Thursday, 13 December 2012

Cara Nak Pilih Raket Badminton

Ni aku ade sikit info cara nk pilih raket untuk yang baru nk mula men bdminton ataupun yg nk tmbah koleksi raket. Info ni ak ambik kat satu blog ni, utk manfaat kpd pemain2 bdminton skalian huhuhu...enjoy

Ini hanyalah panduan asas bagaimana untuk memilih raket badminton yang sesuai dengan anda. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna panduan ini adalah 100% tepat untuk semua tetapi bersesuaian dengan kebanyakan pemain secara keseluruhannya. Panduan ini juga bukan bertujuan untuk menidakkan pengetahuan dan pengalaman anda sebelum ini dalam pemilihan raket yang paling sesuai. Andainya panduan ini bercanggah dengan pengetahuan dan pengalaman yang telah anda miliki, adalah lebih baik untuk mengikut ilmu yang anda ada kerana anda lebih memahami kesesuaian raket dengan diri anda sendiri.


Pemilihan Raket Untuk Kali Pertama

Jika anda masih baru dalam sukan badminton dan berhajat untuk mendapatkan raket untuk kali pertama, cara yang paling selamat adalah untuk memilih raket yang balanced. Berikut adalah ciri-ciri raket yang perlu diberi keutamaan:

• Material: Hanya raket carbon/graphite
• Bentuk frame: Isometric
• Berat: Medium (85g-89g)
• Balance point: Balanced (275-285mm)
• Saiz grip: G4
• Stiffness: Medium stiff
• Ketegangan tali: 25 lbs dan ke atas

Isometric Head
Oval Head

Apabila anda sudah menyenarai pendek raket-raket yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas, anda seterusnya boleh mula untuk mempertimbangkan jenama-jenama yang ada di pasaran, rekabentuk, kombinasi warna dan juga yang paling penting adalah harga. Biasanya setiap jenama mempunyai teknologi tersendiri untuk membolehkan raket keluaran mereka mudah dipasarkan. Anda boleh mengambilkira faktor ini juga tetapi kebiasaannya semakin banyak teknologi pada raket semakin tinggi harganya.

Satu lagi nasihat untuk anda adalah cuba pasang tali pada ketegangan sekitar 23-24 lbs untuk pertama kali. Ini adalah ketegangan medium yang biasanya digunakan oleh pemain-pemain badminton sosial. Setelah mula biasa bermain, anda boleh meningkat/menurunkan ketegangan tali ini mengikut skil, kekuatan dan corak permainan anda. Semakin lama anda bermain, anda akan menyedari adakah raket tersebut sesuai dengan keperluan anda atau tidak. Walaubagaimanapun, tiada cara yang tepat untuk menentukan raket pertama anda ini adalah paling sesuai untuk anda.



Menukar Raket Sedia Ada Dengan Raket Yang Baru

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan raket yang ada dan mahu mencari raket yang baru, anda boleh mengikut panduan berikut:

• Material: Seperti biasa, hanya pilih raket carbon/graphite.
• Bentuk frame: Isometric, jika anda telah mempunyai skil untuk memukul bulu tangkis tepat ke sweet spot secara konsisten, maka anda boleh juga mempertimbangkan raket berbentuk oval-head.

• Berat:
Soalan:
Adakah anda merasakan raket anda sekarang terlalu berat atau terlalu ringan?
Raket yang berat bermakna adalah sukar untuk anda menggerakkan raket tersebut dari satu posisi ke posisi yang lain.
Raket yang ringan pula bermakna anda dapat memnggerakkan raket terlalu mudah dan anda memerlukan raket yang lebih berat untuk menambahkan tenaga dalam pukulan-pukulan anda.
Keputusan:
Jika raket anda terlalu berat, dapatkan raket yang lebih ringan. Mulakan dengan raket yang lebih ringan sebanyak 2 atau 3 gram berbanding raket anda sekarang.
Jika raket anda terlalu ringan, dapatkan raket yang lebih berat. Mulakan dengan raket yang lebih ringan sebanyak 2 atau 3 gram berbanding raket anda sekarang.
Berat 84-85g merupakan berat yang sesuai untuk kebanyakan pemain.


