tidak akan kerugian bakat.”
Sebelum ni, Tan Chun Seang dilarang bertanding pada kejohanan di Asia selama 2 tahun selepas bertindak keluar meninggalkan BAM pada 2011, manakala Roslin Hashim dituntut bayar pampasan RM67,345 kerana meninggalkan pasukan kebangsaan untuk menyertai Nusa Mahsuri.
Wednesday, 16 January 2013
Maybank Malaysia Open 2013 Welcome Dinner & Auction
Maybank Malaysia Open 2013 Welcome Dinner & Auction wheeled in a whopping RM207,000 last night. Items include...
Lee Chong Wei's (MAS) Olympic T-shirt - RM65,000 & Racquet - RM8,000
Lee Yong Dae's (KOR) T-shirt - RM7,000
Darren Liew's (MAS) T-shirt - RM6,000
and the highest bid this evening, a rare replica of the Thomas Cup for RM121,000. Raising funds for Maybank Foundation & Liver Transplant Centre at Selayang Hospital, the community of Badminton has done us proud.
KBS Sedia Bantu Program Kelab Badminton
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedia membantu kelab badminton untuk mencungkil bakat baharu dan melahirkan pemain pelapis bagi menerajui cabaran negara di persada antarabangsa.
Demikian tegas menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.
Beliau mengakui, terdapat kelab yang tampil dengan cadangan baik untuk mencari pemain pelapis badminton negara.
"Kita sedia membantu mana-mana (kelab badminton) yang datang dengan kertas cadangan yang baik. Kita akan pertimbangkan apakah bentuk kerjasama yang boleh diberikan.
"Kita tidak boleh berharap hanya satu sistem sahaja dalam melahirkan pemain- pemain badminton negara. Sama ada pemain itu daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kelab Nusa Mahsuri atau pun kelab-kelab lain, itu tidak penting.
"Yang penting pada akhirnya kita dapat melahirkan jaguh badminton negara yang akan bertanding di persada dunia," katanya selepas majlis prapelancaran My Mega- mind 2013 di Putrajaya semalam.
Ditanya tentang pemain berkaliber untuk menggantikan jaguh perseorangan negara dan pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei selepas dia menggantung raket kelak, Ahmad Shabery berkata: "Saya belum ada jawapan lagi kerana bukan senang untuk melahirkan pemain pelapis."
Beliau memberi contoh bekas pemain tenis No. 1 dunia, Andre Agassi yang masih belum ada penggantinya di Amerika Syarikat.
"Pemain-pemain badminton negara yang lain perlu membuktikan dengan keputusan-keputusan yang lebih baik (dalam kejohonan), kerana kita tahu bintang sukar diganti.
"Kita tahu ia bukan perkara mudah untuk mencari pemain pelapis dan masalah itu bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah berlaku di mana-mana," katanya.
Mengenai ketiadaan bintang China pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia Maybank 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil yang bermula semalam, Ahmad Shabery berkata, Chong Wei yang muncul juara Terbuka Korea pada Ahad lalu merupakan tarikan tersendiri.
Menurut beliau, ini kerana penyokong tempatan ingin melihat prestasi pemain kesayangan mereka memberi cabaran lebih hebat selepas berumah tangga.
"Peminat tempatan harus datang ke Stadium Putra untuk memberi sokongan kepada Chong Wei yang memburu kejuaraan buat kali kesembilan," katanya.-kosmo
2015 Era Kebangkitan Ramdan
Rahman Sidek mensasaran 2 tahun untuk anak saudaranya, Misbun Ramdan Misbun berada dalam kelompok terbaik dunia.
Rahman yang melatih Ramdan buat sementara sebelum Datuk Misbun Sidek mengambil alih pada masa yang belum ditetapkan berkata, anak didiknya itu membuktikan dirinya cukup berbakat kerana hanya mengambil masa singkat di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk muncul juara kebangsaan.
“Dalam masa 2 tahun bersama BAM, dia sudah mengatasi pemain yang lebih lama bermain sepenuh masa, itu menunjukkan bakat dan kesungguhannya untuk berjaya lebih tinggi,” kata Rahman.
“Kami di Nusa Mahsuri mempunyai pengalaman melahirkan pemain bertaraf dunia seperti Rashid Sidek, Roslin dan Muhd Hafiz Hashim.
“Sekarang semua terpulang kepada Ramdan, apa yang dia mahu dan tahap yang ingin dikecapinya.” Bagaimanapun ketika ditanya mengenai perancangan Nusa Mahsuri untuk menaikkan prestasi Ramdan, Rahman nyata belum ada jawapan dengan hanya mengulangi tempoh dua tahun dilihat paling sesuai untuk melihat anak saudaranya berada di tahap terbaik dunia.
Anak legenda badminton negara itu tewas kpd pemain China Chen Yuekun 15-21, 16-21 di pusingan kelayakam smlam dan jelas gugup beraksi pada penampilan pertama di kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia.
“Saya memang gugup beraksi buat kali pertama di kejohanan sebesar ini apa lagi di depan penonton sendiri hingga membuatkan permainan saya tidak menjadi,” kata Ramdan yang mensasarkan untuk berada di kelompok 50 terbaik dunia pertengahan tahun ini.
Pemain Buangan Tunjuk Kemampuan
2 pemain buangan BAM, Mohd Razif Abdul Latif-Vountus Indra Mawan yang didakwa bekas jurulatih Tan Kim Her dan BAM gagal menghasilkan keputusan memberangsangkan serta xpunyai kemahiran tinggi, membuktikan mereka lebih baik daripada gandingan badan induk badminton negara itu.
Gandingan itu melangkah ke undian utama apabila membenam cabaran gandingan Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid-Teo Kok Siang 21-18, 21-15 dalam masa 27 minit, pada perlawanan kelayakan ke-2 semalam.
“Saya amat gembira hari ini (semalam) kerana selepas disingkir BAM, kami buktikan masih boleh hidup di luar,” kata Razif yang pertama kali bergandingan dengan Vountus
“Kami tidak bagus dan tidak ada kemahiran tapi boleh menewaskan pemain BAM.” Razif meninggalkan BAM pada Oktober 2010 manakala Vountus disingkir September tahun lalu meskipun gandingannya Lutfi dikekalkan dengan alasan memiliki kemahiran lebih baik.
“Apa yang berlaku hari ini (semalam) menunjukkan betapa pentingnya jurulatih yang baik. Kami berjaya kerana dibimbing seorang legenda (Razif Sidek) yang tahu kekuatan kami dan bijak mengatur strategi,” kata Vountus
“Saya tidak pasti adakah kami akan terus bersama, semuanya bergantung kepada perancangan jurulatih Razif. Malah kami memerlukan penaja untuk menaja kami di setiap kejohanan disertai.
“Saya kasihan melihat Lutfi dan Kok Siang kerana mereka memiliki pelbagai kelebihan di BAM tapi tidak mampu untuk menang.” Kemenangan itu membolehkan Razif-Vountus berdepan dgn Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia di pusingan sterusnya.
Tuesday, 15 January 2013
Yonathan-Hendra Rancangan Kejutkan Koo-Tan
Koo Kien Keat-Tan Boon Heong perlu bersedia untuk dikejutkn di Terbuka Malaysia oleh lawan pusingan pertama mreka dr Indonesia Yonathan Suryatama Dasuki-Hendra Gunawan yg merancang untuk menjadi pemusnah impian regu nmbor 2 dunia tu.
Kien Keat-Boon Heong sekali lagi mengecewakan pmint bdmnton tmptan apbla gagal d sparuh akhir Terbuka Korea yg lalu. mereka dikcewakan oleh regu korea Ko Sung-hyun-Lee Yong Dae 17-21, 11-21.
Kien Keat-Boon Heong kini telah berlalu hampir tiga tahun tanpa memenangi gelaran Siri Super. Kemenangan terakhir pasangan ini adalah pada Terbuka Malaysia tahun 2010.
Regu Indonesia hanya dibentuk pada Jun lepas tetapi telah semakin tinggi rankingnya dan kini menduduki tempat ke 20 di dunia. Mereka juga pasangan kedua ranking Indonesia selepas Angga Pratama-Ryan Agung Saputra (Ke-14) sebagai bekas juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan tidak lagi pasangan yang aktif.
Hendra percaya bahawa tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh mengalahkan Kien Keat-Boon Heong.