• Balance point:
Soalan:
S1: Anda gemar membuat pukulan smash tetapi pukulan anda kurang bertenaga?
S2: Anda suka bermain secara bertahan dan tidak selalu membuat pukulan smash atau anda gemar bermain secara pantas (bahagian hadapan gelanggang) dan raket sedia ada tidak membolehkan anda bermain seperti itu?
Keputusan:
S1: Jika anda menjawap YA untuk S1, anda patut mendapatkan raket yang head-heavy. Raket seperti ini akan membantu anda menyalurkan lebih tenaga kepada setiap pukulan. Kebiasaannya raket head-heavy mempunyai balance point sekitar 291cm atau lebih. Anda boleh tentukan raket apa yang perlu dipilih dengan menjadikan raket sedia ada sebagai penanda aras balance point yang sesuai.

S2: Jika anda menjawap YA untuk S2, anda patut mendapatkan raket yang head-light atau balanced. Raket sebegini akan menambahkan kelajuan hayunan pukulan anda. Walaubagaimanapun, anda akan kehilangan sedikit tenaga dalam pukulan yang dibuat. Kebiasaannya raket balanced mempunyai balance point sekitar 285-290cm dan 284cm ke bawah untuk raket head-light. Anda boleh tentukan raket apa yang perlu dipilih dengan menjadikan raket sedia ada sebagai penanda aras balance point yang sesuai.


• Saiz grip:
G4 atau G5 (Yonex terminology) – anda boleh menambahkan ketebalan grip dengan menggunakan replacement grip yang lebih tebal.

• Stiffness:
Jika anda merasakan raket anda sekarang bergetar setiap kali anda membuat pukulan dan anda rasakan pukulan-pukulan anda kurang bertenaga walaupun tepat mengenai sweet spot, mungkin raket tersebut terlalu stiff untuk anda. Ini bermakna anda tidak mempunyai cukup tenaga atau kepantasan hayunan untuk melenturkan shaft raket anda. Jadi anda perlu mencari raket yang kurang stiff. Kebiasaannya raket medium stiff atau flexible adalah percaturan terbaik. Satu nasihat sebelum anda menukar raket, cuba kurangkan ketegangan tali raket anda dan lihat sama ada ia membantu. Ketegangan tali yang kurang akan meningkatkan daya lantunan bulu tangkis dan dapat menyerap stiffness raket.
Sekiranya anda mempunyai tangan yang kuat tetapi pukulan anda tidak bertenaga walaupun telah memukul tepat mengenai sweet spot, kemungkinan raket anda sekarang tidak cukup stiff untuk anda. Dapatkan raket yang lebih stiff daripada raket yang anda gunakan sekarang.

• Ketegangan tali
Jika anda rasakan raket anda tidak memberikan cukup tenaga kepada pukulan-pukulan anda, cuba rendahkan ketegangan tali untuk menambahkan daya lantunan pada raket anda. Cara ini kebiasaannya berkesan. Walubagaimanapun, tali yang kurang tegang akan menyukarkan kawalan dan ketepatan pukulan kerana lantunan yang lebih. Ketegangan tali sekitar 21-22lbs adalah ketegangan yang paling rendah untuk kebanyakan raket masa kini.
Jika ada rasakan pukulan anda cukup bertenaga dan mahukan lebih kawalan dan ketepatan dalam setiap pukulan, anda perlu meningkatkan ketegangan tali raket anda. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak melepasi ketegangan maksimum yang dinyatakan dalam spesifikasi raket anda kerana raket anda mungkin akan patah atau retak. Dapatkan nasihat daripada stringer anda.



Raket Atau Teknik? Kenapa Bukan Raket Yang Paling Mahal?


1. Teknik adalah faktor yang paling penting dalam permainan badminton dan bukannya raket. Kadang-kala anda akan merasakan tidak sesuai dengan raket anda walaupun anda telah mencuba pelbagai cara. Masalah ini kadang-kala bukan pada raket tetapi pada teknik anda. Apabila anda bermain dengan teknik yang salah, walau ape jenis raket sekali pun, anda tidak akan dapat keputusan seperti yang dikehendaki. Tiada cara pantas untuk mengubah keadaan ini kecuali dengan mempelajari dan berlatih lebih giat lagi. Mendapatkan nasihat daripada pemain yang lebih bagus merupakan satu cara terbaik untuk memperbaiki teknik anda.