"Kien Keat-Boon Heong bukan lagi regu yg ditakuti di dunia. Saya akan mengatakan standard kami adalah lebih kurang sama, "kata Hendra.
"Mereka bermain di depan penyokong sndiri & mrupkn satu tekanan tambahan untuk mereka. Saya yakin boleh mengambil kesempatan daripada itu.
"Ia peluang baik untuk mendapatkan kemenangan ke atas mereka. Walaupun kami kini dalam 20 teratas, kami tidak benar-benar mencapai keputusan yang cemerlang, "kata Hendra.
"Hasil yang terbaik kami setakat ini penampilan separuh akhir di Indonesia dan India Open GP Gold tahun lepas."
Yonathan percaya menjadi pemain bukan pilihan memberikan mereka kelebihan berbanding Kien Keat-Boon Heong.
"Saya suka menjadi bukn pilihn kerana ia memberikan saya lebih banyak kebebasan untuk bermain permainan saya sendiri dengan tekanan jangkaan dan kurang pada kami," kata Yonathan.
Tago Ada Misi Besar Di Terbuka Malaysia 2013
Tago diletakkn sbg pilihn ke-2 kejohanan yang mula mengalami kemerosotan prestasi sejak kekalahan kepada Wei Feng pada pusingan pertama Terbuka Jepun tahun lalu, membawa azam membara sejak tiba di Kuala Lumpur dua hari lalu.
“Saya masih ingat detik diaib Wei Feng di depan penyokong sendiri tahun lalu dan kali ini kami sekali lagi diundi bertemu pada pusingan pertama, saya mahu menang di depan penyokong anda,” kata Kenichi selepas menjalani latihan di Stadium Putra, semalam.
Itu adalah kekalahan sulung Kenichi kepada Wei Feng dan dia masih memegang kelebihan rekod pertemuan 3-1 ke atas Wei Feng.
Namun dia tersingkir awal di pusingan pertama Terbuka Korea minggu lalu selepas diklahkan pemain Denmark, Jan O Jorgensen.
“Berat badan saya naik dari 71kg ke 74kg biarpun saya menjalani latihan seperti biasa, mungkin saya banyak makan kerana cuaca di Jepun terlalu sejuk,” kata Kenichi.
KENICHI idam atasi Chong Wei andai berjaya ke final.
Kenichi yang menaruh impian melangkah ke final sekali lagi berjanji tidak mempamerkan aksi buruk seperti final menentang Chong Wei tahun lalu. Dlm masa yg sama juga Tago impikan kalahkan Chong Wei kalau lepas ke final.
“Saya impikan satu lagi final menentang Chong Wei tahun ini tapi saya janji tidak akan menjadi budak belasahan lagi,” katanya merujuk kekalahanya 6-21, 13-21 tahun lalu.
Kenichi menentang Wei Feng di pusingan pertama esok dan rakan senegaranya, Sho Sasaki, Wang Zhengming (China) serta Sony Dwi Kuncoro (Indonesia) berada dalam laluannya ke final.
Perlawanan kelayakan bermula jam sembilan pagi dijangka berakhir lewat petang berikutan penambahan gelanggang kepada lima bagi mengelakkan perlawanan berlarutan hingga ke lewat malam.
Monday, 14 January 2013
Final Result Yonex Estonian International 2013
MD
Laurent Constantin/Matthieu Lo Ying Ping(FRA) - Iikka Heino/Mika Kongas(FIN)
21-11 22-20
XD
Anton Kaisti/Jenny Nystrom(FIN) - Bastian Kersaudy/Anne Tran(FRA)
21-18 21-10
WS
Line Kjaersfeldt(DEN) - Natalia Perminova(RUS)
13-21 21-18 21-18
WD
Irina Hlebko/Ksenia Polikarpova(RUS) - Julie Finne-Ipsen/Rikke S. Hansen(DEN)
15-21 21-19 22-20
MS
Kento Momota(JPN) - Eetu Heino(FIN)
20-22 21-15 21-15
Sunday, 13 January 2013
Final Result Victor Korea Open 2013
WD
Xiaoli Wang/Yang (F) Yu - Jin Ma/Jinhua Tang
21-17 21-13
MD
Sung Hyun Ko/Yong Dae Lee - Mathias Boe/Carsten Mogensen
19-21 21-13 21-10
WS
Ji Hyun Sung - Shixian Wang
21-12 22-20
XD
Nan Zhang/Yunlei Zhao - Chen Xu/Jin Ma
13-21 21-16 21-13
MS
Chong Wei Lee - Pengyu Du
21-12 21-15
Thursday, 10 January 2013
Yonex VTZF 88 LTD
Camane ak leh ter miss lak raket ni...ayaa, ade sape2 tau x harga raket ni bape??ak xprnah jumpe lg raket ni kat kedai2 yg ak lawati...btul2 limited raket ni emmm
Ramdan Mahu Ikut Bapa
Misbun Ramdan Misbun nekad untuk keluar daripada BAM kerana ingin berlatih dengan bapanya, Datuk Misbun Sidek yg juga idolanya.