2. Anda mungkin bertanya, kenapa tidak memilih raket termahal sekali di pasaran memandangkan anda mempunyai bajet yang cukup untuk mendapatkannya. Ini adalah satu kesilapan yang sering disalahtafsirkan oleh ramai pemain. RAKET PALING MAHAL BELUM TENTU SESUAI DENGAN ANDA. Sesetengah pemain hanya mengikut trend jenis raket yang digunakan oleh pemain profesional dengan beranggapan raket tersebut pastinya adalah raket yang terbaik di pasaran. Walaupun bagi sesetengah orang ia mungkin betul, bagi sesetengah yang lain ia tidaklah begitu tepat. Sebagai contoh, kebanyakan raket hi end yang mahal di pasaran mempunyai shaft yang stiff dan jika anda tidak mempunyai cukup kekuatan tangan atau kelajuan hayunan pukulan, anda akan menghadapi masalah di mana pukulan anda kurang bertenaga. Jadi panduan ini sedikit sebanyak bolehlah digunakan untuk anda memilih raket yang sesuai dengan anda atau anda boleh mengikut pengetahuan dan pengalaman anda dalam memilih raket sekiranya anda sudah mempunyai sedikit kepakaran untuk berbuat demikian.

45 comments:

  1. thanks gan informasinya....
    http://wwww.rajalistrik.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.. saya nak tanya sikit kalau 24-28Ibs buleh tarik sampai berapa

      Delete
    2. Org kata boleh tambah extra 2lbs.

      Delete
    3. Tu bergantung pada racquet cuba tengok dekat handle klu ada tulisan 24_28lbs maximum tension sampai 28lbs je klu ikat lebih nnt racquet boleh patah

      Delete
  2. terima kasih diatas perkongsian anda.. Pemilihan raket kalai pertama tu takde gambar contoh ke..? org yg takde pengalaman tak tau bentuknye mcm mana.. tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ tas kesudian Cinta Kross membaca,sori lambat reply ckit...k, sy xplain kt sini srba sdkit ye..

      • Material: Hanya raket carbon/graphite
      - Kebayakn raket kt psaran sekrg ni mmg gunkan carbon/ graphite


      • Bentuk frame: Isometric
      -Bentuk frame lak ade 2,isometric & oval..bentuk isomtric paling sesuai guna utk yg bginer & prtghan player coz space raket lebih lebar brbnding bentuk oval..kt atas saya ada tampal gambar kedua2 jenis kepala raket, anda akan dapati Oval Head lebih bujur brbanding isomtric head.


      • Berat: Medium (85g-89g)
      -Berat raket ade 3 jenis iaitu Light/ringan(4U,80-84g), Medium/ pertengahan(3U, 85-89g), Head Heavy & Extra Head Heavy(2U,90-94g). Bagi yang gemar main bertahan disarankan gunakan raket 4U, bagi yang suka menyerang & menyemash di sarankan gunakan raket 2U, manakala yang suka main pertengahan iaitu suka bertahan dan menyrang dlm masa yg sama disarankan gunakan raket jenis 3U...bagi mereka yang mahu kuatkan otot tangan pula, dipasaran ada dijual raket yang beratnya sehingga 160g.


      • Balance point: Balanced (285-290mm)
      -Balance point pula ade 4 jenis iaitu 270-280mm(defensive), 275-285mm(medium), 285-295mm(offensive) & 295-300mm(extra offensive)


      • Saiz grip: G4(medium)
      -Saiz grip kena ikut kesesuain gengaman tangan anda..so anda kena pergi beli sendiri la coz nak tahu tangan anda sesuai dengan saiz berape. Saiz grip ade 4 jenis G2,G3,G4 & G5.


      • Stiffness: Medium stiff
      -Pilih raket yang tidak terlalu lembut atau terlalu keras, bak kata orang yang sedang2 saje...anda leh try lenturkan raket sblm beli TAPI jgn la telalu melenturkan raket tuh, kang patah xpasal2 kena bayar & dapat barang yang patah, nk wat bende raket patah kih3


      • Ketegangan tali: 25 lbs dan ke atas
      -bagi yang mula2 nk main ni, saya sarankan tarik tali 24/25 lbs, itu pn dah ckup meletup peginya..kalu tarik tegang2 xpergi shuttle nanti...tp kena tgok juga keupayaan raket anda leh string sampai berape.kalau lebih tarik kang patah renyuk lak raket anda.
      -Tali disarankan guna Yonex BG66, nk guna Yonex BG66 Ultimax pn leh gak,tapi Ultimax lebih mahal ckit n daya ketahanan dia kurang dari BG66 biasa. Pendek kata tali dia best guna tapi cepat putus la.