Ramdan menangkis tindakannya itu dipengaruhi oleh bapanya, malah katanya yg bapanya langsung tidak tahu dan mereka belum berbincang mengenainya.
“Sebenarnya sejak bapa keluar dari BAM dua tahun lalu, saya mahu mengikutnya tapi beliau mahu saya kekal berlatih dalam badan induk itu,” kata Ramdan.
Misbun mahu anaknya menuntut ilmu dgn Hendrawan di BAM.
“Ketika itu bapa melarang saya dengan berkata ‘dari kecil sampai besar engkau mengikut aku, sekarang perlu berdikari dan belajar daripada Hendrawan, lagipun banyak kemudahan boleh diperoleh di bawah BAM’.
“Sejak itu jiwa saya memberontak tapi saya takut untuk bertindak hinggalah berjaya muncul juara Sirkit Kebangsaan Terbuka Pahang dan GP Final di Alor Setar bulan lalu,” kata Ramdan menceritakan punca sebenar dia mahu keluar daripada BAM.
“Mengenai masalah kewangan dan penajaan, saya pasti bapa boleh dapatkan penaja. Soal sama ada bapa mahu melatih saya atau tidak, saya belum berbincang lagi dengannya kerana dia sering keluar memancing.”-ramdan
Ramdan brkata dia bermain badminton kerana minat yang timbul ketika sering mengikuti bapanya ke gelanggang, justeru dia menganggap selepas tidak lagi berlatih di bawah bapanya, dirinya bagaikan tiada hala tuju.
Sepanjang menjadi jurulatih, Misbun berjaya membawa adiknya Rashid memenangi pingat perak Olimpik Atlanta, menaikkan nama adik beradik Hashim, dengan Roslin muncul juara di kejohanan antarabangsa dan Muhd Hafiz meraih kejayaan terbesar di Seluruh England, membimbing Wong Choong Hann memenangi perak Kejohanan Dunia 2003 serta membawa Datuk Lee Chong Wei berada di ranking nombor satu dunia paling lama dalam sejarah pemain Malaysia selain memenangi perak Olimpik Beijing.
Ketika ini, Ramdan menjalani latihan di bawah kendalian bapa saudaranya Rahman Sidek akan tetap beraksi di Terbuka Malaysia minggu depan.
“Saya sasarkan untuk berada dalam kelompok 50 pemain terbaik dunia tahun ini, barulah senang untuk menyertai kejohanan besar walaupun sebagai pemain kelayakan,” kata pemain ranking ke-87 dunia itu.
Ramdan mengucapkan terima kasih kepada BAM yang selama ini memberi ruang kepadanya berlatih dan mendapat kemudahan terbaik di negara ini, tanpa sebarang masalah.
Datuk LCW Kena Paksa Main 3Set Di 1st Round
Datuk Lee Chong Wei terpaksa mandi peluh sebelum berjaya melangkah ke pusingan pertama Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Korea 2013 semalam.
Tampil selaku pilihan pertama kejohanan, ia xberi kelebihan buat Chong Wei yang kalah di 1st set dgn 17-21 sbl menang set brkutnya dgn 21-14, 21-16 keatas pemain muda China, Wang Zhengming sekaligus layak ke 2nd round.
Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata, situasi itu bukan sesuatu yang membimbangkan kerana ia adalah perkara biasa buat setiap pemain yang masih mencari rentak dalam setiap perlawanan pertama mereka.