      Delete
    2. Saya pn dalam proses belajar lagi, sama2 lah kita menambah & share ilmu ye kawan2 =)

      Delete
  3. bro, boleh tolong suggest racket yang harga below rm100? baru nak start main.. sebelum ni main guna rakat beli dekat pasaraya je.. banyak main smash dengan counter smash

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Antara brand raket yg hrganya lbh kurg RM100 ni adlh spt Apacs,Fleet,ProAce, Victor, Protech etc...tp tgok model gak la,bkn semua model ye sedara...Tp kabnyakan kedai akan wat offer dengan bagi raket+tali+grip+bag dgn harga serndah RM100...

      kalau sedara nak raket yang mirip2 Yonex, sedara boleh usha bran Fleet cam Fleet Volitan Z Force, skali tegok cam Yonex Voltric Z Force, ..harganya sekitar RM100++, raket ni jenis Head Heavy sesuai dengan corak permainan sedara yang suka menyemash..brand2 lain admin xsempat nak usha la sedara hihihi..

      Tp kan sedara, nak beli raket ni kita kena pergi try tes sendiri, baru puas hati..try hayun n gengam dulu samada sesuia x dengan tangan kita sbb bukn semua raket kita akan rasa selesa dengannya. Admin pun beli raket kat K4 je sedara dengan harga RM40 brand Dunlop, raket stock clearence..kih3 sampai sekang OK je n admin rasa syiok je guna...=)

      Delete
    3. https://www.facebook.com/pages/Raket-Badminton-Online/125190297651578

      Delete
  4. assalamualikum, saye ade masalah untuk difensive kerana bola yang melantun tidak pergi jauh ke belakang dan meyebabkan pihak lawan mudah menyemes. saya sudah menurunkan ketegangan tali tetapi sama juga. adakah jenis tali? nak kata tangan x kot sebab saya x da masalah dengan smesh n back hand, tolong beri tunjuk ajar

    ReplyDelete
  5. ini ada gambar spesifikasi dan tips memilih raket (gambar resolusi tingg) untuk di cetak digital print buat di tempel di tempat latihan club, atau di gedung umum

    download rar
    http://www.4shared.com/rar/h08AnEFK/tips_memilih_raket.html

    atau cek gambarnya
    gambar 1 http://imageshack.us/a/img96/6604/2d1i.jpg
    gambar 2 http://imageshack.us/a/img707/1582/03jr.jpg

    ReplyDelete
  6. Saye nk tnye nie adkah raket prince elok digunkn

    ReplyDelete
  7. Maaf Nurul Akma atas klewatan membalas prtanyaan anda....Admin pernah katakn bahawa raket yg mahal xsemestinye sesuai dengan kita & raket yg murah xsmstinya xsesuai dgn kita...bag admin brand prince elok je nk guna...selain prince raket2 yang dlm kategori "murah" yg lain spt apacs, fleet,dunlop, proace, pronex, carlton & yg seumpamanya dgnnya boleh sgt nk guna dengan level baginer n prtengahan..malah ad sesetgh kelab bdmnton pro mnggunakan bran berkenaan apa...Bg admin, brand bukn lah penentu untuk bermain dengn baik...anda msti try dulu condition sesebuah raket sblm mmbelinya...kemampuan setiap pemain adalah berbeza-beza...apa yang penting, anda harus cari raket yang sesuai dengan corak permainan anda..bagi yang berkemampuan xsalah mencari raket yang mahal sdikit, bagi yang xberapa mampu spt admin ni guna je raket murah2...yg penting dengan blaja cara pukul, step n teknik yang betul tak mustahil kita boleh kalahkan pemain yang mnggunakan raket yang mahal dan berjenama...skian trima kasih =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asaalamulaikum..saya nak tanya sikit kalau 24-28Ibs buleh tarik sampai berapa

      Delete
  8. sifu....nk tnya skit na...ni psl no siri raket ori..bleh ka pmbuat raket tiruan mniru 100% cra mmbuat no siri ori ni..sbb yg sya tau..no siri ori gna laser kn??bleh bg pncerahn dk??tmksih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xdenye sifu...newb je admin ni hihi..mmg raket tiruan pn leh print no. siri srupa yg ori punya, cuma xtau la nmbr yg diprint tu wujud dlm rekod ke idak hihi..=)

      Delete
  9. hahaha.....btui jgk no.....tmksih sifu...

    ReplyDelete
  10. Payah le ni nk carik raket yonex ori...tp bleh try hock eng yonex bangi....die direct sunrise

    ReplyDelete
  11. Slm...
    Sy berhasrat menghadiahkan raket baru buat suami sy. Boleh ke guna tip2 mcm saudara terangkn utk membeli tnpa bawa tuan badan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam puan, boleh je nak guna tips2 yg kami bagi tuh...tapi klu nk lg bagus, puan cuba tegok2 spec raket lama suami puan...klu dh bnyak sgt raketnya cuba puan riki2 dgn suami puan tnya la dlm bnyk2 raket tu raket mna yg dia pling suka guna...so puan leh guna spec raket yg suami puan suka guna tu utk rujukan beli raket baru.. =)

      Delete
  12. cuba nak datang kesini Harga Raket Yonex Terbaru mungkin ada laa se cucok buat main badminton bareng keluarga atau kerabat.. happy2an juga biar sihat buat badan.. uhhuuyyy..