Chong Wei kini dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada Terbuka Korea tahun lalu. Sebelum itu, dia turut menggenggam trofi kejuaraan Terbuka Korea pada 2010.
Sementara itu, Chong Wei Feng(MS)mengiringi Chong Wei ke 2nd round selepas kalhkn Henri Hurskainen dari Sweden 24-22, 21-16.
Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga layak ke next round apabila tewaskan Oliver Roth-Johanna Goliszewski dari Jerman straingh set 21-15, 21-12.
Wednesday, 9 January 2013
PM Sokong Kekalkan Ibu Pejabat BWF di Malaysia
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan sokongan kepada Persekutuan Badminton Dunia mengekalkan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.
Pada mesyuarat baru-baru ini dengan pegawai BWF awal bulan ini, beliau berkata impak positif mempunyai pentadbiran organisasi badminton dunia di Malaysia, terutamanya diberi keutamaan sukan itu di negara dan rantau ini.
Timbalan Presiden BWF Paisan Rangsikitpho berkata mesyuarat - dimana beliau telah diiringi oleh Ahli Majlis BWF dan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Dato 'Lim Teong Kiat dan Setiausaha Agung BWF Thomas Lund - adalah "membina".
Beliau juga berkata Perdana Menteri adalah seorang peminat badminton dan berminat untuk memastikan BWF mempunyai persekitaran yang sesuai di mana untuk melanjutkan mandat global dari pejabatnya di Kuala Lumpur.
Rexy : Mau Berhasil? Perlu Kerjasama dan Saling Percaya
Rexy Mainaky mengumumkan gambaran program Pembinaan dan Prestasi bagi tahun 2013. Sebelumnya Rexy diperkenalkan secara rasmi kepada semua atlet penghuni Pelatnas Cipayung oleh Ketua Umum PB PBSI Gita Wirjawan.
Dalam kesempatan ini Gita dan Rexy memberikan penjelasan kepada para atlet tentang gambaran program pembinaan dan prestasi yang efektif berjalan mulai tahun depan(2013). Rexy menyampaikan bahawa kejayaan program pembinaan prestasi bukan hanya bergantung pada dirinya, tapi kerjasama antara pemain, jurulatih dan pengurus.
"Kalau dibilang Rexy kembali ke Indonesia, maka Indonesia pasti berhasil, ini salah. Semua ini bergantung kepada kerjasama kita semua. Harus ada team work dan trust satu sama lain "kata Rexy.
Ia pun menambah bahawa kembalinya ia ke Indonesia bukan kerana ingin menunjukkan bahawa ia sudah berjaya menempa pemain luar, tapi kerana cemas melihat prestasi badminton Indonesia yang kian menurun. Walaupun bertahun-tahun melatih di luar negeri, Rexy rupanya tak pernah luput memantau perkembangan badminton Indonesia.
"Saya sangat berterima kasih sudah diberikan peluang, saya ingin sekali membantu agar bulu tangkis kita kembali berjaya" tambah Rexy.
Mengembalikan kejayaan badminton Indonesia memang merupakan salah satu misi Rexy. Ia juga menambah bahawa persiapan tiap perlawanan akan dilakukan lebih intens, bukan hanya berangkat tapi persiapan minimum. Untuk acara berprestij All England mendatang, persiapan ideal di mata Rexy adalah selama dua hingga tiga bulan.
Rexy : Bulu Tangkis Bukan Hanya Soal Otot, Tapi juga Otak
Rexy Mainaky mengumumkan sejumlah program yang akan dilakukannya dalam menaikkan prestasi badminton Indonesia kebelakangan ini menurun. Salah satunya adalah proses pengambilan pemain dengan kriteria yang dipertajam dari sebelumnya.
Pemilihan atlet tak hanya menilai dari skill saja tapi beberapa hal antaranya usia, pola pikir, mental bertanding, kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosional (EQ). Sehingga menurut Rexy, atlet-atlet yang akan menghuni pelatnas pun harus lulus psikotest.
"Bulu tangkis itu bukan hanya soal otot, tapi juga otak. Seperti dulu pernah disebut bekas pelatih Tong Sin Fu, bahawa di gelanggang itu pemain perlu bijak. Pemain mesti tahu bila melakukan ini itu dan pada bila-bila harus mengelakkan ini itu. Kalau atlet pintar, keyakinan dirinya juga akan meningkat "jelas Rexy.
Setelah proses promosi dan penyingkiran, atlet akan terus diobservasi lagi selama 6 bulan - 1 tahun. Ia menyebut bahawa dulu merupakan satu kebanggaan tersendiri baginya menjadi ahli pasukan kebangsaan. Untuk itu ia pun bertekad untuk meningkatkan kualiti pasukan nasional saat ini.
Suhu Sejuk Di Terbuka Korea
Cabaran bagi Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea bermula hari ini dengan menentang pemain muda China, Wang Zhengming, namun pemain nombor satu dunia itu tetap berhati-hati kerana aksi di kejohanan berstatus Siri Super Premier pertama 2013 itu memerlukan ketahanan fizikal.
Dengan suhu sejuk sebelah malam mencecah 11 darjah Celsius, pemain nombor satu negara itu membayangkan setiap perlawanan akan berlarutan dalam tempoh panjang.
“Bermain di tempat sejuk biasanya membuatkan pergerakan bulu tangkis perlahan, jika melakukan smash sekalipun, tahap kelajuan berkurang sekali gus membolehkan lawan melakukan pukulan balas,” kata Chong Wei.
Pada waktu siang, suhu paling tinggi di Seoul hanya 28 darjah Celsius, membayangkan betapa sejuknya buat pemain dari Malaysia.
“Saya gemar bermain di tempat sejuk kerana tenaga akan kekal lebih lama tapi setiap pemain perlu hati-hati, tidak boleh melakukan kesilapan,” kata Chong Wei yang dijangka berdepan Chen Long dari China pada perlawanan akhir, Ahad ini.
Ramdan Tinggalkan BAM
Juara Grand Prix Final Kebangsaan yg baru, Misbun Ramdan Misbun tinggalkan BAM utk brlatih dgn ayahnya sendiri Datuk Misbun Sidek di kelab Nusa Mahsuri.
Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai mengesahkan hal itu dan berkata, Ramdan tidak menunjukkan tanda tidak puas hati sebelum menghantar surat untuk keluar.
“Kelmarin Ramdan menghantar surat keluar daripada BAM. Waktu itu saya dan Kenny Goh (Pengurus Besar) tiada di pejabat dan pada malamnya dia bertemu dengan jurulatih Hendrawan,” kata Chin Chai.
“Dalam surat itu, dia menyatakan hasratnya untuk meninggalkan BAM atas alasan masalah peribadi.” pihaknya tidak dapat menghalang Ramdan, apatah lagi selepas pemain itu tidak hadir menjalani latihan semalam", kata Chin Chai.
“Saya anggap tindakan Ramdan berkuat kuasa serta-merta tapi kami akan bawa perkara ini ke mesyuarat Exco minggu depan untuk menentukan tindakan susulan.” kata Chin Chai lagi.
Sementara itu, jurulatihnya, Hendrawan mengaku Ramdan bertemunya pada malam selepas menghantar surat kepada BAM.
“Dia datang berjumpa saya memberitahu perkara itu dan menjelaskan mahu mengikuti ayahnya. Lalu saya bertanya adakah saya ataupun sistem latihan menjadi masalah kepadanya tapi dia menjawab tiada masalah cuma mahu mengikut ayah,” kata Hendrawan sambil menyatakan Ramdan berterima kasih kepadanya kerana menaikkan namanya hingga ke tahap sekarang.
Selain muncul juara GP Kebangsaan, Ramdan kini menduduki ranking ke-87 dunia.Minggu lalu, ahli keluarga Sidek, iaitu Rahman menempelak BAM dengan menyatakan program badan induk itu terlalu perlahan untuk menaikkan tahap permainan pemain pelapis.
Tuesday, 8 January 2013
Misi Ke Final Kejohanan Dunia 2013 Bagi Koo-Tan
Koo-Tan bakal berdepan ujian sulung dalam memburu slot final Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China, Ogos depan.
Pasangan No. 2 dunia itu akan turun memulakan aksi kempen dalam saingan tahun ini pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Korea yang membuka tirainya hari ini.