    ReplyDelete
  13. klau cmtu sedara blh tukar racket yg gelongnye nipis lebar,swing trbaik,cmfirm bola xgantung,sy baru gak dlm bola tangkis ni,tp rasa ingin tahu,byk gak la sy bljar psl racket ni

    ReplyDelete
  14. Apa perbezaan tali bg66 dengan bg66 ultimax??

    ReplyDelete
  15. Apa perbezaan tali bg66 dgn bg66 ultimax?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg66 ultimax repulsion dengan bunyi pukul dia lagi better dari bg66 biasa.. kalau tak silap dia lagi nipis dari bg66 biasa.. tapi kelemahannya tula.. cepat putus.. tapi sedap main..

      Delete
  16. Hanya Dengan 1 USER ID anda dapat memainkan 7 GAMES !!
    BandarPoker / PokerOnline / CapsaSusun / DominoQQ / BandarQ / AduQ / SAKONG

    Mari bermain bersama RUBYQQ , kami Agen Judi Poker Online Terbaik .
    HOT PROMO DARI RUBYQQ yang di berikan RUBYQQ untuk para pemain judi poker online yang telah bergabung bersama kami :

    ? Bonus Referral 10% + 10% ( Seumur Hidup )
    ? Bonus Turn Over 0,5% DI BAGIKAN SETIAP HARI !!
    ? NO ROBOT & ADMIN
    ? 100% Fair Play Member Vs Member
    ? Proses Deposit & Withdraw 1-2 Menit .

    ReplyDelete
  17. Kalau harga raker rm100 .ketengangan string yang sesuai apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pd max string ssebuah raket..tp klu standart string antara 24-26lbs =)

      Delete
  18. Boleh ke ketegangan raket melebihi ketegangan maximum raket tu, sbb saya beli raket lupa nak tengok lbs max .saya biasa guna 26-28 lbs tp raket yg saya baru beli 23-24 lbs je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Zarifah, normally kedai xkan pasang ketegangan tali yg melebihi max string raket..sebab akan efect pada raket spt frame akn bengkok/ patah terus..so macam buang masa jela klu dia still pasang tali sdgkn dh tau raket akn patah/ rosak =)

      Delete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. Sya pkai apacs lethal 10. Hrga asal 199 sya beli rm 100 je...trik 27 lbs tgn xtahan...kna trunkan 24-25 lbs bru ok sya rase la...

    ReplyDelete
  21. Salam tuan. Sy ni bru nk berjinak dgn badminton. Sy jenis yg smash jarang jadi tapi sy byk main rali. Sy bru beli raket flex power dual 202. Max lbs dia 32. Utk player mcm sy ni elok guna brapa lbs?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,maaf,sekadar perkongsian,untuk jawapan encik Irfan,saya sarankan tension lbs boleh try 27lbs,saya sendiri pakai 27,yg jarang Smash,byk main defend,rlly,dropshot,netting,mmg shuttle akan tepat pukulan,

      Delete
  22. salam tuan.. sy baru beli bdmintom 5U.. sy x tahu 5U kegunaan dia mcm mana.. mgkin smash power. defend power ka sy xtau.. sy main rasa x sedap.. dh pukul hbis kuat tp slow ja peginya.. adakah disebabkn tali.. mohon beli pnjelasan. 5U sesuai dgn ketegangan mcm mana tali dia.. atau org memg xpkai 5U.. kebykkan smua guna 4U

    ReplyDelete
  23. Macam mana nak dapat beg reket badminton yang kt atas tu ye?? Teringin sangat nak memiliki.. yg mcm beg office tu.. bole sy dapat x??

    ReplyDelete
  24. Nak tanya boleh.Reket apa yang sesuai dengan gaya smash and brapa ketegangan yang sesuai untuk reket saya.Sekarang saya menggunakan reket viktor xypernano X800

    ReplyDelete
  25. Kalau raclet balance dia head heavy... Yang sesuai dengan racket tu 3u atau 4u?

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum dan salam sejahtera..
    Nak tau reket model ape bagus utk defence dan juga smash.. dan juga prise murah..

    ReplyDelete