Ketua jurulatih beregu negara, Tan Kim Her berkata, meskipun tidak ada sebarang sasaran diletakkan tetapi beliau menganggap ia sebagai medan awal untuk menilai prestasi sebenar Koo - Tan.
Katanya, Kien Keat-Boon Heong yang dijangka berdepan dengan beregu Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Lee Yong Dae seandainya kedua-dua pasangan tersebut layak ke peringkat separuh akhir bakal menjadi ujian terbaik buat gandingan negara itu.
“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran buat Kien Keat-Boon Heong kerana saya tidak mahu mereka beraksi dalam keadaan tertekan.
“Namun, jika mereka berjaya bergelar juara ia bakal memberi suntikan semangat kepada mereka.
“Saya lebih suka menilai prestasi semasa Kien Keat-Boon Heong kerana fokus utama mereka untuk tahun ini adalah Kejohanan Dunia, Seluruh England (Mac) dan Piala Sudirman (Mei).
“Pada Terbuka Korea kali ini, mereka dijangka berdepan Sung Hyun-Yong Dae.
“Jadi, ia adalah medan terbaik untuk menguji tahap kemampuan sebenar mereka dan saya akan membuat penilaian berdasarkan perlawanan itu nanti,” kata Kim Her.
Pada Terbuka Korea kali ini, Kien Keat-Boon Heong mendapat undian mudah sekurang-kurangnya untuk mara sehingga ke peringkat suku akhir sebelum dijangka membuat perhintungan dengan Sung Hyun-Yong Dae pada aksi separuh akhir.
Daren Kena Hukum
KEGAGALAN Daren ke final Grand Prix Akhir Kebangsaan di Alor Setar minggu lalu menyebabkan dia dihukum, dicantas daripada menyertai kejohanan pembukaan musim 2013, Siri Super Premier Terbuka Korea, pada 8-13 Januari ini.
Rashid Sidek berkata, tindakan itu perlu selepas pemain itu mempamerkan aksi hambar pada beberapa kejohanan antarabangsa penghujung tahun lalu dan kejohanan kebangsaan.
“Daren tidak akan mengikut pemain lain ke Korea kerana prestasinya merosot. Memang ini satu hukuman tapi dia perlu mengambil pengajaran selepas tidak menunjukkan prestasi terbaik di Alor Setar,” kata Rashid semalam.
Di Alor Setar yg lalu, Daren yang berada di ranking ke-16 dunia tersingkir di peringkat kumpulan sekali gus gagal ke separuh akhir.
Dia yang menang dua perlawanan peringkat kumpulan A, tersingkir selepas tewas kepada pemain pelapis, Misbun Ramdan Misbun pada perlawanan terakhir kumpulan.
Prestasinya juga dipersoal selepas dipaksa seorang lagi pemain pelapis, Nur Mohd Azriyn Ayup bermain tiga set sebelum menewaskan lawannya itu.
Penggugurannya itu bukan bermakna dia boleh berehat ketika rakan sepasukan berjuang di Korea.
“Daren perlu berada di Kuala Lumpur, membuat persiapan terbaik untuk Terbuka Malaysia yang berlangsung seminggu selepas Korea,” kata Rashid
Pada Terbuka Malaysia, Daren mendapat undian agak sukar, diundi menentang pemain India, Ajay Jayaram di pusingan pertama dan mungkin bertemu sama ada Nguyen Tien Minh (Vietnam) atau Taufik Hidayat (Indonesia) di pusingan kedua. Rashid mahukan anak didiknya itu melangkah sekurang-kurangnya ke suku akhir
Friday, 4 January 2013
"Perjalanan Ramdan Masih Jauh"- Rashid
Rashid Sidek berharap para peminat sukan badminton tanah air tidak terlalu letakkan harapan tinggi kepada pemain muda negara, Misbun Ramdan Misbun.
Sblm ni, Ramdan melakar kejutan apabila merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Akhir Sirkit Kebangsaan 2012 di Dewan Badminton KBA, Alor Setar, Kedah, Ahad lalu.
Kejayaan itu hadir selepas dia tewaskan Chong Wei Feng 13-21, 21-18, 21-18 di final.
Peminat-peminat sukan badminton negara menganggap kejuaraan tersebut menjadi petanda awal bahawa Ramdan mampu mengambil alih status Datuk Lee Chong Wei kalau terus diberi pendedahan sewajarnya di pentas antarabangsa.
Namun, Rashid ada pandangan tersendiri mengenai peningkatan prestasi Ramdan itu.
Bukan mahu menidakkan kemampuan Ramdan dalam bergelar jaguh No. 1 negara, sekali gus mengganti- kan tempat Chong Wei tetapi Rashid menganggap perjalanan pemain berusia 22 tahun itu masih jauh.
"Perjalanan Ramdan masih jauh sebagai pemain badminton. Dia perlu menguatkan lagi mentalnya bagi menghadapi pemain-pemain bertaraf dunia dari negara lain terutama China".
"Jika kita lihat sepanjang saingan tahun lalu, Ramdan sering kali tewas di tangan pemain-pemain yang berada di bawahnya. Ini disebabkan tekanan tinggi yang dialaminya kerana diletakkan sebagai pemain pilihan.
"Namun, situasi menjadi berbeza apabila dia turun menentang pemain pilihan. Sebagai contoh, ketika dia menentang Wei Feng yang mana dia beraksi tanpa sebarang tekanan.
"Ini kerana, bukan dia yang diletakkan sebagai pilihan, sebaliknya Wei Feng. Sebab itu dia boleh beraksi dengan tenang dan tanpa dijangka boleh mencatatkan kemenangan," kata Rashid.
Bagaimanapun, Rashid menganggap kemenangan yang dilakar Ramdan itu mampu memberikan tonik serta meningkatkan lagi semangat anak kepada bekas jaguh perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek itu untuk terus konsisten pada masa akan datang.
"Konsistensi sangat penting untuk menjadi pemain bertaraf dunia. Jika Ramdan boleh mengekalkan konsistensinya, saya percaya dia boleh menjadi salah seorang pemain bertaraf dunia.
"Apa yang perlu dilakukannya adalah terus komited ketika menjalani latihan bagi meningkatkan lagi tahap prestasi.
"Yang pasti, kemenangan pada GP Akhir itu memang bagus untuk Ramdan bagi meningkatkan lagi semangatnya. Kini, terpulang kepada dirinya sendiri untuk membuktikan kemampuannya," kata Rashid lagi.
Ramdan berpeluang membuktikan kemampuannya apabila membuat penampilan sulungnya pada kejohanan bertaraf Siri Super di Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil bermula 15 Januari ini.
Begitupun, dia akan memulakan cabaran dengan menghadapi saingan peringkat kelayakan menentang Chen Yuekun dari China.
Thursday, 3 January 2013
World Ranking Points Table
World Ranking Points Table
Rounds | BWF Events(BWF World WCH & OG) |
BWF Superseries Finals &
Premier
| Super series | Grand Prix Gold | Grand Prix | Intl Challenge |
Intl Series
| Future Series |
Winner |
12000
| 11000 |
9200
|
7000
|
5000
|
4000
|
2500
| 1700 |
Runner up |
10200
| 9350 |
7800
|
5950
|
4250
|
3400
|
2130
| 1420 |
*3/4 |
8400
| 7700 |
6420
|
4900
|
3500
|
2800
|
1750
| 1170 |
5/8 |
6600
| 6050 |
5040
|
3850
|
2750
|
2200
|
1370
| 920 |
9/16 |
4800
| 4320 |
3600
|
2720
|
1920
|
1520
|
920
| 600 |
17/32 |
3000
| 2660 |
2220
|
1670
|
1170
|
920
|
550
| 350 |
33/64 |
1200
| 1060 |
880
|
660
|
460
|
360
|
210
| 130 |
65/128 |
600
| 520 |
430
|
320
|
220
|
170
|
100
| 60 |
129/256 |
240
|
170
|
130
|
90
|
70
|
40
| 20 | |
257/512 |
120
|
80
|
60
|
40
|
30
|
20
| 10 | |
513/1024 |
60
|
40
|
30
|
25
|
20
|
10
| 5 |
*At the Olympic Games 3rd place will receive 9200 points. Fourth place will receive 8400 points.
Subscribe to:
Posts (Atom)